Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah

Sejak dah bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nie ramai dah ada plan nak bercuti. Tak kisah bercuti dalam negara atau luar negara. Yang pasti dapat membantu ekonomi industri pelancongan kembali hidup.

Bila nak bercuti nie mestilah kita mula buat carian nak survey tempat vacation, tiket penerbangan dan kos yang terlibat. Sebab nak siapkan bajet yang mencukupi. Tapi jangan terkejut pula, ada orang tanpa ada peruntukan bajet pun tau tau boleh travel dan bercuti. Inilah kelebihan untuk mereka yang bijak ketahui trik nak booking hotel atau penerbangan dengan harga murah.

Nak tahu macam mana dorang boleh nikmati peluang nie???

Pasti seronok kan bila kita dapat pilihan beli tiket penerbangan atau hotel penginapan dengan HARGA YANG paling MURAH dan BERBALOI.

Okay, jom kita tengok beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda buat preparation sebelum beli tiket flight atau hotel.


  • Sebelum nak booking hotel atau penerbangan, better buat perbandingan dulu beberapa aplikasi tempahan hotel atau penerbangan yang ada. Minimum 3 jenis aplikasi yang berbeza. Take notes dulu harganya dan jangan terus "proceed payment" lagi ye.🙅🙅 (disini tidak di mention aplikasi mana yang terbaik, kita sendiri kena guna kemahiran research yang kita ada. Sebab setiap aplikasi yang sedia ada di Malaysia atau diluar negara akan sentiasa di upgrade untuk kegunaan pengguna).
  • Kenapa perlu dibuat perbandingan beberapa aplikasi tersebut? Kerana setiap aplikasi nie akan ada "Promo Code", "Hidden Charges" dan syarat-syarat yang ditetapkan tanpa pengguna perasan. Jadi kita akan tahu di antara perbandingan tersebut kita pasti akan perasan BEST OFFER yang ditawarkan oleh mereka. Jadi kita perlu berhati-hati.
  • JANGAN sesekali SAVE details kad bank anda dalam aplikasi tersebut. Kemungkinan besar ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan survey anda terus dibuat tempahan Auto-deduction payment booking tanpa anda sedari. Kalau dapat tawaran murah sangat berbaloi, tetapi bayangkan jika tempahan yang dibuat tersebut mahal.. Maka rugi lah kita..
  • Waktu paling terbaik yang ramai tak tahu untuk kita buat tempahan hotel atau penerbangan adalah TENGAH MALAM. Pihak aplikasi telah setting siap-siap untuk penetapan harga antara Paling Murah - Sederhana - Harga Biasa mengikut segmen masa yang ditetapkan. Tengah malam adalah waktu terbaik disebabkan trafik pengguna berkurangan jika dibandingkan dengan waktu siang. Selamat berjaga malam untuk rebut peluang keemasan nie ye..
  • Jika anda nak buat tempahan untuk orang lain, pastikan anda buat tempahan untuk pihak ketiga/kenalan. Takut-takut nanti time nak check-in berlaku masalah pula.
  • Ketika anda membuat carian dia laman web, dinasihatkan supaya anda menggunakan/mengaktifkan "Private Web" atau "Incognito Window" bagi mengelakkan carian anda dikesan oleh server. Ini kerana setiap carian atau database kita akan disimpan dan memudahkan mereka untuk memancing kita melanggan pakej yang ditawarkan oleh mereka. Jadi jangan pelik kenapa,"eh macam tahu-tahu jer apa yang kita nak cari dia keluar jer bila scroll webpage tersebut." Haha :D
  • Selepas bercuti atau anda berjaya membeli pakej tersebut, anda boleh meninggalkan jejak komen pengalaman anda tetapi elakkan meletakkan rating tertinggi didalam komen review tersebut. Ini akan mempengaruhi kenaikan harga pakej dimasa akan datang. Ketika itu mereka akan mengambil peluang untuk membuat keuntungan besar dalam perniagaan mereka.

Okay setakat nie dulu ye perkongsian untuk Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah.

Insha-Allah ada rezeki jumpa untuk next tips lain pula :)


S E L A M A T   B E R C U T I  ! ! !


Comments

Popular posts from this blog

Bahaya Aircond Kereta Terhadap Kesihatan

Pesanan Untuk Kaum Hawa

Wajib Tonton | Gelagat Couple Orang Melayu Yang Hot Dan Sensasi di London & Paris

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..