Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan


Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut atau trauma yang berbeza mengikut individu. Allah meraikan semua perasaan dan tahap yang berbeza antara kita, paling utama ketakutan kita mestilah berasas dan sesuatu yang benar, bukan bayangan berlebihan yang dibisikkan hawa nafsu dan syaitan.

Doa daripada Nabi s.a.w untuk menguruskan ketakutan dan kesedihan dikongsikan di bawah👇

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠْـــــم

اللهُÙ… Ø¥ِÙ†ِÙŠ أعُوذُ بِÙƒ Ù…ِÙ† الهمِ والحزنِ وأعُوذُ بِÙƒ Ù…ِÙ† العجزِ والكسلِ وأعُوذُ بِÙƒ Ù…ِÙ† الجُبنِ والبُخلِ وأعُوذُ بِÙƒ

Ù…ِÙ† غلبةِ الدينِ وقهرِ الرِجالِ


Maksud: “Ya ALLAH, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang,”

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555).




Petikan artikel ini daripada perkongsian Ustazah Asma’ Harun Official. #sahabatduniaakhirat

Agen Kek Import Viral Sedap

Assalamualaikum dan hai semua,

Mungkin korang dah familiar dengan KEK IMPORT dari oversea yang viral di media sosial Tiktok, Instagram dan Facebook ke??

Atau korang pernah dengar tapi belum cuba dan nak mencari dekat mana nak beli kek import ni..

So fatin nak update untuk sesiapa yang tengah mencari nak beli kek import nie tapi tak tahu macam mana nak beli.. Good news, fatin adalah salah seorang dealer yang menjual kek import viral nie secara directly. 

Untuk yang berdekatan dengan fatin sekitar Shah Alam especially area Kota Kemuning, Jalan Kebun,  Bandar Rimbayu, Eco Santuary, Telok Panglima Garang, Bandar Botanik Klang.. Korang boleh ja terus contact fatin ye.. Sebab fatin memang stay area sini ja.. 🙋🙋 

Tapi kalau yang jauh-jauh macam mana nak dapatkan kek import nie juga? It's okay, jangan risau.. Korang boleh ja contact fatin. Nanti fatin akan arrange order korang dengan team yang berdekatan dengan korang. Postage pun boleh, InshaAllah.. Boleh delivery atau self pickup juga tau.

Alamak sebelum terlupa, kalau ada yang berminat nak jadi agen juga ditempat korang atau nak buat side income sambil-sambil.. Boleh juga text fatin okay.. Nanti fatin assist details pasal nie. Actually sangat berbaloi dan high profit margin. Yes, memang dah ada agen. Tapi masih belum meluas. So, mana tau rezeki korang pulak boleh conquer orders area tempat korang kan. Boleh laa nak try.. 

Okay bawah nie details untuk contact untuk dapatkan kek import korang nie ye.. 😉


Instagram : >> Klik sini <<
Facebook : >> Klik sini <<
Linktre : >> Klik sini <<









Instagram @souqxasia


Facebook @souqxasia


Jemput juga Follow dan Like official pages souqxasia untuk dapatkan lebih info dan details produk ;)

TQ korang sudi spend masa singgah blog fatin..😊

Selamat Datang 2023

Assalamualaikum dan salam semua, 

Lama juga tak menulis dekat blog. Dari haritu dah bagitau nak kerap update blog. End up tak kesudah, last update bulan November 2022 juga update nye..


Sabar jela..


Memandangkan dah tahu memang yang blog nie masih lagi tak dapat nak istiqomah update. So kota just mana update mana yang sempat jela kan.


Berbalik kepada cerita tajuk asal nie, alhamdulilah hari nie dah pun kita masuk ke tahun 2023 secara rasminya.


Baik buruk, susah senang, perit getir hari-hari kita sebelum nie dah pun selamat kita lalui. Tak kisah apapun yang berlaku, kita tetap kena bersyukur apa yang kita hadap dan lalui. 


Untuk diri sendiri nie, takda apa yang ketara sangat. Hidup masih lagi banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Memang betul tiap apa yang berlaku ada fasa proses untuk kita lalui. Jadi kita yang kena belajar untuk bertenang dan lalui apapun situasi yang kita hadapi nie sebaik mungkin.


Jadi selamat menyambut tahun baru 2023 untuk semua. Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita, dapat istiqomah dalam beribadah, sentiasa perbaharui kelemahan dan kekurangan diri, dapat belajar menjadi seseorang yang terbaik untuk diri sendiri. InshaAllah aamin.


