Tips | Idea Dekorasi Rumah Moden


Assalamualaikum dan salam semua.

Today rasa nak sangat sangat share tips dan idea tentang nak dekorasi rumah. Musykil nie tetiba plak mula berangan itu ini. Alhamdulilah sejak ada buat bisnes sendiri nie, makin membuak-buak plak perasaan nak luahkan inspirasi hidup angan-angan dan cita-cita yang dah lama terpendam nie. Cewah poyo plak starting hari nie kan.. Haha sabar-sabar.. :))

Memandangkan lifestyle fatin memang yang suka bekerja, suka membaca, suka meng"online" kan diri, suka berkira-kira, semakkan wilayah dan kawasan, kalau boleh semua nak nampak teratur dan tersusun, tempat jadi fleksibel dan serba ringkas dan macam-macam lagi lah. Jadi tadi ter"google" plak cari inspirasi nak sangat dapat environment yang tenang, relax and chill gitteew.. 

Mana tahu kan dari berangan saja boleh jadi reality semua nie. Kita tak tahu kan?! Rancang jer dulu.. Mesti best kalau dapat macam tu. Yela first of all, mesti semua urusan kerja jadi lebih fleksibel dan efisyen kan. Setiap ruang ada kepentingannya tau. 

So, jom relax layan-layan tengok a few pictures yang fatin ambil sumber dari Google Images. Thanks google!

Haa nice tak ruang kerja macam nie? Yang nie memang fokus untuk ruang yang paling terhad sebab dari gambar tu memang dah nampak yang ruang dia tak besar mana pun tapi kita kena bijak manfaatkan ruang sedia ada. Konsep Jepun nie sebab duduk ada lantai.

Ini kalau ada loteng rumah, for sure nak buat style mini library nie dalam rumah. Heaven rasanya boleh study baca buku dekat atas tanpa ada gangguan orang bawah. Haha


Simple and flexible. Kalau rumah ada slinding door, memang best ada ruang macam. Boleh buat kerja letak laptop, online my business siap boleh nikmati suasana luar. Hirup udara segar gitew :)

This one tak sure kenapa suka sangat space nie. Just nice jer tengok! Maybe habits yang suka bergambar dengan orang kot. So kalau dorang datang rumah this space memang sporty untuk candid pictures and for ladies, those yang suka perbetul tudung, touch up make up and whatelse tu mesti takkan terlepas pandang dengan cermin nie. That's why cermin tu ada function sangat-sangat.

Memandangkan sekarang fatin hanya ada rumah sewa di Kuala Lumpur, so this one prefer laa kan untuk rumah bujang like iols. Haha. Sweet ja tengok kan. 

Yang nie nampak elegance sikit. Kalau ada rumah sendiri yang space luas macam nie. Memang confirm buat konsep macam nie. Senang nak jaga kawasan.



Yang kat atas tu memang common sangat dah designs untuk zaman sekarang. Tapi kalau true imagine, fatin memang suka yang extraordinary sikit.

For examples:

Nak buat rak buku yang awesome macam nie. Bukan setakat boleh minimize ruang tapi unik dan berfungsi untuk kita letak buku-buku koleksi peribadi. Haa konsep nie boleh guna sama ada time bujang or dah ber"family" nanti. Boleh tarik minat anak-anak membaca okay! 

Yang nie paling sarat. Motif??  For sure nak satu rumah pencinta buku, be creative, bersosial dengan cara yang sihat. Dari gambar nie boleh buat kita berkumpul ramai-ramai tak kira family or friends , kita boleh chills dekat sini and have fun together-gether. Sweet moment all the times. 

Kalau bujang memang sesuai laa ada bilik macam nie. All in one okay! Maklum laa fatin memang buat business online yang 24/7. So this space memang paling maksimum untuk fatin.

Jatuh cinta oi!! Kalau diberi peluang. I choose bedroom like this! Tiap-tiap hari bangun rasa mood diri dah hidup. Ceria jer tengok. Always happiness. Memang kalau baru ada bilik macam nie, confirm susah nak keluar pergi kerja. Sebab rasa sayang nak tinggal bilik. Haha.



Jadi tu la serba sikit yang fatin teringin nak sangat dapat macam nie. Indahnya rasa kalau kita boleh dapat dengan hanya petik jari ja. Tak pun pejam mata terus ada depan kita. Tapi jangan jadi angan-angan mat jenin ye. Jangan mimpi yang kita boleh dapat dengan cara mudah macam tu. Nak taknak kita perlu berusaha untuk dapatkannya. Baru ada hasilnya.

Syukur alhamdulilah banyak perubahan yang fatin dapat sejak involved dalam business nie. Waktu kerja 100% kita yang rancang, income berapa yang kita nak kita yang cipta sendiri, boleh dapat ramai kenalan business partners dari pelbagai negeri dan daerah just kenal thru media social jer, boleh travel ke tempat orang sana sini. Wah memang best !!! Rasa-rasa kalau terikat kerja dengan office pun tak dapat rasa macam nie.

Mungkin dah ditakdirkan yang ini adalah masa depan fatin. Kalau tak berjumpa dengan Green Leaders Academy Malaysia (GLAM), fatin pasti takkan berada di tahap yang sekarang. Mudah-mudahan selepas nie dapat berkongsi dengan ramai lagi orang kat luar sana dengan pengalaman yang fatin dapat daripada GLAM nie. Insyallah kalau korang pun teruja dengar, fatin lagi teruja nak share dengan korang. Kongsi pengalaman bukan kena sebarang bayaran pun. Kata orang, "tak kenal maka tak cinta".


Jumpa anda di puncak kejayaan kelak!

Jom laa kongsi pengalaman di whatsapp or wechat +6019-4481391.




Love by,

fatin zaini
fatinzaini23@gmail.com
xoxo

Comments

Popular posts from this blog

Pengalaman Menghadapi Banjir 2021

Tips | Semangat Positif Ceriakan Hidup Tahun 2013

Testimoni Baru | Liyana Jasmay Pakai Premium Beautiful

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..