Tips Rumahtangga Kekal Abadi

=



(Suka saya kongsikan luahan hati salah seorang sahabat fb kita, penulisan asal dikekalkan demi menjaga ‘tempo’ isi hatinya)

kalau suami komplen
isteri dulu before kahwin nampak fresh
dah kahwin makin layu,
ada anak lagi layu..

Suami salahkan isteri
tak jaga penampilan
sebab tu cari yang baru..

Itu memang suami yang tak kenang budi,
tak menghargai isteri..

Org kata lelaki ni lepas kawen makin smart
sebab makan pakai terjaga, makin berisi makin hensem.

Isteri lepas kahwin dah takda seri...
buatkan suami cari lagi..

Kalau fikir logik.
Isteri sapa jaga
Sendiri jaga tu pun kalau ada masa,
Sendiri keluar duit
beli set penjagaan muka
Tu pun kalau ada duit lebih,
sebab duk fikir nak support perbelanjaan keluarga

Before kahwin tidur nyenyak,
Boleh jaga kesegaran wajah

Lepas kahwin, tidur-tidur ayam,
Bangun malam takyah kira masa
Demi tugas seorang isteri atau ibu

Salah siapa

Suami yang berfikir logik sahaja
Yang akan menghargai isteri,
Suami yang nak isteri sentiasa cantik
Akan usaha untuk jaga diri isteri,
Bagi isteri cukup tidur,
Bagi isteri cukup rehat,
Belikan pakaian cantik
Belikan set penjagaan wajah yang bagus.
Semuanya jika suami nak pulangan yang baik.

Bukan hanya menyalahkan sebelah pihak
Lalu dicari pengganti yg cantik.

Barang yang baru dan cantik jika tak di jaga,
Akhirnya akan kusam dan buruk juga.
Jadi sampai bila asyik nak tukar

At last, kahwini isteri,
Tak perlu melahirkan anak, tak perlu buat kerja rumah,
Biar isteri punya masa seperti bujang
Cukup tidur,rehat,jaga wajah..
Habis cerita

Suami atau lelaki yang duk kata
Isteri tamak, nak bolot seorang suami,
Sepatutnya di kongsi 4??

Siapa tamak
Itu maknanya takfaham konsep matematik
Lelaki lagi tamak,
Nak bolot ,
Jika dikira konsep gandaan
Lelakilah yang untung.

Namun isteri tak pernah merungut
Apa adanya suami
Apa adanya makan pakai
Apa adanya isi rumah
Itu jugaklah yang dijaga
Tetap jugaklah menjalankan tanggungjawab
Tetap berpenat lelah demi anak-anak.

Wahai suami,
Berfikir lah secara logik dan bertimbang rasa..

Hal lain belum mampu mencontohi Rasulullah,
Jangan di angankan utk menggalas batu yg lebih berat.

Allahu'alam..


Sumber nukilan daripada facebook.my

Pesanan Untuk Kaum Hawa


  • Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan. 
  • Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan. 
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. 
  • Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa, jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. 
  • Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain. 
  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. 
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. 
  • Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Bahayanya Jerebu Terhadap Kesihatan


JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua


Mereka yang mengalami penyakit :
• asma
• bronkitis
• radang paru-paru
• penyakit paru-paru yang kronik
• jantung
• alahan

Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.


Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan?

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.


Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.

Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.

Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki kenderaan anda.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)

Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar dari kawasan tersebut.

Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari www.doe.gov.my/apims


Dapatkan tips mengatasi jerebu di sini lagi.. >>kliks di sini<<


DAY 2 - Paradise Jet Boating


First impression tentang jet boating nie memang nampak macam biasa jer. Dalam hati cakap naik boat nie pusing-pusing tengok suasana Gold Coast, Australia.  Awal-awal memang macam tu, so dapat la cuci mata tengok permandangan di sana.









Kebanyakkan orang Aussie nie memang berkemampuan lebih daripada kita. So, boleh nampak depan rumah dah ada private boat masing-masing. Memang teruja sangat-sangat. Time nie tak dapat nak snap pictures sebab kami dilarang bawa sebarang barang (handbag, camera, handphone dan lain-lain).


