Travelog | Jalan-Jalan Sekitar Alor Star, Kedah

Tak sangka sekarang betul-betul dapat berdikari untuk kerja di luar Sungai Petani. Insyallah lepas nie mungkin boleh sampai ke Johor, then fly to Sabah dan Sarawak plak. Mana tahu kan kalau ada rezeki ke sana. 

Wah best kan dalam kerja pun boleh ambil "mood travel" lagi di tempat orang nie.

Mesti ramai pelik kenapa fatin suka buat entry makan dan travel. Tambah-tambah kalau ada yang selalu tengok Facebook dan Instagram fatin. Gambar paling famous adalah makan, makan dan makan lastly travel.  Dulu fatin tak dapat nak merasa berjalan ke tempat orang sangat, but now alhamdulilah ada rezeki dapat merasa macam nie akhirnya.

Nowadays, dengan komitmen kerja yang fleksibel bersama GLAM. Akhirnya makin hari makin terasa hidup fatin makin warna-warni. Best kan bila dapat isi masa dengan perkara yang kita suka sambil tu dapat jana income lagi?? Jawapannya adalah "MESTI LAA BEST KAN!!". 

Okey, tanpa membuang masa jom scroll di bawah untuk views apa yang menarik tentang perjalanan fatin di Alor Star. :)

Sementara tunggu customer nak ambil barang, tunggu dia tepi jalan lepas keluar tol Alor Star Utara. Terus snap signboard nie tanpa ada motif.

Pintu gerbang "Selamat Datang Ke Kedah Darul Aman". Walaupun lahir di Sungai Petani, tapi dulu fatin jarang datang Alor Star. Faktornya takde sesiapa area sini. Sekarang dah ramai pulak kenal dengan orang sana.

After appointment with client, then ada free time. Terus decide jumpa kawan Facebook di Taman Menara Alor Star. Tetiba rasa macam kat depan Menara Kuala Lumpur pulak. 


Kat taman nie, kita bebas untuk beriadah. Siap ada kereta dan motor elektrik lagi untuk disewa kepada kanak-kanak. 

Depan taman menara nie dah dekat sangat dengan Istana Kuning. Kalau waktu melawat for sure dah masuk. 

Ingat lagi picture yang ter'snap' signboard tu?? Yeah, malam tu fatin dapat tengok dari luar Muzium Istana. Kebetulan pulak, ada club kereta buat pamaren kereta kat situ.

Yang nie Masjid Zahir Alor Star. Masjid yang paling famous dengan keunikan rekabentuk masjid. Memang cantik sebenarnya ! 


 Seharian berada kat Alor Star nie memang rasa macam tak cukup jer. So, fatin decide lepas nie mesti kena datang lagi. Nak tahu kenapa?? Sebab perasan tak takde lagi entry tentang makanan special kat Alor Star. Insyallah ada rezeki confirm sini pulak tempat nak terjah untuk segmen cari makan. Hehe. :)



Anda asal KEDAH?? So, jangan laa segan-silu nak suggest kat fatin apa yang best kat tempat kita nie. Fatin pun tak habis explore negeri sendiri.  


Bole laa suggest kat sini yee : 

H/P : 019-448 1391
Facebook : Fatin Zaini
Instagram : fatinzaini_ffe

Comments

Popular Posts