Posts

Showing posts from 2022

Tips Pulihkan Diri Daripada Kemurungan

Image
BismillahiMashaAllah Kalau untuk sesiapa yang ada kemurungan (depression) mungkin ada yang tercari-cari kaedah yang sesuai untuk pulihkan diri secara alami (natural) tanpa ubat-ubatan. Point yang paling penting adalah jangan kita putus asa untuk sentiasa berdoa kepada Allah atau Tuhan. Walaupun ada naik turun iman kita untuk istiqomah dalam setiap amalan yang dituntut oleh agama, kita perlu kuat semangat untuk laksana sebaik mungkin. Terutama bab solat dan juga amalan membaca Al-Quran. Kerana bagi orang Islam tiang agama kita yang perlu dijaga adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Pemakanan juga penting bagi membantu sistem tubuh badan kita menghasilkan enzim yang sihat yang diperlukan oleh badan. Fatin pernah kongsi kan video jenis makanan yang baik untuk diamalkan bagi orang yang mempunyai masalah depsression atau anxiety. Boleh<< Klik link di sini >>  Antara tips lain yang fatin buat adalah dengan membaca buku. Sebelum nie fatin pernah try untuk membaca atau tengok vi

Belajar Kenal Dunia Pekerjaan

Image
BismillahiMashaAllah Tengah scroll entries yang lama-lama tetiba terjumpa draf entry tahun 2015 nie.. Jadi terus buka dan fatin continue story jela. Ini adalah salah satu pengalaman yang fatin pernah ada. Alang-alang dah jumpa, kita cerita dan simpan sini untuk kenangan. Nie cerita sebelum kita kahwin tau. Kang ada plak yang salah faham ingat cerita nie yang terbaru..  😂  Time nie tak ingat sama ada tahun 2014 atau 2015 family kami tengah lalui zaman yang penuh cabaran. Family kami sewa carwash di Sungai Dua, Penang. Ulang alik laa kami sekeluarga dari Sg Petani ke Sg Dua tiap hari. Kami 4beradik kerja dekat carwash time tu. Sebab nak hire pekerja macam tak mampu. Just ambil partimer ja seorang time tu. Antara personal experiences time kami kerja nie, kami rasa down to earth. Sebelum nie, stigma kami fikirkan pekerjaan carwash nie untuk orang asing ja. Tapi bila  family kami take as a challenge untuk belajar selok belok perniagaan carwash. Okay, ini bukan kerja yang mudah tau. Meman

Review Buku Crappy to Happy

Image
BismillahiMashaAllah Kebetulan baru-baru nie fatin ada pergi Aeon Bukit Tinggi, Klang. Jalan punya jalan singgah laa Popular Bookstore. Rasa lama juga didalam tu. Syok laa kalau dapat greenlight walk alone. Hahaha. Nak pergi mana, nak stay berapa lama takde hal. Haha. Ok back pasal kedai buku balik. Dah berjalan tengok buku-buku yang ada. So terjumpa dengan satu buku. Nama buku tu "Crappy to Happy". First thing yang boleh buat tertarik dengan buku nie sebab color dia kuning, "mata terus tengok dan pegang". Dibelek-belek pages yang ada wow macam best ja buku nie. Nak tahu kenapa fatin cakap best? Sebab jiwa kita tengah kosong dan masih dalam recovery kan. Maybe Allah gerakkan hati bertemu dengan buku nie yang sesuai untuk kita yang nak self-development daripada masalah anxiety dan depression nie. Ok set, nak beli buku nie.. Sekali tengok price tag belakang RM72.90. OMG, lari bajet pulak nie.. So, letak dulu buku nie dan jalan tengok-tengok buku lain lagi. Tapi dalam

