Fakta Pemakaian BRA yang SALAH



BAGI MENCEGAH MASALAH SAKIT BELAKANG DAN SAKIT BAHU ANDA PERLU MENDAPATKAN COLI YANG BETUL.

Satu-satunya fungsi coli adalah untuk menutupi serta menampung buah dada seseorang wanita. Kajian telah membuktikan bahawa 80% daripada wanita memakai jenis coli yang salah.


Coli yang dipadankan dengan sempurna adalah penting untuk postur seseorang wanita. Coli yang tidak dipadankan dengan sempurna boleh mengakibatkan masalah sakit belakang, sakit bahu, kekejangan otot serta sakit kepala yang teruk.


Laporan menunjukkan bahawa purata buah dada seseorang wanita biasa adalah sekitar 250g setiap satu, yang menjelaskan kepentingan pemakaian coli yang betul bagi menghalang buah dada daripada melendut.
Pemakaian coli yang betul juga dapat menampung buah dada. Ia mengurangkan tekanan buah dada serta membantu mencegah kecederaan pada tisu-tisu buah dada.



Pemakaian coli yang betul juga penting bagi golongan remaja kerana buah dada mereka mula tumbuh. Coli yang dipadankan dengan sempurna dapat membantu memberikan sokongan yang bersesuaian. Ini menggalakkan pembentukan postur yang betul serta membantu mencegah masalah sakit belakang seumur hidup.


Kebanyakan wanita tidak menyedari bahawa dengan memakai coli yang betul, dapat membentuk buah dada dan badan yang lebih cantik, serta membuatkan mereka kelihatan lebih langsing.



Coli yang dipadankan dengan sempurna adalah umpama sepasang kasut yang padan elok. Dengan cara pemakaian yang betul, anda akan dihindari daripada kejengkelan dan rasa tidak selesa akibat pemakaian saiz dan jenis yang salah.


Akhir sekali, perlu diberi perhatian bahawa saiz buah dada seseorang wanita sering berubah dari semasa ke semasa. Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa saiz buah dada setiap enam bulan dan mengambil kira sebarang perubahan pada berat badan atau keadaan fizikal seperti kehamilan.


Pemilihan coli sangat penting pada wanita.

Jadi, fatin suggest pada anda untuk merasai sendiri keajaiban 

BRA PREMIUM BEAUTIFUL


Fatin sedia membantu anda bila-bila masa

019-448 1391

fatinzaini23@gmail.com


Comments

Popular Posts