Sketsa : I Love My Job




Anda sudah bekerja??

Sedang mencari pekerjaan??

Bekerja atas minat ke atau kepentingan sebenarnya??

Boleh hidup ke dengan beban kerja??

Happy or unhappy on working mode??

Which one your questions?!!

Answer by yourself okey. . . . 


Ikut pada sketsa di atas mungkin ramai antara kita yang mempunyai peel atau ragam dalam etika bekerja kan?? Yelaa ada yang suka dengan pekerjaan sekarang, dan ada juga yang dalam keadaan terpaksa. Tapi, zaman sekarang memang kita tak boleh untuk memilih sangat atau cerewet tentang isu mencari kerja. 

KENAPA?? Sebabnya DUIT sangat laa diperlukan tak kira masa dan di mana kan. Jadi, nak taknak kena jugak buat sesuatu untuk dapatkan duit.

Apa pun pekerjaan kita, yang penting hati mesti ikhlas membuatnya dan jujur melaksanakannya. Insyallah, kita pasti akan happy dan tenang dalam pekerjaan yang kita buat.

^___^


V  V  V  V  V  V  V  V  V  V  V  V  V 


TIPS : I LOVE MY JOB !!

1) BERSYUKUR                                                                                                                

Kamu patut bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan untuk memenuhi segala keperluan dan menampung kos kehidupan. Selain itu secara fizikal, mental dan emosional pun kamu    tergolong sihat kerana mampu bekerja dengan baik.

2) PUNYA PILIHAN

Memang benar! Keputusan terletak di tangan kamu sama ada untuk meneruskan pekerjaan tersebut ataupun tidak. Masing-masing ada pro dan kontranya. Senaraikan untung dan rugi kemudian barulah kamu akan lebih jelas mengapa perlu mempertahankan pekerjaan kamu.

3) SELALU SENYUM

Biarpun kamu tidak suka dengan pekerjaan yang dilakukan namun cubalah untuk memupuk cinta dan sayang pada pekerjaan itu. Senyum setiap saat adalah pengubat paling mujarab untuk buat jiwa kamu rasa tenang di tempat kerja.

4) POSITIF

Jangan pandang pada yang negatif  sahaja, carilah yang positif ataupun yang mampu menggembirakan hati kamu misalnya pilih teman-teman yang sejiwa ataupun sertai aktiviti yang diminati di tempat kerja. Secara tidak langsung akan bantu kamu untuk lupakan seketika apa tidak suka.

5) PEKERJAAN SEMENTARA

  Andai kamu sudah sampai ke satu tahap yang tidak mampu lagi bertahan dengan pekerjaan yang dilakukan sekarang,janganlah berhenti terus.Cuba bersabar kemudian ingatkan pada diri,ini hanya pekerjaan sementara.Bila ada rezeki lain,kamu akan beraleh kepada dunia yang baru.



Comments

amranaiman said…
sy suka kerja sy.. selamat ari raya :D
TiranaAduka said…
saya bantu promote blog fatin...
kalau fatin sudi...

http://1blogbacklinks.blogspot.com/2012/08/premium-beautiful-by-fatin-zaini-sketsa.html

http://1blogbacklinks.blogspot.com/2012/08/premium-beautiful-by-fatin-zaini-know.html


kalau fatin tak keberatan
copy banner blog saya disini...


http://1blogbacklinks.blogspot.com

Popular posts from this blog

Siapa Tak Nak RM4500 Dalam Akaun !

Travelog Makan | Nasi Kukus Ayam Goreng Best di Wangsa Melawati Kuala Lumpur

Kenali Jenis Durian Di Malaysia

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..