Hilang Kepercayaan

BismillahiMashaAllah Topik kali nie just nak sharing tentang kepercayaan. Memang betul apa kata orang. Untuk bina social engagement nie banyak cabaran.  Nak membina satu hubungan memang mudah. Tapi untuk kita kekalkan hubungan tersebut memang bukan senang. Banyak proses yang perlu kita hadapi dan lalui. Sebagai contoh, sebelum nie fatin boleh dikatakan seorang yang extrovert. Mudah sangat nak bergaul dengan orang. Tapi bila tiba satu tempoh Allah beri ujian dan dugaan. Semua potensi tu hilang sekelip mata saja.  Punca tu kalau ditanya memang terdapat banyak faktor. Bukan nak salahkan takdir atau orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Mungkin nie adalah salah satu pengalaman hidup kita yang Allah nak kita rasa dan insaf. Fatin tak salah takdir atau orang yang hadir, mungkin semua berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Terlalu percaya dan juga terlalu yakin tanpa ada rasa takut.  Terlalu berani sangat pun bahaya, takut sangat pun bahaya.  Apa yang nak diceritakan ten

Amalan Zikir Mudah dan Cepat

BismillahiMashaAllah Assalamualaikum dan hai semua.. Kebetulan ada nak share tentang satu zikir yang bagus untuk kita amalkan dalam rutin harian. Zikir yang dimaksudkan nie adalah seperti :- Amalkan membaca zikir ini sebanyak 100 kali: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ' Maksudnya: "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu." Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda : مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا

BismillahiMasyaAllah Alhamdulilah

Image
BismillahiMasyaAllah Syukur Alhamdulilah, tarikh hari nie adalah tarikh yang agak istimewa untuk owner blog nie.. Gittew.  Semoga Allah limpahkan rahmat, diluaskan rezeki seluas langit dan lautan & diberkati hidup dunia akhirat. Insha-Allah aamin Ya Mujib. 

TIPS RUMAH KEKAL WANGI

Image
Jom wangikan rumah...sis belek2 baca di internet dan jumpa 4 tips ni. So, kita letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me 🤣🤣 1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot ❤ Bahan-Bahan: 1 penutup pelembut fabrik 10 cawan air Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum 2. Kilatkan Lantai Rumah ❤ Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang. Bahan-Bahan: 1 penutup pencuci lantai Cuka Air panas Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba! 3.Wangikan Rumah ❤ Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gu

Iktibar | Hidup Jangan Sombong!

Image
 Allahu Akbar 😢, jemput baca..  "Saya ni susah bangun pagi. Sampai sekarang mak saya masih kejutkan saya. Kadang-kadang pakaian tu bertimbun. Saya jenis kerja bertangguh. Kalau pasal solat jangan tanyalah. Lama-lama sekali boleh lah solat di awal waktu. Solat-solat sunat tu memang taklah. Puasa sunat lagi tak." Ada ke orang masa interview cerita kelemahan diri dia? Mana ada. Kalau boleh tipu, nak je dia tipu untuk sorok kelemahan diri dia. Tapi kita dengan ALLAH , kita tak boleh tipu. Kita tak boleh lari. ALLAH kenal kita. ALLAH tahu semua yang kita buat. ALLAH tahu apa yang kita pendam di dalam hati kita. ALLAH tahu apa yang kita fikir. ALLAH tahu apa yang kita rasa. Kita tak boleh tipu dengan ALLAH. Kita tak boleh tipu Tuhan kita. Kita boleh tipu diri sendiri. Ramai orang menipu diri sendiri. Dia kata dia bahagia, sebenarnya dia tak bahagia. Bahagia yang sebenar apabila kita benar-benar kembali kepada ALLAH. Bahagia yang sebenar bila kita tahu tujuan hidup kita. Tujuan hid

