Pengalaman Menghadapi Banjir 2021

 Assalamualaikum semua,

Baru-baru nie kecoh pasal #banjir2021 yang melanda teruk di Lembah Klang. Siapa sangka dalam masa 24jam terus paras air naik mendadak sampaikan semua orang panik tak sempat nak buat preparation.

Tak terlepas untuk fatin dan family sendiri mengalami situasi panik nie tau.. Maha Besar Allah, tiada daya melainkan semua atas kehendakNya. 

17 Disember 2021 (Jumaat) 

Petang sampai ke malam hujan tak henti-henti. Mula ingatkan hujan biasa saja. Tapi bila start non-stop, memang dah start risau. Malam tu dalam pukul 12tengah malam, kakak ipar fatin dah text tanya.."Rumah sewa fatin sebelum nie kawasan tempat naik air ke?" Setahu fatin so far selama 5tahun stay area Jalan Kebun nie tak pernah lagi rumah tu naik air. 

Then, baru jer masuk tidur.. Last-last dapat call yang rumah sewa kakak ipar tu air dah masuk rumah dia and dah sampai paras buku lali. Tak sampai setengah jam, air naik paras betis dah. Allahuakbar. Satu family dah auto-panic okayy.. Tak senang duduk dah. Terus kami satu family plak berjaga-jaga tengok paras air di kawasan rumah. So far, time tu monitor paras air longkang belakang rumah dah parah pintu rumah. Hati nie tak putus berdoa semoga Allah lindungi kami sekeluarga. 

18 Disember 2021 (Sabtu)

Dalam pukul 3.00am tu rumah dan area rumah dah blackout. Lagi, terus prepare portable lamp yang ada dalam rumah. Dapat laa standby kejap. Lilin pun ada berapa batang jer. Mengharapkan lampu handphone jela. Tawakal.

Adik ipar kebetulan nak datang rumah, terus dia update kawasan depan rumah kami dah naik air. So, dia stranded di rumah kami untuk malam tu. Kakak ipar fatin dah terus gerak keluar tinggalkan rumah. Plan asal untuk pergi ke rumah lama beliau di Sungai Udang, Klang. Tak snagka, sampai area GM Klang dia dah stuck tak boleh gerak mana-mana dah sebab paras air naik dan banyak kereta dah stranded. Semalam kakak ipar dengan anak-anak dalam kereta tak boleh gerak mana-mana.

Hujan memang non-stop sampai ke pagi. Bila check social media. Semua dah update banyak tempat dah naik air. Bekalan elektrik memang dah takda. Powerbank ke handphone masing-masing dah hujung nyawa time tu. Alhamdulilah rumah fatin selamat, air tak masuk rumah. Cuma kawasan sekeliling memang tak dapat buat apa-apa lagi dah. Air masuk rumah. Barang-barang rumah dah terapung dalam air dantak dapat diselematkan dah.

Dua hari juga kami stuck and stranded dalam rumah tak boleh pergi mana-mana. Alhamdulilah bekalan makanan cukup dan kami semua ok tak terjejas. Cuma kesian dengan rumah kakak ipar, barang semua dah terkena air. Air yang masuk dalam rumah tu paras betis dan mula surut.

19 Disember 2021

Pagi tu hujan dah berhenti. Lepas subuh terus decide dengan husband nak pergi dobi untuk cuci baju dan kalau boleh nak cari plug untuk charge phone. Sebab semua phone, powerbank dan portable lamp dah habis battery. Syukur dapat pergi dobi awal pagi, kami dapat conquer plug yang ada sambil mendob baju. Time nie juga laa daat reply segala mesej dan update status kami dengan family supaya tak perlu risau dekat kami di sini.


Apapun syukur Alhamdulilah, Allah Maha Membantu kerana memudahkan segala urusan kami time nie. Terima kasih diatas pengalaman berharga nie. Mungkin keadaan kami tak seteruk seperti saudara kita yang lain. Semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi ujian nie. Apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Kita semua kuat. Yakin Allah itu ada dan Allah Maha Agung. 

Nanti fatin share lagi pasal banjir nie ye..

Comments

Popular posts from this blog

Tips | Semangat Positif Ceriakan Hidup Tahun 2013

Testimoni Baru | Liyana Jasmay Pakai Premium Beautiful

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..