DAY 1 - KLIA MALAYSIA & CHANGI SINGAPORE



First day, hari yang dinanti-nantikan selama nie akhirnya tercapai juga untuk menjejakkan kaki ke bumi Brisbane dengan percutian secara PERCUMA ke Gold Coast, Australia.




Sebelum nie asyik counting days jer kan. So termakbul juga doa untuk first timer seperti fatin dan fiza untuk rasakan sendiri pengalaman percutian free nie bersama company. Alhamdulilah nie adalah salah satu pengalaman yang terindah buat fatin untuk tahun 2014.


Maklum la pertama kali ada passport, nak fly pergi negara mat saleh, first travel dengan business partners.. Mahu tak teruja nak pergi sana kan. Pecah rekod tahun nie, selalu orang buat passport nak pergi Indonesia, Singapore dan Thailand (negara jiran dengan Malaysia saja) tapi terbalik pula fatin buat-buat passport terus terbang ke Australia. Sujud syukur sangat dengan nikmat yang Allah berikan nie.


Kebanyakkan GLAMprenuers bagitau kalau join trips dengan company nie, bila sampai jer KLIA kita macam satu gelombang. Sebab masing-masing akan pakai baju sama kaler dan posing habis-habisan before fly. Seriously, itu memang betul. Ramai betul tengok kami time tu.. Siap ada yang tanya dari mana nak ke mana, buat rombongan ape? Hihi kagum dapat jadi salah seorang usahawan GLAM dan The Diamond Circle tau.





Then masuk jer tempat check-in terjumpa warga Aussie yang melambai-lambai pada kami. Maybe dia rasa bangga tengok kami pakai baju ada benda Australia.






So, naik Malaysia Airlines dari KLIA transit di Changi Airport naik Singapore Airlines sebelum ke Brisbane Airport, Australia. Jadi sementara nak check in next flight, singgah makan dulu dekat airport sana. Bayangkan bila dah transit for sure nak makan. So company siap bagi SGD20 kepada setiap seorang untuk belanja time di Singapore untuk pergi dan balik. Nampak tak betapa beruntungnya kami sebab tak perlu susah-susah nak fikir kos belanja makan dan flight. Wehuuu~ jadi kami makan Burger King dekat sana.


Then on midnight, ready fly to Brisbane, Australia…


Nantikan next entry fatin selepas sampai ke Gold Coast, Australia ya…





Love by,

Fatin Zaini
+6019.4491391
fatinzaini23@gmail.com

Comments

Popular Posts