Welcome Back fatinzaini's territory



 Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.



Lama juga fatin tak dapat nak updated entry blog nie. Lepas updated pasal karnival ICT terus jadual penuh dengan macam-macam aktiviti kerja. Itu belum plus minus dengan masalah handphone rosak, hantar repair, line internet takde. Memang penuh sabar laa jawabnya nak terima.


Alhamdulilah sejak busy nie memang betul-betul banyak belajar tentang pengalaman dan ikhtibar baru dalam hidup. Hanya Allah saja yang tahu betapa bersyukurnya fatin bila diberi peluang belajar benda baru lagi. Betul kata orang, pengalaman memang tak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Kali nie fatin sempat share a few activities dalam blog nie. In sha Allah nanti next updated untuk details stories ya! :)  So, follow teaser dulu ya..



Travelling utara-selatan


Semua without plan. Kerana urusan kerja yang tak menentu, kejap utara kejap selatan.. Jadi kaki pun naik cramps nak drive Kuala Lumpur-Penang-Kedah. Alhamdulilah rasa syukur sangat semua urusan dipermudahkan. Alternatifnya, kali nie outstation memang kerap sangat booking flight pergi balik. Ada yang kadang-kadang tu terpaksa pergi  hari ini besok balik utara dah. Siap ada kisah tertinggal flight lagi tau..


Working schedules


Since involved business GLAMprenuers memang fatin banyak travel dan juga tempat kerja pun boleh dikira merata tempat juga. Selagi mana kita boleh online, selagi itu kita pun boleh mulakan bisnes kita. Tambah lagi, fatin dapat bantu keluarga kembangkan peluang bisnes sekali. 


Bersyukur sangat dipertemukan dengan bisnes fleksibel seperti GLAM dan juga The Diamond Circle kerana banyak bimbingan fatin untuk lebarkan sayap bisnes. Kalau korang pun berminat nak tahu tentang peluang pendapatan bersama GLAM dan The Diamond Circle, boleh hubungi fatin..
019-448 1391 (whatsapp/sms/call)


Attend weddings


School holidays haritu memang full dengan jemputan kahwin dan bertunang. Majoritinya adalah kawan-kawan sekolah dan juga kenalan. Bukan untuk makan nasi minyak jer tapi siap di "invited" jadi bridemaids lagi lebih kurang 4wedding/engagements nak kena teman pengantin. Alahai sweet kan.. Haha


Opening Booth


Kalau korang perasan last updated fatin pasal teaser Karnival ICT di UiTM Kedah. Booth tu jer dah ambil masa 3hari 10pagi-10malam. Habis buka booth, tepaksa settle down semua urusan payments dan postage parcel customers. Senang sangatkan kalau kita buat bisnes online. Booth kita boleh buka dalam masa yang sama thru online pun penuh orders.


Karnival Raya 2014


Latest yang terbaru adalah pembukaan kedai baju melayu dan songkok sempena nak raya nie kan. So yang tengah mencari baju melayu dan songkok raya, boleh singgah kedai kami di Dataran Jam Besar, Sungai Petani 10pagi-2pagi (berhadapan BSN). Sempat lagi nak promote sebab nie latest activity sepanjang bulan Ramadhan, nak raya kan...


Be Yourself


Rasa tu yang sempat nak posts. Actually ada lagi aktiviti yang tak fatin add on dalam nie seperti kursus, workshop, training class etc. Next entry, fatin akan share lagi. Tak terlupa mohon sedekahkan Al-fatihah kepada emak saudara fatin sendiri yang baru meninggal awal puasa haritu.


Moga setiap kisah nie akan menjadi pengalaman dan sumber insprasi baru untuk fatin maju ke hadapan. Harap readers blog nie pun sudi doakan kejayaan  fatin dan kita semua selamat dunia akhirat. 


Bagi yang ada perasaan untuk melakukan satu perubahan dalam hidup, why not kita sahut seruan tu dalam bulan yang mulia dan penuh keberkatan. In sha Allah moga-moga doa dan hajat kita dimakbulkan olehNya. Amin.





Salam Ramadhan 2014M / 1435H tulus ikhlas daripada fatinzaini.com

Contact : 019-448 1391
Email : fatinzaini23@gmail.com
Instagram : fatinzaini_
Facebook : Fatin Zaini


Comments

Popular posts from this blog

Jom Sertai Segmen "Follow dan Give Away" Bersama Fatin Zaini

LeeRoy's Homemade Grilled Burger First In Sungai Petani

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..