Hilang Kepercayaan

BismillahiMashaAllah


Topik kali nie just nak sharing tentang kepercayaan. Memang betul apa kata orang. Untuk bina social engagement nie banyak cabaran. 


Nak membina satu hubungan memang mudah. Tapi untuk kita kekalkan hubungan tersebut memang bukan senang. Banyak proses yang perlu kita hadapi dan lalui.


Sebagai contoh, sebelum nie fatin boleh dikatakan seorang yang extrovert. Mudah sangat nak bergaul dengan orang. Tapi bila tiba satu tempoh Allah beri ujian dan dugaan. Semua potensi tu hilang sekelip mata saja. 


Punca tu kalau ditanya memang terdapat banyak faktor. Bukan nak salahkan takdir atau orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Mungkin nie adalah salah satu pengalaman hidup kita yang Allah nak kita rasa dan insaf.


Fatin tak salah takdir atau orang yang hadir, mungkin semua berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Terlalu percaya dan juga terlalu yakin tanpa ada rasa takut. 


Terlalu berani sangat pun bahaya, takut sangat pun bahaya. 


Apa yang nak diceritakan tentang hilang kepercayaan nie adalah kehidupan kita umpama satu proses untuk hidup. Hidup untuk kenali karakter seseorang, belajar tentang pengalaman orang, belajar ilmu yang ada pada seseorang dan macam-macam lagi.


Orang kata macam kita nie seorang yang mudah untuk “take for granted and comfort zone”.


Kenapa fatin cakap terlalu take for granted?

Sebabnya, diri sendiri mudah memberi kepercayaan kepada orang tanpa ada rasa nak fikir negatif pada seseorang. Terlalu selesa sehingga mudah untuk luahkan segala kelemahan dan kekurangan diri tanpa sedar yang orang tak semuanya simpati atau berbangga dengan kita. Tetapi sebenarnya mereka cuba nak menjatuhkan kita dan gelak ketawa bila masa kita terjatuh tersungkur.


Sebab kedua pula, diri nie mudah berasa selamat dan selesa dalam hidup. Tak pernah terfikir untuk ada backup plan dalam hidup. Bila masa kita terjatuh, dari situ baru kita mula sedar betapa perit dan sakitnya tanpa ada sebarang backup atau pertolongan.


Daripada peristiwa inilah bermulanya kisah fatin menjadi seorang yang terlalu introvert. Banyak menyendiri, self-block in relationships, kurang bercakap dengan orang. 


Sakit, kecewa, pedih dengan pengalaman tu membuatkan self-confident, self-esteem, personality 100% berubah serta-merta. 


Sangat mencabar nak lalui zaman-zaman macam nie tau. Bukan satu perkara yang mudah. 


Tapi alhamdulilah since dah berkahwin, terus corak hidup pun berubah lagi sekali. So time by time tak sangka dan tak sedar plak yang semuanya dah bertukar dari segi karakter, mood pun dah jadi lain. Hahaha. Struggle is real bak kata orang. Tapi tula hakikatnya sekarang.

Ini yang baru dikatakan macam nak belajar hidup semula. Mula nak keluar dari kepompong menyendiri tu semula. Hihi..

Jadi fatin minta uguys sudi doakan yang baik-baik untuk kesejahteraan hidup fatin baik di dunia dan akhirat kelak. Dan kalau ada salah silap dari diri fatin sendiri fatin minta maaf sangat-sangat diatas kekhilafan diri yang sebelum nie. 

Kita jumpa di next entry lain pula.

Comments

Popular posts from this blog

Tips Pulihkan Diri Daripada Kemurungan

Isi Gelas Yang Kosong Dengan Ilmu

BismillahiMasyaAllah Alhamdulilah

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..