Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

Bismillahi MashaAllah.. Kalau ada diantara kita yang sedang melalui fasa-fasa kesusahan dan kesulitan dalam urusan hidup, mungkin beberapa tips dibawah nie dapat membantu. Boleh la kita cuba amalkan mana yang termampu. Semoga sedikit ilmu nie bermanfaat untuk semua. 💕 Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan 1) Banyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil" Ketika lapang perbanyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil" - cukup Allah bagiku aku serahkan kepadaMu Allah segala urusanku. 2) Berdoa Rezeki Bayar Hutang Amalkan berdoa siang dan malam nak ada rezeki lebih untuk kita langsaikan hutang. Sedekah al-Fatihah pada mak ayah setiap hari tak kisah masih hidup atau sudah meninggal dunia. 3) Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh Selepas subuh amalkan 1000x membaca istighfar untuk memohon ampun daripada Allah. Setiap kali sebut "Astaghfirullah halazim" dalam hati, "ampunkan aku Ya Allah". Minta ampun secara bersungguh-sungguh. 4) Uca