B-Class | Pertama Kali Di Sungai Petani

Assalamualaikum dan salam semua.. Minta maaf pada anda yang tertunggu-tunggu updated blog dari fatinzaini's territory nie.

Okey, today fatin nak kongsi aktiviti yang berlaku sepanjang seminggu nie. Sabtu baru-baru nie, fatin menghadiri kelas pertama bersama Team Beautilicious di Utara Sungai Petani, Kedah. Syukur alhamdulilah sambutan sangat menggalakkan walaupun hari pertama dalam tahun 2013 nie. 

Kebanyakkan yang hadir berasal dari sekitar Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Faktor jarak bukan lagi halangan untuk kami, yang pasti kami dapat memperoleh ilmu bagaimana untuk menjana pendapatan melalui Media Sosial seperti Facebook, Blogger dan juga Instagram. 

Percaya atau tidak kaedah seperti nie mampu memberi rezeki yang Halal kepada kita. Memang benar, zaman sekarang terlalu banyak cara untuk kita menjana pendapatan. Terpulang kepada kita untuk menentukan jenis perniagaan yang bersesuaian dengan diri kita dan juga persekitaran kita.

Alhamdulilah, sejak fatin bertapak dalam peluang bisnes yang diperkenalkan oleh Green Leaders Academy Malaysia (GLAM), kini fatin sendiri boleh mempunyai income sendiri sebagai punca pendapatan sampingan. Semua ilmu yang diajar adalah PERCUMA dan sangat BERKESAN. 

Bak kata orang, "mudah seperti kita belajar ABC dan 123 jer." 

Fatin sangat berterima kasih kepada Nurul Ain a.k.a Yong kerana sudi berkongsi ilmu yang bermanfaat kepada kaum wanita untuk upgrade diri menjadi lebih baik.

Sesiapa saja boleh menyertai bersama kami Team Beautilicious dari Utara nie. Nak tahu boleh laa hubungi fatin yee. In sha Allah, fatin boleh bantu dan berkongsi dengan anda.


Fatin berkongsi suasana bersama anda :)


Let's scroll below together !!



Semua khusyuk menuntut ilmu dari Nurul Ain.


Lepas kelas pun still nak banyak bertanya lagi, rasa macam nak lagi ILMU ! Nak lagi ILMU !!


Macam ambil gambar sekolah pulaks ^_^


Freestyles from us, "feel good & let's get your financial/time freedom from now"


Bersama Eina dari Sungai Petani
 Seorang surirumah saja tapi ingin tambah pendapatan bagi membantu En.Husband tersayang.


Bersama Watie Shariff dari Pulau Pinang
Bekerja di salah sebuah syarikat besar di Penang, terlibat dalam Beautilicious kerana ingin mengisi masa lapang di hujung minggu dengan perkara yang berfaedah.


Bersama Nadiah Mohd Helmy
Mempunyai perniagaan sendiri, tapi still bersama Beautilicious untuk upgrade diri dan keluarga tercinta. Tak salah nak jana pendapatan dengan bisnes yang fleksibel dari GLAM, katanya.


Sebelah kiri Siti Azlina dan juga Nurul Ain.
Sedut aura yong untuk majukan diri menjadi lebih proaktif dan "bekalan" untuk hari datang. Kagum dengan semangat Siti Azlina nie sebab ibu tunggal pun bersemangat nak buat bisnes nie bagi mengubah kehidupan lebih selesa bersama anak tercinta. 



Jadi, anda pun sedang mencari peluang jana pendapatan dengan waktu yang fleksibel dan berminat untuk upgrade diri menjadi lebih optimis??



Hubungi fatin untuk maklumat lanjut :

019-448 1391
fatinzaini23@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Jom Sertai Segmen "Follow dan Give Away" Bersama Fatin Zaini

Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..