Travelog Makan | Nasi Kukus Ayam Goreng Best di Wangsa Melawati Kuala Lumpur

Ada yang suka makan nasi kukus ayam goreng? 

Tak tahu nak cuba kat mana lagi? 

Kat mana nak dapat rasa lain dari yang lain?

Pencarian area Kuala Lumpur?

Okey, today fatin nak share about one place yang sediakan nasi kukus ayam goreng uurmm punya area Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.



First time fatin datang kedai sini. Sebab jumpa clients area Wangsa Maju. Habis jer business appointment dengan clients, tengok jam waktu lunch. Yes!! Jom cari tempat makan laa jawabnya.

Yeay! Thanks to Zaty sebab promote kedai nasi ayam goreng nie untuk fatin jejak kaki. Dia macam tahu-tahu jer time tu fatin teringin sangat nak makan nasi kukus. Big thanks and love to you dear :)



Tadaaa dah bole makan. Mula datang memang tak ramai, tapi 10min lepas tu. Perghh orang datang beratur panjang. Tak silap time pergi tu hari Jumaat. Banyak dapat feedback dengan orang area situ, memang dorang cakap nasi kukus nie terbaikk !! So tak sia-sia datang cuba dan tinggal jejak kat kedai nie.


Masa nak masuk kereta baru teringat nak snap picture rupa kedai. Hehe. Nama kedai tu adalah RESTORAN WAFIE Nasi Kukus Ayam Goreng.


Boleh search dengan Mr. Google okey :

RESTORAN WAFIE NASI KUKUS AYAM GORENG
Wangsa MelawatiKuala LumpurWP Kuala Lumpur 53300Malaysia


No comments:

Selamat Datang 2023

Assalamualaikum dan salam semua,  Lama juga tak menulis dekat blog. Dari haritu dah bagitau nak kerap update blog. End up tak kesudah, last ...