Posts

Showing posts from August, 2014

Langkah Mencapai Potensi Maksima

Image
1. Pilihlah untuk berbahagia.  2. Lepaskan masa lalu.  3.Temukan kekuatan dalam diri, fikiran dan perkataan kita. 4. Gambarkanlah impian atau cita-cita anda secara terperinci.  5. Kembangkanlah fikiran positif dalam diri anda secara berterusan. 6. Lakukanlah tindakan nyata yang mendekatkan anda pada impian. 7. Bayangkanlah apa yang anda lakukan ketika anda berjaya meraih impian! 8. Bertemanlah dengan rakan positif. 9. Teruslah bangkit ketika anda mengalami kegagalan ataupun menemui rintangan. 10. Lakukan semua hal secara ikhlas, sungguh-sungguh, dan bersemangat! Hadapilah semuanya dengan senyum dan bersemangatlah. Janganlah menunda kebahagiaan sampai kita mencapai semua sasaran. Teruskan melangkah!

Minuman Bio Velocity Alfalfa

Image
Apakah itu Alfalfa?  Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter. Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau. Fakta Khasiat Alfalfa Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan prot

Bihun Sup Puaka Terbaik di Merbok

Image
Assalamualaikum dan salam semua.  Ingat lagi dengan entry tentang Karnival ICT di UiTM Merbok, Kedah baru-baru nie?  Kalau belum baca lagi boleh klik lagi disini. Seperti dijanjikan kali nie ada sambungan untuk tempat makan menarik lagi di Kedah.  Fatin pun first time tahu dekat Merbok, Kedah nie ada kedai Bihun Sup Puaka Merbok. So, kebetulan buka booth haritu.. Bihun Sup Puaka Merbok nie join buka booth sekali. Last day before closing the booth, apalagi terus cuba bihun sup nie. Dengar nama pun dah rare kan? Wajib laa cuba kan... Seriously, Bihun Sup Puaka Merbok nie...  Memang power! Memang terbaik! Memang meletops! Memang berpuaka!! Nak tahu kenapa... Sebab cili dia memang marvelous you all. Lain dari yang lain dan memang sedap laah. So, bagi yang food hunter yang tengah mencari tempat makan yang best sekitar Lembah Bujang or Merbok di Kedah nie boleh singgah Kedai Bihun Sup Puaka Merbok. Boleh search alamat do

Maksud Hari Raya Aidilfitri Sebenar

Image
Assalamualaikum dam selamat hari raya aidilfitri 2014 / 1435H. Selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaran itu memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman. Hal ini bersesuaian sekali dengan makna perkataan fitri daripada perkataan fitrah yang bermaksud sifat semulajadi manusia yang suci daripada segala dosa. Oleh itu, hari raya Aidilfitri adalah hari Muslim kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah s.w.t. Ini bermaksud selepas berjaya berpuasa selama 30 hari, Muslim dan Muslimah dijangkakan menjadi lebih baik dan bermutu dari segala segi. Namun adakah jangkaan ini benar? Tidak dapat dinafikan bahawa pada 1 Syawal, sebahagian umat Islam masih lagi dalam "mood" bulan

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Image
Assalamualaikum dan salam semua. Harap belum terlambat lagi untuk buat ucapan raya. Di kesempatan ini, fatin zaini ingin memohon maaf pada semua kenalan tidak kira keluarga/kenalan/guru/pensyarah, sekolah SK Petani Jaya, SMK Bandar Sungai Petani, UCSA/UPM, K4E Crew, family_tot, glampreneurs, the diamond circle (TDC), Active Cluster Sdn Bhd, Fuchsia Fresh Enterprise, etc, kenalan facebook/instagram/twitter/blogger dan ramai lagi... fatin zaini nak minta maaf jika ada tersalah kata, terkasar bahasa atau kelakuan,  mahupun ada salah silap yang menguris hati semua selama nie.  Harap dapat dimaafkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki salah silapnya.  Jika ada termakan or terminum, harap juga dapat dihalalkan dunia akhirat.  Moga dapat improve diri lagi menjadi lebih baik lepas nie, in sha Allah. *sedih pulak tetiba buat entry kali nie SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  MAAF ZAHIR DAN BATIN Tulus ikhlas daripada fatinzaini.co

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..