Steps To My Dreams Here

Semua orang ada kemahuan dan keinginankan?!

Kalau tak, takde laa timbul skesta 

"Angan-angan Mat Jenin, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Mimpi Cinderella, etc".

Haha ^_^


Fatin pun dah terikut macam movies kat atas tuh. Yela nafsu manusia, mana boleh terlepas dengan ANGAN-ANGAN dan IMPIAN kan?! Kalau sekali dah berangan bukan main tinggi lagi gayatnya. So, fatin pun nak jugak share impian fatin kat entry kali nie.

Sayu bila fikirkan boleh ke nak kejar impian nie?? Sebab kita hidup hanya sekali. Kita ada 1001 impian untuk kita capai. Ada impian yang termakbul dan ada yang tak kesampaian. Bila kaji balik kenapa sesuatu impian itu boleh dicapai?? Faktor utamanya adalah keperluan KEWANGAN YANG KUKUH a.k.a DUIT!!

Benda yang kita susah nak dapat pun boleh tukar jadi senang dapat. Betul tak? Kebanyakkan kita cepat mengalah. Tanpa usaha dan semangat yang kuat, segala impian kita boleh terkubur. Cuba kita ambil cabaran untuk kejar impian. Perkara yang perlu dibuat adalah USAHA dan TINDAKAN!!

Alhamdulilah sejak perkenalan dengan peluang bisnes sekarang, makin hari makin bersemangat untuk mencapai impian dan matlamat mengubah kehidupan. Maklum laa family fatin bukan dalam kalangan berada pun. Jadi, fatin cuba untuk bantu family untuk lebih selesa.

Jom, tengok apa yang naaaaak sangat fatin buat lepas nie... 


Kat bawah nie ada wishlists yang FATIN NAK... dot dot dot @_@


MEKAH MUKARRAMAH


FATIN NAK... bawa family ke sana dengan hasil titik peluh sendiri. Mudah-mudahan kami sekeluarga dipanjangkan umur dan dilimpahkan rezeki hendakNya untuk pergi. Fatin nak bagi mak ayah dan family pergi dengan pakej 5stars. Supaya senang untuk buat amal ibadah nanti. Amin.


KERETA IDAMAN


Insyallah, dalam masa 5tahun FATIN NAK... yang fatin dah pegang kunci kereta nie. Kereta macam nie selalunya akan dimonopoli oleh kaum berjaya iaitu Cina. Fatin nak buktikan yang orang Melayu pun boleh berjaya jugak. Takkan nak gigit jari tengok orang lain jer yang naik kereta macam nie kan. 
Tak cool lah kan?! Kita pun mesti BOLEH !! ^_^


DREAM VILLA


Kemudian, FATIN NAK... beli rumah idaman !! Rumah yang selesa untuk family tinggal. 
Rumahku, Syurgaku. Biar rumah nie boleh muat ramai orang, kecoh rumah bila sekali berkumpul. Seronok tau!!. Jadi, WAJIB ada rumah macam nie!!


UNTUK HARI BESAR


Memandangkan belum kahwin lagi, FATIN NAK buat majlis kahwin ikut citarasa sendiri. Bila ada bajet yang awesome, cakap jer nak tema perkahwinan macam mana for sure dapat punya. Lagipun boleh jemput semua family datang kenduri tanpa pening-pening fikir nak "catu bajet kahwin".  Nak kahwin pun hati tenang jer kan. Hahaha. 


AROUND THE WORLD


Dari kecil, tak habis-habis suka nyanyi lagu nie "round round in the world, shalala..!!" Bila besar FATIN NAK realisasikan dapat keliling dunia dengan percutian yang gempak, curlasss gitu.. Time nie kalau dah kahwin sedaaaps, honeymoon back-to-back laa jawabnya !! Dah tak jadi masalah mahupun bebanan lagi dah. Hahaha.


MONEY FREEDOM


FATIN NAK pegang dengan Sabda Rasulullah

"berhati-hatilah kamu dalam berhutang,
sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari."
-riwayat al baiqari-




Finally,



SAY NO TO


Yezza yang nie FATIN NAK.. tak tersenarai laa dalam billboard muflis yee!! Nanti susah anak cucu nak hidup.. Hurmm kesian..


Kesimpulannya, fatin dah nekad untuk terus berjuang habis-habisan dalam mengejarkan cita-cita nie menjadi realiti satu hari nanti. Peluang dah ada depan mata kita. Terpulang untuk diri sendiri saja sama ada mahukannya ataupun tidak. Syukur Alhamdulilah dengan pertemuan jodoh fatin dengan bisnes sekarang, memang sangat membantu fatin dalam berjuang ke arah KEJAYAAN !! 

"Jika kita pernah sekali GAGAL, ia tidak membawa maksud untuk selamanya kita akan GAGAL."

Sekian,

Love by Fatin Zaini.

Comments

Popular posts from this blog

Jom Sertai Segmen "Follow dan Give Away" Bersama Fatin Zaini

LeeRoy's Homemade Grilled Burger First In Sungai Petani

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..