Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan

 


Okay post sebelum nie ada story pasal depresi kan.. Kali nie kita buat quiz sikit untuk uguys yang nak check diri sama ada uguys ada simpstom depression nie ke tak? Kalau takde, alhamdulilah.. Tapi kalau uguys ada tanda-tanda better take note dan mulakan proses untuk mencegah dan mengubati ye.. Ingat! Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada penawarnya okay.. ;)


Part 1 : Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan. Kenalpasti sama ada kita depresi atau tidak?

1) Check Mood Kita
  • Semak mood kita sama ada kita rasa mood kita sentiasa bersemangat atau tidak? Kita seorang yang cepat rasa give up, down, tak ceria, cepat lesu?
2) Lost Interested 
  • Hilang minat untuk nak buat apa-apa. Takda rasa best atau enjoy pun bila nak buat sesuatu benda.
3) Weight Loss atau Gain Weight
  • Tanpa berdiet berat badan berubah. Ada orang cepat turun mendadak tidak seperti berat normal biasa. Tetiba berat naik tanpa sebab. 
4) Tidur Terganggu atau Tidur Berlebihan
  • Rutin tidur jadi tak menentu. Kadang-kadang malam susah nak tidur. Kadang-kadang malas nak berfikir kita akan rasa kita nak tidur jer taknak buat apa-apa. Jadi kita rasa tidur jela. Sebenarnya tidur berlebihan pun tak bagus. Kurang tidur sangat pun tak bagus juga. Badan yang normal sepatutnya perlu dapatkan rehat dan dapatkan tidur yang cukup untuk sistem tubuh badan berjalan lancar.
5) Agitation 
  • Mood kita cepat berubah-ubah. Senang nak marah, senang moody, sensitif yang berpanjangan. Ada saja yang tak kena dengan mood kita. Senang trigger.
6) Fatigue 
  • Cepat letih dan cepat lesu. Kadang buat kerja tak banyak mana pun. Tapi buat sikit dah penat dan cepat jadi malas.
7) Worthlessness
  • Cepat rasa bersalah, rasa diri tak berguna lagi nak hidup, selalu nak salahkan diri sendiri. Bukan tak boleh untuk cepat rasa bersalah apabila buat silap. Tetapi perasaan itu datang menghantui kita berpanjangan. Kita akan jadi berfikir sentiasa yang itu salah kita.
8) Hilang Fokus
  • Jika kita tengah buat sesuatu yang mulanya kita rasa excited, tiba-tiba perasaan itu hilang dan membuatkan kita terus hilang  minat dan fokus. Bila dicuba tetap tak berjaya dan terus rasa give up tak nak buat dah.
9) Suicidal 
  • Ini tahap yang sangat berbahaya. Asyik terfikir nak bunuh diri. Nak mati jer. Tak nak teruskan hidup. Terasa seperti dunia nie tak adil untuk kita. Asyik kita sahaja yang selalu ditimpa masalah itu dan ini. Emosi asyik terganggu dan fikirkan mati itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
10) Post Partum
  • Ini lebih kepada wanita atau ibu mengandung dan bersalin. Emosi ini berlaku disebabkan hormon tidak stabil ketika mengandung atau selepas bersalin.
11) Hyper
  • Boleh terjadi kadang terlalu happy dan exicted dalam satu hal. Kadang-kadang boleh jadi terlalu sedih.
12) Melankolik
  • Memperlihatkan perasaan kita ketika itu. Contoh, orang lain tengah gembira. Tetapi perasaan kita sebaliknya. Kita berasa tak happy sedih dan sebagainya.
13) Dysthymia
  • Kemurungan yang berpanjangan atau dalam tempoh yang sangat lama. Tak dirawat dan tak diubati. Kita biarkan perasaan kemurungan itu menghantui kita sentiasa.

Okay ini adalah 13 ciri-ciri yang perlu kita kenalpasti sama ada kemurungan kita nie kritikal atau tidak. Jika kita dapat kurang dari 5tanda diatas bererti kita masih lagi normal. Jika kenalpasti hampir keseluruhan points itu ada dalam diri kita bermaksud kita perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan mental diri kita. Cepat-cepat cari langkah pencegahan untuk mengubati masalah kemurungan nie agar tidak berlarutan.

Sebenarnya, semua orang akan ada perasaan sebegini. Cuma ia bergantung kepada diri kita saja samada masih boleh dikawal emosi tersebut atau tidak. Jika uguys dapat mengatasi, tahniah diucapkan. Jika uguys dikelompok yang sebaliknya. Jangan malu untuk minta pertolongan dengan orang yang paling kita percaya untuk sama-sama membantu kita keluar daripada masalah nie.

Personally untuk fatin sendiri, memang ada beberapa tanda kemurungan nie seperti diatas tu. Faktor yang terjadi kemurungan nie mungkin disebabkan kisah atau sejarah silam yang mungkin susah nak dilupakan dan memberi impak yang sangat dalam kehidupan fatin selama nie. Sebab tu fatin pun mengalami masalah depression nie juga. Ada orang sampai ke tahap perlu mengambil ubat dan berjumpa pakar perubatan. Tetapi bagi diri fatin, tahap fatin masih boleh dikawal dan masih lagi dalam proses pemulihan juga. Antara kaedah yang fatin gunapakai adalah banyak mendengar video motivasi berkaitan depresi dan juga mengunakan kaedah secara semulajadi dan alami. Next entry fatin akan share dengan uguys cara nak kendali kemurungan dan juga pola pemakanan untuk mengawal diri daripada kemurungan nie okayy.. Stay tuned ya. 

p/s : Alhamdulilah ada kekuatan sikit nak hidupkan kembali blog nie. Semoga kekuatan ini berpanjangan dan fatin boleh share macam-macam story lagi dalam blog nie. 

Wish me luck guys! ;)

Comments

Zefa said…
Agreed. Depression ni kalo xdpt control. Mmg boleh jadi teruk

Popular posts from this blog

Jom Sertai Segmen "Follow dan Give Away" Bersama Fatin Zaini

Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..