Teruja sangat bila dapat pergi Perlis. Bayangkan fatin masuk dari Kangar-Santan-Pauh-Arau. Memang happy sebab dah rasa title blog nie pun nama "fatinzaini's territory". Huhu.
Alhamdulilah, memang terasa yang sekarang fati kuat berjalan ke tempat orang. Jadi, kita patut guna kesempatan yang ada sebaik mungkin.
Actually, fatin pergi ke tempat-tempat nie secara kebetulan jer. Percaya?? Yes, memang betul. Kalau takde kerja, confirm tak sampai punya. Selalu kita mesti akan cakap, "kalau nak berjalan ke melancong ke mesti kena tunggu modal meriah sikit baru boleh berjalan jauh. Takde modal, alamat tanam angan-angan jer laa sebab tak tahu bila laa boleh sampai..".
Balik dari rumah clients, time on the way to Arau ternampak bangunan JKR Kangar yang penuh colorful.
Selamat Datang Ke Perlis. Confirm lepas nie nak rajin lagi explore negeri Perlis. Sebab outstation sehari di Perlis.
Selalu singgah Pasaraya Cmart Amanjaya Mall Sungai Petani jer, tapi hari tu boleh singgah Kompleks Arau nie plak. Hehe :)
Favorite time yang teruja adalah sempat jamah Nasi Ayam Black Pepper + Ice Blended Yogurt Kiwi area Arau. Hari tu hotspot untuk kedai makan tak dapat dikesan, sebab kebanyakkan kedai area Arau tutup hari Ahad. Kenapa yee??
Before nak pulang to Sungai Petani, sempat lagi jumpa ex-schoolmate SMK Bandar Sungai Petani. Dah macam adik-beradik dah kami.
Walaupun outstation di Perlis hanya sehari sahaja, tapi takpe lepas nie fatin make sure kan yang tempat best akan dapat ditawan sebanyak yang mungkin. Bila sekali dah datang, mesti rasa nak datang lagi lepas tu. Hehe.
Whatever it is, i'm very happy on my working day. Thanks to GLAM !!
Anda asal PERLIS?? So, jangan laa segan silu nak suggest kat fatin apa yang best kat tempat anda.
Hubungi kat sini yee :
H/P : 019-448 1391
Facebook : Fatin Zaini
Instagram : fatinzaini_ffe
No comments:
Post a Comment