Harapan Itu Masih Ada



Anda tidak perlu menjadi seorang Yes Man, yang mengatakan ‘YA’ untuk setiap hal. Namun, berikan peluang lebih luas, berikan waktu lebih banyak untuk berfikir lebih luas lagi. Persiapkan diri untuk menerima hal yang lebih besar lagi.


1. Jangan mengeluh, sebab mengeluh hanya mempersempit fikiran kita kepada kekurangan saja. Bersyukurlah.

2. Jangan menyerah kerana ada masalah, tapi carilah jalan mengatasi masalah tersebut.

3. Jika risikonya jauh lebih kecil berbanding potensinya, kenapa tidak memberanikan diri untuk mengambil risiko?

4. Tingkatkan kepercayaan diri bahawa anda boleh melakukan hal yang lebih kreatif. Sekarang mungkin tidak boleh, Insya Allah esok lusa mungkin boleh kerana kita mau belajar.

5. Sematkan dalam diri bahawa selalu ada kebaikan dan hikmah dari setiap kejadian dan dari setiap insan yang ditemui. Ini akan membuka mata kita terhadap kebaikan, bahkan dari musuh sekali pun.

6. Berfikiran kritis itu bukan hanya mampu melihat kekurangan diri, tetapi juga mampu melihat kebaikan yang tidak terlihat oleh orang lain.

7. Tingkatkan kemahuan dan keinginan untuk belajar, percayalah anda akan memiliki kemampuan yang lebih banyak.

8. Jangan hanya memikirkan masalah dan kesulitan, cuba fikirkan peluang dan penyelesaiannya.


Harapan itu masih ada. Harapan hidup anda menjadi lebih baik, harapan negeri kita menjadi lebih maju dan makmur, harapan kehidupan sosio ekonomi keluarga kita yang lebih baik, harapan peningkatkan kualiti dan kemampuan diri dan berbagai harapan positif lainnya. Harapan itu masih ada selama kita mahu membuka mata, membuka hati dan fikiran kita!


No comments:

Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...