Tapi lepas jer naik, captain boat bawa pergi ke tengah laut dah. Rupanya jet boating seperti kita tengah merempit di tengah lautan. Memang best lah!! Kalau orang yang jiwa drifter, memang wajib cuba jet boating nie. Seriuosly best tau you all.


Love by,

Fatin Zaini
+6019-4481391
fatinzaini23@gmail.com


Hotel Outrigger Surfers Paradise, Australia


Sebelum nie fatin ada kaitkan entry untuk ceritakan hotel penginapan yang disediakan. So today nak berkongsi tentang suasana tempat penginapan sepanjang di Gold Coast, Australia 4hari 3malam di sana.


Dimaklumkan seramai 300 lebih orang usahawan yang menyertai FREE TRIPS nie. Memang bertuah sebab datang jauh-jauh dapat pula hotel yang tip-top dan sangat-sangat selesa.


Fatin sebilik dengan roommate dari KL sampai ke Gold Coast pun tetap sama sehati sejiwa iaitu Ain Zulkarnaind (yong). Peluk cium pada dia sebab hulur tangan bantu fatin dalam memajukan bisnes dan kerja sehingga fatin tak percaya berpeluang menjadi salah seorang qualifier Free Trip ke Gold Coast, Australia nie dengan layanan 5stars bersama company! Thanks yong.


Memandangkan kami masih bujang, so dapat laa sorang satu single bed. Nama katil bujang, tapi bila tengok real… Perghh katil besor boleh muat lagi sorang tau! Memang best lah kan.. 


Tapi kalau yang dah berkahwin, tak dapat la katil bujang nie. Korang akan dapat double bed, maybe besar tu rasanya 3kali ganda besor lagi dari katil bujang kami. That’s why, fatin cakap untung laa orang yang dah berkahwin. Sebab takyah lagi susah-susah fikir mana nak dapat honeymoon without any fees. Dalam business bersama The Diamond Circle, kita dah boleh dapat semua tu. Best kan??






Subhanallah memang cantik ciptaan Allah kan. Tu adalah view dari bilik kami dari tingkat 18. Memang cantik sangat-sangat!!! Falling in love with this place tau.

Kalau dekat sini, pukul 5pagi dah terkejut cerah macam pukul 8pagi di Malaysia. So waktu subuh dari sini awal lagi dari tempat kita. 5pagi nie pun orang Aussie dah keluar jogging, mandi laut dah okay dekat sana. Kalau kita dekat Malaysia confirm liat lagi atas katil. Haha


So, kalau korang yang berkemampuan dan plan nak datang Gold Coast, boleh laa booking penginapan dari hotel nie. Memang best dan service superb lah!!







Yang bestnya, fatin jadi lagi teruja bila terjumpa dengan rakyat Malaysia yang berada di sana bagitau kami beruntung dapat menginap di Hotel Outrigger Surfers Paradise nie. Sebab dikatakn rate hotel lebih kurang 4-5bintang di Gold Coast, Australia.




  1. Address: 22 View Ave, Surfers Paradise QLD 4217, Australia
    Phone:+61 7 5579 1000
    Hotel class: 4 stars





So terus terbayang kalau dekat sana pun hotel nie dah diiktiraf sebagai hotel 4-5bintang, for sure compare di Malaysia hotel nie dah diiktiraf double triple 5bintang ++ laa kan.. Alhamdulilah rezeki dapat merasa nikmat nie di tempat orang. Terima kasih, syarikat! Terima kasih, GLAM! Terima kasih, TDC!



Next macam mana pula la pengalaman penginapan FREE TRIP di Shanghai..??

Wah tak sabarnya nak ambil mood travel lagi.. Siapa nak follow fatin? 

Tempat unlimited you all, kalau berminat boleh laa whatsapp fatin. 

Sambil jana pendapatan, kita boleh pergi melancong lagi secara PERCUMA lagi. Okay laa kan macam tu, betul tak??