 

Tips Pulihkan Diri Daripada Kemurungan

BismillahiMashaAllah

Kalau untuk sesiapa yang ada kemurungan (depression) mungkin ada yang tercari-cari kaedah yang sesuai untuk pulihkan diri secara alami (natural) tanpa ubat-ubatan.

Point yang paling penting adalah jangan kita putus asa untuk sentiasa berdoa kepada Allah atau Tuhan. Walaupun ada naik turun iman kita untuk istiqomah dalam setiap amalan yang dituntut oleh agama, kita perlu kuat semangat untuk laksana sebaik mungkin. Terutama bab solat dan juga amalan membaca Al-Quran. Kerana bagi orang Islam tiang agama kita yang perlu dijaga adalah berdasarkan Al-Quran dan hadis.

Pemakanan juga penting bagi membantu sistem tubuh badan kita menghasilkan enzim yang sihat yang diperlukan oleh badan. Fatin pernah kongsi kan video jenis makanan yang baik untuk diamalkan bagi orang yang mempunyai masalah depsression atau anxiety. Boleh<< Klik link di sini >> 

Antara tips lain yang fatin buat adalah dengan membaca buku. Sebelum nie fatin pernah try untuk membaca atau tengok video di youtube untuk atasi masalah nie. Tapi banyak halangan dan dugaan. Dari niat asal nak cari bahan bacaan atau video, bila scrol handphone nie ada jer dia nak melencong ke platform lain. Macam terbuka sosial media macam facebook, instagram, tiktok dan lain-lain. Bila tak dapat nak state dengan apa yang kita nak cari asal tu dah buang masa ke tempat lain. Kalau emosi kita stabil dan mampu di kawal takda masalah. Tapi selalunya bila fatin jadi macamtu, emosi lagi terganggu. Contoh, kita tengah down nie tetiba keluar pula video-video yang buatkan kita lagi down. So, mood tu kadang tak terkawal dan akan terbawa-bawa sentiasa. Kadang mengganggu fikiran fikir benda yang tak sepatutnya kena  fikir di fikirkan. Susahkan jadi macam nie..

Next, fatin cuba ubah cara penggunaan handphone. Kalau mood tak stabil fatin cuba elakkan dulu untuk buka platform sosial media nie. Kalau mood okay, fatin try set timer berapa lama yang fatin akan spend masa untuk layan media sosial. Habis timer tu, so kita tutup handphone kejap dan buat benda lain pula. Ini nak bantu otak kita berehat daripada terjebak fikirkan hal yang tak patut kita fikirkan. Haha.. 

Dan fatin juga baru set kan diri semula untuk adakan masa dengan membaca buku selain daripada membaca Al-Quran. Cuba dapatkan bahan bacaan yang lebih kepada menarik minat kita. Maybe ada orang suka novel, komik, bahan fiction atau buku motivasi. kalau fatin prefer bahan bacaan yang lebih kepada self-development. So, dari situ mood dan otak kita akan tone in down dan more relaxing.

Ini antara kaedah yang fatin cuba secara naturally.

Untuk masa sekarang tengah membaca buku Crappy to Happy . So far buku nie sangat-sangat membantu fatin nak buat review diri sendiri. Buku nie boleh dikatakan banyak membantu.

Nanti ada kesempatan fatin share points yang best-best dalam buku nie.. 

Okay takat nie dulu nah entry nie. Free nanti kita update lagi.. :)

Belajar Kenal Dunia Pekerjaan

BismillahiMashaAllah

Tengah scroll entries yang lama-lama tetiba terjumpa draf entry tahun 2015 nie.. Jadi terus buka dan fatin continue story jela.

Ini adalah salah satu pengalaman yang fatin pernah ada. Alang-alang dah jumpa, kita cerita dan simpan sini untuk kenangan.

Nie cerita sebelum kita kahwin tau. Kang ada plak yang salah faham ingat cerita nie yang terbaru..  😂 




Time nie tak ingat sama ada tahun 2014 atau 2015 family kami tengah lalui zaman yang penuh cabaran. Family kami sewa carwash di Sungai Dua, Penang. Ulang alik laa kami sekeluarga dari Sg Petani ke Sg Dua tiap hari. Kami 4beradik kerja dekat carwash time tu. Sebab nak hire pekerja macam tak mampu. Just ambil partimer ja seorang time tu. Antara personal experiences time kami kerja nie, kami rasa down to earth. Sebelum nie, stigma kami fikirkan pekerjaan carwash nie untuk orang asing ja. Tapi bila  family kami take as a challenge untuk belajar selok belok perniagaan carwash. Okay, ini bukan kerja yang mudah tau. Memang penat but it still have fun untuk kami sekeluarga.