Billie Eilish Konsert Tour di Malaysia

Image
  Salam dan hai guys, Sapa dalam nie peminat Billie Eilish?? Ada yang dah beli tiketnya.. Kita mampu layan lagu dari youtube jela. Sebab harga tiket nya punya boleh tahan mahal juga.. :D So untuk sesiapa yang nak booking tiket dia nie boleh laa klik link nie untuk details okay..  EVENT DETAILS City:  Kuala Lumpur Show Date (s):  Thursday; 18 August 2022 Show Time:  8.30 pm Ticket Price:  RM308, RM408, RM508, RM598 *Ticket price excludes ticket fee and booking charges Venue Name:  National Stadium, Kuala Lumpur Venue Address:  Jalan Barat, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Payment method:  Only VISA & MASTERCARD CREDIT Card or DEBIT Card Ini adalah salah satu lagu favorite kita. First time dengar lagu nie time nak pergi vacay dekat Lexis Penang. Nanti ada masa kita share experience dekat Penang tu ye.. :)

Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

Image
Bismillahi MashaAllah.. Kalau ada diantara kita yang sedang melalui fasa-fasa kesusahan dan kesulitan dalam urusan hidup, mungkin beberapa tips dibawah nie dapat membantu. Boleh la kita cuba amalkan mana yang termampu.  Semoga sedikit ilmu nie bermanfaat untuk semua. 💕 Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan 1) Banyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil" Ketika lapang perbanyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil" - cukup Allah bagiku aku serahkan kepadaMu Allah segala urusanku. 2) Berdoa Rezeki Bayar Hutang Amalkan berdoa siang dan malam nak ada rezeki lebih untuk kita langsaikan hutang. Sedekah al-Fatihah pada mak ayah setiap hari tak kisah masih hidup atau sudah meninggal dunia.  3) Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh Selepas subuh amalkan 1000x membaca istighfar untuk memohon ampun daripada Allah. Setiap kali sebut "Astaghfirullah halazim" dalam hati, "ampunkan aku Ya Allah". Minta ampun secara bersungguh-sungguh. 4) Uca

Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah

Image
Sejak dah bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nie ramai dah ada plan nak bercuti. Tak kisah bercuti dalam negara atau luar negara. Yang pasti dapat membantu ekonomi industri pelancongan kembali hidup. Bila nak bercuti nie mestilah kita mula buat carian nak survey tempat vacation, tiket penerbangan dan kos yang terlibat. Sebab nak siapkan bajet yang mencukupi. Tapi jangan terkejut pula, ada orang tanpa ada peruntukan bajet pun tau tau boleh travel dan bercuti. Inilah kelebihan untuk mereka yang bijak ketahui trik nak booking hotel atau penerbangan dengan harga murah. Nak tahu macam mana dorang boleh nikmati peluang nie??? Pasti seronok kan bila kita dapat pilihan beli tiket penerbangan atau hotel penginapan dengan HARGA YANG paling MURAH dan BERBALOI. Okay, jom kita tengok beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda buat preparation sebelum beli tiket flight atau hotel. Sebelum nak booking hotel atau penerbangan, better buat perbandingan dulu beberapa aplikasi tempahan hotel

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Image
Bismillahi Masha-Allah Hai semua, pagi nie ada kalau ada sesiapa follow ceramah bersama Ustazah Asma' Harun. Ini adalah doa amalan yang boleh kita amalkan ketika minum air. Doa ini adalah doa ketika minum air zam-zam. Tapi ustazah bagitau elok juga kalau kita amalkan doa nie ketika kita nak minum air biasa juga. Antara kebaikan yang akan kita perolehi daripada amalan doa nie ialah :- Mendapat ilmu yang bermanfaat dan berkat Rezeki yang luas Kesembuhan daripada segala penyakit Perniagaan yang tidak rugi Semoga beramal dan bermanfaat untuk semua.. :)

Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi

Image
Bismillahi Masya-Allah Haritu kita dah pernah post tentang  Tanda Seseorang Sedang Depresi kan, so kali nie kita ketahui tips Cara Nak Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi pula ye.. Actually kaedah nie juga yang fatin guna.. Maybe dengan sharing nie dapat membantu uguys.. Semoga bermanfaat guys!  Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi 🍃 Dekatkan diri kita dengan agama Mungkin nampak macam terlalu common points nie. Tapi pendekatan nie time kita tengah kemurungan memang akan jadi super susah nak beribadah. Nak buat apa-apa pun jadi malas termasuk laa nak bangun beribadah. Jadi slowly cuba untuk ambil langkah yang simple & tak membebankan. Dan cuba praktikkan secara konsisten okay.. 🍃 Check balik files lama (sejarah kronologi hidup yang terkesan dengan diri sendiri) Yes! Point nie merupakan punca yang paling utama kenapa seseorang boleh menghadapi masalah kemurungan. Faktornya ialah disebabkan sejarah atau pengalaman pahit yang pernah berlaku kepada kita. Apa yang perl

