Posts

Showing posts from June, 2022

Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah

Image
Sejak dah bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nie ramai dah ada plan nak bercuti. Tak kisah bercuti dalam negara atau luar negara. Yang pasti dapat membantu ekonomi industri pelancongan kembali hidup. Bila nak bercuti nie mestilah kita mula buat carian nak survey tempat vacation, tiket penerbangan dan kos yang terlibat. Sebab nak siapkan bajet yang mencukupi. Tapi jangan terkejut pula, ada orang tanpa ada peruntukan bajet pun tau tau boleh travel dan bercuti. Inilah kelebihan untuk mereka yang bijak ketahui trik nak booking hotel atau penerbangan dengan harga murah. Nak tahu macam mana dorang boleh nikmati peluang nie??? Pasti seronok kan bila kita dapat pilihan beli tiket penerbangan atau hotel penginapan dengan HARGA YANG paling MURAH dan BERBALOI. Okay, jom kita tengok beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda buat preparation sebelum beli tiket flight atau hotel. Sebelum nak booking hotel atau penerbangan, better buat perbandingan dulu beberapa aplikasi tempahan hotel

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Image
Bismillahi Masha-Allah Hai semua, pagi nie ada kalau ada sesiapa follow ceramah bersama Ustazah Asma' Harun. Ini adalah doa amalan yang boleh kita amalkan ketika minum air. Doa ini adalah doa ketika minum air zam-zam. Tapi ustazah bagitau elok juga kalau kita amalkan doa nie ketika kita nak minum air biasa juga. Antara kebaikan yang akan kita perolehi daripada amalan doa nie ialah :- Mendapat ilmu yang bermanfaat dan berkat Rezeki yang luas Kesembuhan daripada segala penyakit Perniagaan yang tidak rugi Semoga beramal dan bermanfaat untuk semua.. :)

Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi

Image
Bismillahi Masya-Allah Haritu kita dah pernah post tentang  Tanda Seseorang Sedang Depresi kan, so kali nie kita ketahui tips Cara Nak Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi pula ye.. Actually kaedah nie juga yang fatin guna.. Maybe dengan sharing nie dapat membantu uguys.. Semoga bermanfaat guys!  Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi 🍃 Dekatkan diri kita dengan agama Mungkin nampak macam terlalu common points nie. Tapi pendekatan nie time kita tengah kemurungan memang akan jadi super susah nak beribadah. Nak buat apa-apa pun jadi malas termasuk laa nak bangun beribadah. Jadi slowly cuba untuk ambil langkah yang simple & tak membebankan. Dan cuba praktikkan secara konsisten okay.. 🍃 Check balik files lama (sejarah kronologi hidup yang terkesan dengan diri sendiri) Yes! Point nie merupakan punca yang paling utama kenapa seseorang boleh menghadapi masalah kemurungan. Faktornya ialah disebabkan sejarah atau pengalaman pahit yang pernah berlaku kepada kita. Apa yang perl

The Secret of Me

Image
Bismillahi Masya Allah.. Assalamualaikum dan hai semua.. Untuk entry "The Secret of Me" kali nie, fatin just nak sharing sedikit luahan hati yang dah lama tak terungkap. Untuk yang pernah mengenali fatin zaini selama nie, ini adalah salah satu jawapan dan tanda tanya untuk semua. Mungkin ada yang berminat nak tahu apa yang berlaku sepanjang 6tahun sebelum nie dengan kehidupan fatin. Dan maybe ada juga yang taknak ambil tahu pun perihal fatin. It's okay guys.. I'm just sharing.. Tak lebih dari tu.. Kalau 6 tahun sebelum nie, fatin aktif blogger untuk shared semua tentang aktiviti harian dan pekerjaan fatin. Tapi since fatin dah tak aktif bekerja bersama group team dan tidak lagi menjual produk kesihatan tersebut.  Jadi secara rasminya yang SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau sebagainya, fatin tidak lagi berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog nie fatin jadikan sebagai kenangan dan moments yang pernah fatin ada. Kalau ada yang terjumpa blog nie dan bermin

Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan

Image
  Okay post sebelum nie ada story pasal depresi kan.. Kali nie kita buat quiz sikit untuk uguys yang nak check diri sama ada uguys ada simpstom depression nie ke tak? Kalau takde, alhamdulilah.. Tapi kalau uguys ada tanda-tanda better take note dan mulakan proses untuk mencegah dan mengubati ye.. Ingat! Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada penawarnya okay.. ;) Part 1 : Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan. Kenalpasti sama ada kita depresi atau tidak? 1) Check Mood Kita Semak mood kita sama ada kita rasa mood kita sentiasa bersemangat atau tidak? Kita seorang yang cepat rasa give up, down, tak ceria, cepat lesu? 2) Lost Interested  Hilang minat untuk nak buat apa-apa. Takda rasa best atau enjoy pun bila nak buat sesuatu benda. 3) Weight Loss atau Gain Weight Tanpa berdiet berat badan berubah. Ada orang cepat turun mendadak tidak seperti berat normal biasa. Tetiba berat naik tanpa sebab.  4) Tidur Terganggu atau Tidur Berlebihan Rutin tidur jadi tak menentu. Kadang-

Depresi atau Kemurungan

Image
 Assalamualaikum dan salam untuk semua, Post kali nie fatin tergerak hati nak bercerita sikit tentang isu kesihatan mental atau lebih kenali sebagai masalah kemurungan atau depresi. Makin hari boleh dikatakan makin ramai diantara kita sebenarnya ada masalah depression nie. Termasuk diri fatin sendiri yang ada masalah tersebut. Sebenarnya depresi nie boleh berlaku tanpa kita sedar. Tau tau jer kita ada rasa something wrong dengan diri kita. Fatin lebih ambil contoh diri sendiri. Kalau sebelum nie, fatin sangat suka untuk bekerja atau dikelilingi dengan orang ramai. Since beberapa tahun kebelakangan nie, fatin jadi sangat introvert. Nampak macam biasa takda apa-apa. Tapi hakikatnya, masalah depresi nie telah menganggu banyak faktor dari aspek kesihatan diri dan mental diri fatin.  Fatin boleh belajar sedikit perihal masalah kemurungan nie selepas berkahwin. Banyak yang fatin belajar dengan orang sekeliling especially dalam persekitaran keluarga. Ramai ahli keluarga kami ada masalah depre

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..