Antara benda yang jadi kenangan time kerja di carwash nie, time hujan selalunya kita ingatkan takda sales sebab takkan ada orang nak cuci kereta time-time hujan kan??! Tapi hakikat yes memang ada sebenarnya. Unexpected kan bila kita tengok ada orang still datang carwash dan cuci kereta. So, kami belajar kenal erti untuk bersyukur. Sebab rezeki Allah nie luas. Kalau kita minta betul dengan Dia, InshaAllah dalam pelbagai keadaan pun Allah akan hantarkan rezeki tu kepada kita. 

Tak lupa gak, ada satu moment nie yang tak dapat dilupakan. Ada seorang customer nie naik kereta mewah. Kami adik-beradik memang teruja sebab customer yang datang nak cuci kereta nie macam orang hebat. Kebetulan dia dari KL nak balik kampung. Tak silap time tu nak raya. Owner kereta tu perasan kami adik-beradik excited sangat dengan kereta dia, so dia datang and bagitau,”dik tolong alih kereta tuh bawa masuk dan vacuum sekali..” 

Allahuakhbar terkejut kami, tapi kami tolak offer tu sebab baju seluar dah kotor sebab kerja carwash kan. Lagipun memang segan juga laa.. Jadi dia alihkan pastu dia datang borak sambil-sambil kami tengah kerja. Takpe jangan putus asa, inshaAllah nanti ada rezeki boleh merasa bawa kereta macam nie.. Yang penting jangan malas. Sentiasa berusaha majukan diri..

Nie hangpa buat kerja carwash adik-beradik pun bagus sangat pakcik tengok. Budak-budak kalau cuti sekolah ka free, mana nak kerja. Lagipun orang sekarang dah tak suka kerja-kerja macam nie. Banyak main games ja dekat rumah, pergi cyber cafe dan melepak ja sana sini.. Kita yang dengar nasihat nie ambil sebagai ikhtibar dan semangat apa yang owner tu pesan.. Mana tahu kan satu hari nanti kita pun boleh berjaya macam tu juga.


Selain daripada buka carwash, fatin juga ada belajar untuk handle kerja subcont. Hmm minat juga bidang kerja construction nie tapi tula... Dunia bisnes nie agak mencabar sikit. Jadi try juga selam dunia nie.. Tapi kalau bukan betul-betul bukan kemahiran kita, memang akan susah kita nak survive. 


Next pernah juga kami satu family buka kedai flight ticketing dengan money charger services untuk warga asing area Juru. Tempat pun agak kedalam. Kawasan kedai nie berada dalam kawasan warga asing macam Indonesia, Nepal, Myammar dan Bangladesh. Sebabkan kawasan adalah kawasan perindustrian. 

Tak lama lepas tu tempat dengan kedai kami terpaksa tutup disebabkan tempat  kawasan tu akan dibangunkan jadi kawasan baru. Sayang juga la sebab kami operasi di kedai tu hampir setahun. Tapi tak lama pula. 

Lepas ja dari macam-macam yang kami cuba untuk bantu ekonomi family, akhirnya fatin decide untuk berpindah kerja di KL. Sebelum tu, time kerja dengan Hai-o memang selalu juga ulang alik SP-KL. Then, lepas stop buat Hai-o, mula laa mencari kerja area Lembah Klang nie. 

Masuk tahun 2016, fatin dapat offer kerja bahagian pengangkutan awam. Star kerja di KL terus laa menetap jadi orang Shah Alam sampai laa berkahwin. Hihi :) Alhamdulilah bertemu jodoh dengan orang taiping. Yang pasti kami bukan bertemu jodoh di tempat kerja ye.. Another story level kalau nak cerita bab bertemu jodoh pulak. Huhu



Gambar time single muda remaja gittew. Kalau compare dengan yang sekarang, aduh jauh berbeza. Lepas nie kena buka azam baru laa misi untuk kurus sikit macam dulu-dulu. Agak-agak berjaya ke tak ye?? 


2tahun lepas berkahwin, fatin terpaksa resign. Okay nanti fatin buat story part 2 pulak untuk sambungan kerja-kerja yang pernah fatin buat. Simple lifestories ja. 

