Tips Rumahtangga Kekal Abadi

=



(Suka saya kongsikan luahan hati salah seorang sahabat fb kita, penulisan asal dikekalkan demi menjaga ‘tempo’ isi hatinya)

kalau suami komplen
isteri dulu before kahwin nampak fresh
dah kahwin makin layu,
ada anak lagi layu..

Suami salahkan isteri
tak jaga penampilan
sebab tu cari yang baru..

Itu memang suami yang tak kenang budi,
tak menghargai isteri..

Org kata lelaki ni lepas kawen makin smart
sebab makan pakai terjaga, makin berisi makin hensem.

Isteri lepas kahwin dah takda seri...
buatkan suami cari lagi..

Kalau fikir logik.
Isteri sapa jaga
Sendiri jaga tu pun kalau ada masa,
Sendiri keluar duit
beli set penjagaan muka
Tu pun kalau ada duit lebih,
sebab duk fikir nak support perbelanjaan keluarga

Before kahwin tidur nyenyak,
Boleh jaga kesegaran wajah

Lepas kahwin, tidur-tidur ayam,
Bangun malam takyah kira masa
Demi tugas seorang isteri atau ibu

Salah siapa

Suami yang berfikir logik sahaja
Yang akan menghargai isteri,
Suami yang nak isteri sentiasa cantik
Akan usaha untuk jaga diri isteri,
Bagi isteri cukup tidur,
Bagi isteri cukup rehat,
Belikan pakaian cantik
Belikan set penjagaan wajah yang bagus.
Semuanya jika suami nak pulangan yang baik.

Bukan hanya menyalahkan sebelah pihak
Lalu dicari pengganti yg cantik.

Barang yang baru dan cantik jika tak di jaga,
Akhirnya akan kusam dan buruk juga.
Jadi sampai bila asyik nak tukar

At last, kahwini isteri,
Tak perlu melahirkan anak, tak perlu buat kerja rumah,
Biar isteri punya masa seperti bujang
Cukup tidur,rehat,jaga wajah..
Habis cerita

Suami atau lelaki yang duk kata
Isteri tamak, nak bolot seorang suami,
Sepatutnya di kongsi 4??

Siapa tamak
Itu maknanya takfaham konsep matematik
Lelaki lagi tamak,
Nak bolot ,
Jika dikira konsep gandaan
Lelakilah yang untung.

Namun isteri tak pernah merungut
Apa adanya suami
Apa adanya makan pakai
Apa adanya isi rumah
Itu jugaklah yang dijaga
Tetap jugaklah menjalankan tanggungjawab
Tetap berpenat lelah demi anak-anak.

Wahai suami,
Berfikir lah secara logik dan bertimbang rasa..

Hal lain belum mampu mencontohi Rasulullah,
Jangan di angankan utk menggalas batu yg lebih berat.

Allahu'alam..


Sumber nukilan daripada facebook.my

Comments

Popular posts from this blog

Siapa Tak Nak RM4500 Dalam Akaun !

Travelog Makan | Nasi Kukus Ayam Goreng Best di Wangsa Melawati Kuala Lumpur

Kenali Jenis Durian Di Malaysia

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..