Assalamualaikum dan salam semua.
Wah debaran makin terasa nie tau nak pergi Gold Coast, Australia. Entah macam mana nak express mood ke sana nie. Hihi seriously dah over excited!!
Kalau tanya part preparation barang nak ke sana, rasanya sampai hari nie pun tak cukup lagi kot.
Yela, kejap buang kejap tambah.. Acaner tu kan??! Dah paling malas nak packing barang nie. Haha.
Yang penting kena betul-betul finalize barang apa yang penting nak kena bawa. Kang ada yang tercicir, naya jer kat sana nanti...
Baru-baru nie, geng qualifiers Gold Coast dah set time untuk dating nak cari luggage and a few stuffs. Bukan main happy lagi semua sebab itu ini nak kena beli. Tambah yang over excited nie siapa lagi kalau bukan fatin dengan fiza mahazir. Sebab kami first timer qualifiers untuk Free Trips company.

Ain Zulkarnaind, Fiza Mahazir & Fatin Zaini
**muka penuh shining nak shopping kan..
Yong dan fiza mahazir nie actually adalah booster semangat fatin untuk buat bisnes bersama GLAM nie. Sebagai contoh macam yong. Beliau dulu kerja sebagai beautician spa dengan gaji RM500++ saja. Kalau kita dengar pun, sah-sah dengar rate gaji macam tu memang tak cukup laa kan nak survive hidup.
Kerana niat nak improve hidup, beliau minta tunjuk ajar daripada makcik yang sekarang dah jadi mentor kami semua CDM Shaliza Aziz untuk belajar buat bisnes nie. Mana tak nye, makcik yong sendiri pun dah berjaya pegang income 5angka sebulan, kalah gaji account dulu. Alhamdulilah sekarang yong sendiri pun dah berjaya pegang income 4angka sebulan pula dan paling best dah berjaya jajah 6buah negara dalam masa 2tahun buat bisnes nie.
Next, Fiza Mahazir a.k.a Kak Jat. Jangan tak percaya ye, orang kecil molek nie actually buat 2kerja dalam 1masa. Dia pun berjaya qualify trip company nie walaupun buat secara part-time sahaja. Kerja hakiki sebagai technician di Kulim gaji biasa-biasa. Sebab tu nak buat bisnes sebagai side income beliau. Alhamdulilah hasil usaha dan komitmen, dia dah jadikan diri sendiri sebagai testimoni dalam bisnes nie kerana yakin dengan kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat.
Jadi tak mustahil kalau kita sendiri tak boleh buat. Kalau hati dah memang nak, insyallah kita mesti berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. So , today kak jat dah buktikan pada fatin yang dia pun boleh buat kenapa fatin tak boleh buat kan? *alhamdulilah nasib baik fatin buat pun dapat jugak! :)
Alhamdulilah, syukur dengan nikmat yang Allah kurniakan sepanjang fatin dalam bisnes nie tak sampai setahun. Tak pernah pun hati nie terpikir yang fatin pun boleh dapat peluang macam nie. Memang extraordinary okay!
Dulu selalu pikir yang bisnes nie hanya untuk orang yang belajar tinggi-tinggi, pangkat besar-besar dan untuk orang yang kaya dan berkemampuan sahaja. Actually i'm totally wrong! Sebenarnya status, pangkat, keturunan tak jaminkan apa-apa pun untuk tentukan kejayaan kita. Yang penting sekali adalah semangat dan usaha gigih kita untuk dapatkan apa yang kita nak dalam diri kita sebenarnya.
Eh tetiba dah jadi entry jejak kasih kenapa plak nie kan? Rasanya entry nie nak story tentang preparation nak pergi Gold Coast. Tapi dah macam entry pengalaman kan.. Hihi sorry ya semua..
Entry dah separuh penuh baru perasan yang gambar untuk shopping banyak hilang sebab handphone kena format lain. Haduyai sabar jer laa kan. Jadi yang nie jer sempat diselamatkan. Sadis betul lah.
Misi pencarian luggage, baju dan keperluan lain.
Suka kak jat pilih jangan tak pilih beg tu. Sebab gambar nie jer yang tertinggal.
So, you all terpaksa tunggu next entry untuk tengok apa yang kami pakai dan shopping sebelum nie nanti di Gold Coast, Australia. Boleh laa jadi surprise lagi kan. Jangan marah ey.. Yang nie termampu nak share dulu.
Love you,
fatinzaini.com
No comments:
Post a Comment