Jumpa dekat next posting pula okay... :)

Review Buku Crappy to Happy

BismillahiMashaAllah


Kebetulan baru-baru nie fatin ada pergi Aeon Bukit Tinggi, Klang. Jalan punya jalan singgah laa Popular Bookstore. Rasa lama juga didalam tu. Syok laa kalau dapat greenlight walk alone. Hahaha. Nak pergi mana, nak stay berapa lama takde hal. Haha.

Ok back pasal kedai buku balik.

Dah berjalan tengok buku-buku yang ada. So terjumpa dengan satu buku. Nama buku tu "Crappy to Happy". First thing yang boleh buat tertarik dengan buku nie sebab color dia kuning, "mata terus tengok dan pegang". Dibelek-belek pages yang ada wow macam best ja buku nie.

Nak tahu kenapa fatin cakap best?

Sebab jiwa kita tengah kosong dan masih dalam recovery kan. Maybe Allah gerakkan hati bertemu dengan buku nie yang sesuai untuk kita yang nak self-development daripada masalah anxiety dan depression nie.

Ok set, nak beli buku nie.. Sekali tengok price tag belakang RM72.90. OMG, lari bajet pulak nie.. So, letak dulu buku nie dan jalan tengok-tengok buku lain lagi. Tapi dalam hati tak putus doa, "Ya Allah daku teringin sangat-sangat buku tadi.. Kalau buku nie bagus untuk daku, permudahkan laa urusan untuk aku beli buku nie tanpa ada prasaan was-was. Sebab time tu, dalam poket memang ada bajet ngam RM100 jer.. Kalau dah spend RM72.90, memang kena catu expanses lain. 

Lepas jer pusing-pusing tengok buku lain. Berat juga hati nie nak beli buku tu. Tak fikir panjang dah, terus ambil dan bawa pergi kaunter nak bayar.

Alhamdulilah, Allah Maha Baik dan Maha Mendengar doa tadi. Staf ambil buku macam double check status price tag, rupanya buku nie ada diskaun. Then, dia scan buku terus keluar harga RM27.90. MashaAllah rezeki diskaun yang sangat-sangat berbaloi. Happy sangat-sangat laa kan bila hajat nak beli dan tawakal. Alhamdulilah dapat beli dengan harga murah. Rezeki..

So inilah laa bukunya...


Ok meh nak bagi sinopsis sikit apa yang membuatkan fatin rasa nak beli buku nie. 

First, buku nie bantu kita untuk check diri balik apa punca-punca kita tak happy dengan life kita. Salah satu faktor kita masih dibelenggu dengan kisah-kisah silam. Ibarat punca kenapa kita tak boleh nak move on lagi. Dan juga buku nie bantu kita untuk ada simple steps untuk bina hubungan yang kuat dengan diri kita dan juga orang sekeliling.

Seriously, time fatin baca sekali lalu buku nie.. Boleh dikatakan banyak related juga dengan apa yang fatin alami selama nie. Itu yang memang nekad nak beli dan belajar. Buku nie fully in english version. Tapi jangan risau sebab content dia sangat ringan dan mudah untuk kita faham. Basic word jer...

InshaAllah, nanti ada rezeki dan berkesempatan fatin nak try share points yang menarik dalam buku nie. 

Kalau ada yang mempunyai masalah macam fatin nie, boleh laa beli buku-buku macam nie untuk kita baca. Kadang ada juga orang cakap kenapa tak nak share dengan orang pasal masalah kita. Jawapannya, untuk masalah macam nie tak semua orang boleh memahami kita. Yes memang betul kita still perlukan someone untuk sharing masalah kita. Kalau jumpa dengan orang yang boleh bantu kita, ok jer takda masalah. Go on. At least ada cara membantu diri kita.

Tapi kalau takda cara lain boleh laa kita cuba dengan bahan bacaan, podcast, video dan sebagainya. InshaAllah, sedikit sebanyak dapat membantu redakan dan tenangkan diri kita.

Cuba laa mana yang termampu untuk pulihkan diri kita. Kita kena ingat, kalau kita tak jaga diri kita siapa lagi nak tolong jaga diri kita nie. Fasa kecewa dan putus asa nie semua orang akan lalui cuma lama atau tak jer.. Jadi relax, slowly but surely.. Allah akan bantu kita kalau kita berusaha pulihkan diri kita. Trust the process.

Kata-kata nie laa yang fatin pegang sekarang untuk kuat bangun semula. Lama sangat-sangat tau gloomy seorang diri nie. Ini laa yang dikatakan small steps begin..

Wish me luck ya, dear myself. We can do it together. InshaAllah, aamin. :) 



Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...