BAGI MENCEGAH MASALAH
SAKIT BELAKANG DAN SAKIT BAHU ANDA PERLU MENDAPATKAN COLI YANG BETUL.
Satu-satunya
fungsi coli adalah untuk menutupi serta menampung buah dada seseorang wanita. Kajian
telah membuktikan bahawa 80% daripada wanita memakai jenis coli yang salah.
Coli
yang dipadankan dengan sempurna adalah penting untuk postur seseorang wanita.
Coli yang tidak dipadankan dengan sempurna boleh mengakibatkan masalah sakit
belakang, sakit bahu, kekejangan otot serta sakit kepala yang teruk.
Laporan
menunjukkan bahawa purata buah dada seseorang wanita biasa adalah sekitar 250g
setiap satu, yang menjelaskan kepentingan pemakaian coli yang betul bagi
menghalang buah dada daripada melendut.
Pemakaian
coli yang betul juga dapat menampung buah dada. Ia mengurangkan tekanan buah
dada serta membantu mencegah kecederaan pada tisu-tisu buah dada.
Pemakaian
coli yang betul juga penting bagi golongan remaja kerana buah dada mereka mula
tumbuh. Coli yang dipadankan dengan sempurna dapat membantu memberikan sokongan
yang bersesuaian. Ini menggalakkan pembentukan postur yang betul serta membantu
mencegah masalah sakit belakang seumur hidup.
Kebanyakan
wanita tidak menyedari bahawa dengan memakai coli yang betul, dapat membentuk
buah dada dan badan yang lebih cantik, serta membuatkan mereka kelihatan lebih
langsing.
Coli
yang dipadankan dengan sempurna adalah umpama sepasang kasut yang padan elok.
Dengan cara pemakaian yang betul, anda akan dihindari daripada kejengkelan dan
rasa tidak selesa akibat pemakaian saiz dan jenis yang salah.
Akhir
sekali, perlu diberi perhatian bahawa saiz buah dada seseorang wanita sering
berubah dari semasa ke semasa. Apa yang perlu dilakukan adalah memeriksa saiz
buah dada setiap enam bulan dan mengambil kira sebarang perubahan pada berat
badan atau keadaan fizikal seperti kehamilan.
No comments:
Post a Comment