Review Buku Crappy to Happy

BismillahiMashaAllah


Kebetulan baru-baru nie fatin ada pergi Aeon Bukit Tinggi, Klang. Jalan punya jalan singgah laa Popular Bookstore. Rasa lama juga didalam tu. Syok laa kalau dapat greenlight walk alone. Hahaha. Nak pergi mana, nak stay berapa lama takde hal. Haha.

Ok back pasal kedai buku balik.

Dah berjalan tengok buku-buku yang ada. So terjumpa dengan satu buku. Nama buku tu "Crappy to Happy". First thing yang boleh buat tertarik dengan buku nie sebab color dia kuning, "mata terus tengok dan pegang". Dibelek-belek pages yang ada wow macam best ja buku nie.

Nak tahu kenapa fatin cakap best?

Sebab jiwa kita tengah kosong dan masih dalam recovery kan. Maybe Allah gerakkan hati bertemu dengan buku nie yang sesuai untuk kita yang nak self-development daripada masalah anxiety dan depression nie.

Ok set, nak beli buku nie.. Sekali tengok price tag belakang RM72.90. OMG, lari bajet pulak nie.. So, letak dulu buku nie dan jalan tengok-tengok buku lain lagi. Tapi dalam hati tak putus doa, "Ya Allah daku teringin sangat-sangat buku tadi.. Kalau buku nie bagus untuk daku, permudahkan laa urusan untuk aku beli buku nie tanpa ada prasaan was-was. Sebab time tu, dalam poket memang ada bajet ngam RM100 jer.. Kalau dah spend RM72.90, memang kena catu expanses lain. 

Lepas jer pusing-pusing tengok buku lain. Berat juga hati nie nak beli buku tu. Tak fikir panjang dah, terus ambil dan bawa pergi kaunter nak bayar.

Alhamdulilah, Allah Maha Baik dan Maha Mendengar doa tadi. Staf ambil buku macam double check status price tag, rupanya buku nie ada diskaun. Then, dia scan buku terus keluar harga RM27.90. MashaAllah rezeki diskaun yang sangat-sangat berbaloi. Happy sangat-sangat laa kan bila hajat nak beli dan tawakal. Alhamdulilah dapat beli dengan harga murah. Rezeki..

So inilah laa bukunya...


Ok meh nak bagi sinopsis sikit apa yang membuatkan fatin rasa nak beli buku nie. 

First, buku nie bantu kita untuk check diri balik apa punca-punca kita tak happy dengan life kita. Salah satu faktor kita masih dibelenggu dengan kisah-kisah silam. Ibarat punca kenapa kita tak boleh nak move on lagi. Dan juga buku nie bantu kita untuk ada simple steps untuk bina hubungan yang kuat dengan diri kita dan juga orang sekeliling.

Seriously, time fatin baca sekali lalu buku nie.. Boleh dikatakan banyak related juga dengan apa yang fatin alami selama nie. Itu yang memang nekad nak beli dan belajar. Buku nie fully in english version. Tapi jangan risau sebab content dia sangat ringan dan mudah untuk kita faham. Basic word jer...

InshaAllah, nanti ada rezeki dan berkesempatan fatin nak try share points yang menarik dalam buku nie. 

Kalau ada yang mempunyai masalah macam fatin nie, boleh laa beli buku-buku macam nie untuk kita baca. Kadang ada juga orang cakap kenapa tak nak share dengan orang pasal masalah kita. Jawapannya, untuk masalah macam nie tak semua orang boleh memahami kita. Yes memang betul kita still perlukan someone untuk sharing masalah kita. Kalau jumpa dengan orang yang boleh bantu kita, ok jer takda masalah. Go on. At least ada cara membantu diri kita.

Tapi kalau takda cara lain boleh laa kita cuba dengan bahan bacaan, podcast, video dan sebagainya. InshaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu redakan dan tenangkan diri kita.

Cuba laa mana yang termampu untuk pulihkan diri kita. Kita kena ingat, kalau kita tak jaga diri kita siapa lagi nak tolong jaga diri kita nie. Fasa kecewa dan putus asa nie semua orang akan lalui cuma lama atau tak jer.. Jadi relax, slowly but surely.. Allah akan bantu kita kalau kita berusaha pulihkan diri kita. Trust the process.

Kata-kata nie laa yang fatin pegang sekarang untuk kuat bangun semula. Lama sangat-sangat tau gloomy seorang diri nie. Ini laa yang dikatakan small steps begin..

Wish me luck ya, dear myself. We can do it together. InshaAllah, aamin. :) 



Comments

Popular posts from this blog

Tips Pulihkan Diri Daripada Kemurungan

Isi Gelas Yang Kosong Dengan Ilmu

BismillahiMasyaAllah Alhamdulilah

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..