Tips Pulihkan Diri Daripada Kemurungan

BismillahiMashaAllah

Kalau untuk sesiapa yang ada kemurungan (depression) mungkin ada yang tercari-cari kaedah yang sesuai untuk pulihkan diri secara alami (natural) tanpa ubat-ubatan.

Point yang paling penting adalah jangan kita putus asa untuk sentiasa berdoa kepada Allah atau Tuhan. Walaupun ada naik turun iman kita untuk istiqomah dalam setiap amalan yang dituntut oleh agama, kita perlu kuat semangat untuk laksana sebaik mungkin. Terutama bab solat dan juga amalan membaca Al-Quran. Kerana bagi orang Islam tiang agama kita yang perlu dijaga adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis.

Pemakanan juga penting bagi membantu sistem tubuh badan kita menghasilkan enzim yang sihat yang diperlukan oleh badan. Fatin pernah kongsi kan video jenis makanan yang baik untuk diamalkan bagi orang yang mempunyai masalah depsression atau anxiety. Boleh<< Klik link di sini >> 

Antara tips lain yang fatin buat adalah dengan membaca buku. Sebelum nie fatin pernah try untuk membaca atau tengok video di youtube untuk atasi masalah nie. Tapi banyak halangan dan dugaan. Dari niat asal nak cari bahan bacaan atau video, bila scrol handphone nie ada jer dia nak melencong ke platform lain. Macam terbuka sosial media macam facebook, instagram, tiktok dan lain-lain. Bila tak dapat nak state dengan apa yang kita nak cari asal tu dah buang masa ke tempat lain. Kalau emosi kita stabil dan mampu di kawal takda masalah. Tapi selalunya bila fatin jadi macamtu, emosi lagi terganggu. Contoh, kita tengah down nie tetiba keluar pula video-video yang buatkan kita lagi down. So, mood tu kadang tak terkawal dan akan terbawa-bawa sentiasa. Kadang mengganggu fikiran fikir benda yang tak sepatutnya kena  fikir di fikirkan. Susahkan jadi macam nie..

Next, fatin cuba ubah cara penggunaan handphone. Kalau mood tak stabil fatin cuba elakkan dulu untuk buka platform sosial media nie. Kalau mood okay, fatin try set timer berapa lama yang fatin akan spend masa untuk layan media sosial. Habis timer tu, so kita tutup handphone kejap dan buat benda lain pula. Ini nak bantu otak kita berehat daripada terjebak fikirkan hal yang tak patut kita fikirkan. Haha.. 

Dan fatin juga baru set kan diri semula untuk adakan masa dengan membaca buku selain daripada membaca Al-Quran. Cuba dapatkan bahan bacaan yang lebih kepada menarik minat kita. Maybe ada orang suka novel, komik, bahan fiction atau buku motivasi. kalau fatin prefer bahan bacaan yang lebih kepada self-development. So, dari situ mood dan otak kita akan tone in down dan more relaxing.

Ini antara kaedah yang fatin cuba secara naturally.

Untuk masa sekarang tengah membaca buku Crappy to Happy . So far buku nie sangat-sangat membantu fatin nak buat review diri sendiri. Buku nie boleh dikatakan banyak membantu.

Nanti ada kesempatan fatin share points yang best-best dalam buku nie.. 

Okay takat nie dulu nah entry nie. Free nanti kita update lagi.. :)

Comments

Popular posts from this blog

Isi Gelas Yang Kosong Dengan Ilmu

BismillahiMasyaAllah Alhamdulilah

Pesanan Ikhlas

Untuk makluman semua, SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau NOMBOR TELEFON yang ada SEBELUM TAHUN 2022 TIDAK LAGI digunakan & berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog akan dijadikan sebagai kenangan. Mohon maaf sekiranya ada mana-mana entries yang kurang sopan atau ada unsur yang tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. If uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen diruangan "Posting Entry Blog @ email" untuk di edit semula atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..