The Secret of Me

Image
Bismillahi Masya Allah.. Assalamualaikum dan hai semua.. Untuk entry "The Secret of Me" kali nie, fatin just nak sharing sedikit luahan hati yang dah lama tak terungkap. Untuk yang pernah mengenali fatin zaini selama nie, ini adalah salah satu jawapan dan tanda tanya untuk semua. Mungkin ada yang berminat nak tahu apa yang berlaku sepanjang 6tahun sebelum nie dengan kehidupan fatin. Dan maybe ada juga yang taknak ambil tahu pun perihal fatin. It's okay guys.. I'm just sharing.. Tak lebih dari tu.. Kalau 6 tahun sebelum nie, fatin aktif blogger untuk shared semua tentang aktiviti harian dan pekerjaan fatin. Tapi since fatin dah tak aktif bekerja bersama group team dan tidak lagi menjual produk kesihatan tersebut.  Jadi secara rasminya yang SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau sebagainya, fatin tidak lagi berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog nie fatin jadikan sebagai kenangan dan moments yang pernah fatin ada. Kalau ada yang terjumpa blog nie dan bermin

Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan

Image
  Okay post sebelum nie ada story pasal depresi kan.. Kali nie kita buat quiz sikit untuk uguys yang nak check diri sama ada uguys ada simpstom depression nie ke tak? Kalau takde, alhamdulilah.. Tapi kalau uguys ada tanda-tanda better take note dan mulakan proses untuk mencegah dan mengubati ye.. Ingat! Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada penawarnya okay.. ;) Part 1 : Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan. Kenalpasti sama ada kita depresi atau tidak? 1) Check Mood Kita Semak mood kita sama ada kita rasa mood kita sentiasa bersemangat atau tidak? Kita seorang yang cepat rasa give up, down, tak ceria, cepat lesu? 2) Lost Interested  Hilang minat untuk nak buat apa-apa. Takda rasa best atau enjoy pun bila nak buat sesuatu benda. 3) Weight Loss atau Gain Weight Tanpa berdiet berat badan berubah. Ada orang cepat turun mendadak tidak seperti berat normal biasa. Tetiba berat naik tanpa sebab.  4) Tidur Terganggu atau Tidur Berlebihan Rutin tidur jadi tak menentu. Kadang-

Depresi atau Kemurungan

Image
 Assalamualaikum dan salam untuk semua, Post kali nie fatin tergerak hati nak bercerita sikit tentang isu kesihatan mental atau lebih kenali sebagai masalah kemurungan atau depresi. Makin hari boleh dikatakan makin ramai diantara kita sebenarnya ada masalah depression nie. Termasuk diri fatin sendiri yang ada masalah tersebut. Sebenarnya depresi nie boleh berlaku tanpa kita sedar. Tau tau jer kita ada rasa something wrong dengan diri kita. Fatin lebih ambil contoh diri sendiri. Kalau sebelum nie, fatin sangat suka untuk bekerja atau dikelilingi dengan orang ramai. Since beberapa tahun kebelakangan nie, fatin jadi sangat introvert. Nampak macam biasa takda apa-apa. Tapi hakikatnya, masalah depresi nie telah menganggu banyak faktor dari aspek kesihatan diri dan mental diri fatin.  Fatin boleh belajar sedikit perihal masalah kemurungan nie selepas berkahwin. Banyak yang fatin belajar dengan orang sekeliling especially dalam persekitaran keluarga. Ramai ahli keluarga kami ada masalah depre

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..