Love by,

Fatin Zaini
+6019.4481391
fatinzaini23@gmail.com


Day 1 - Paradise Country Farm


Sampai jer dari Changi Airport ke Brisbane Airport, kami terus siap-siap bersihkan badan untuk mulakan aktiviti pertama pada hari pertama di Australia.


First place adalah PARADISE COUNTRY FARM. Kalau kat Malaysia confirm malas nak pergi lading kan, tapi kami excited kot. Kenapa?? 


Saat yang dinantikan nak tengok real spesis haiwan kebanggaan di Australia iaitu Koala dan Kangaroo!!







Then, kami berpeluang untuk lunch di situ. Boleh pilih nak makan apa. Tak silap fatin ada 3main dishes. Australia memang dah femes dengan dagingkan, so fatin try BBQ steak. Memang sedap lah, daging lembut dan manis. Kalau bab makan dekat oversea nie memang orang takut kan.


Beruntung bila pergi dengan company, jadi semua dah diurus siap oleh travel agency untuk sediakan makanan HALAL kepada kami. 


Kalau kita pergi sendiri alamatnya, kos untuk makan mesti kena catu. Sebab nak jimat dan berwaspada! Tapi kami pilih jer nak makan ape, takde masalah sebab semua dah DITANGGUNG PERCUMA!! 
















Habis aktiviti di ladang, kami gerak ke hotel untuk check in penginapan iaitu Outrigger Surfers Paradise Hotel. Nanti fatin sediakan satu entry khas untuk cerita tentang hotel penginapan pula ye..


Semua orang berpeluang untuk merasai percutian terindah dengan layanan 5bintang nie, next FREE TRIP Insyallah kita akan ke SHANGHAI pula.

Macam mana fatin boleh dapatkan peluang nie…??

Fatin sudi share dengan anda pengalaman nie. Jadi boleh direct whatsapp/pm fatin untuk details..



Love by,

Fatin Zaini
+6019.4481391

fatinzaini23@gmail.com

Teka-Teki Malaysia Airlines MH370


Assalamualaikum dan salam semua.




1Malaysia masih terkejut dengan kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MH370. Sampai ke hari nie kita belum terima sebarang berita tentang penerbangan nie ke Beijing, China.

Kalau kita tengok dilaman media sosial, ramai betul orang buat spekulasi tentang kehilangan MH370. Apapun kita sebagai manusia biasa seharusnya mendoakan yang terbaik untuk mangsa penerbangan tersebut.

Semua yang terjadi atas ketentuan Allah. Hanya yang  Maha Mengetahui setiap perkara yang terjadi.

Jadi sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan untuk mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH370. Amin.


#prayformh370




DAY 1 - KLIA MALAYSIA & CHANGI SINGAPORE



First day, hari yang dinanti-nantikan selama nie akhirnya tercapai juga untuk menjejakkan kaki ke bumi Brisbane dengan percutian secara PERCUMA ke Gold Coast, Australia.




Sebelum nie asyik counting days jer kan. So termakbul juga doa untuk first timer seperti fatin dan fiza untuk rasakan sendiri pengalaman percutian free nie bersama company. Alhamdulilah nie adalah salah satu pengalaman yang terindah buat fatin untuk tahun 2014.


Maklum la pertama kali ada passport, nak fly pergi negara mat saleh, first travel dengan business partners.. Mahu tak teruja nak pergi sana kan. Pecah rekod tahun nie, selalu orang buat passport nak pergi Indonesia, Singapore dan Thailand (negara jiran dengan Malaysia saja) tapi terbalik pula fatin buat-buat passport terus terbang ke Australia. Sujud syukur sangat dengan nikmat yang Allah berikan nie.


Kebanyakkan GLAMprenuers bagitau kalau join trips dengan company nie, bila sampai jer KLIA kita macam satu gelombang. Sebab masing-masing akan pakai baju sama kaler dan posing habis-habisan before fly. Seriously, itu memang betul. Ramai betul tengok kami time tu.. Siap ada yang tanya dari mana nak ke mana, buat rombongan ape? Hihi kagum dapat jadi salah seorang usahawan GLAM dan The Diamond Circle tau.





Then masuk jer tempat check-in terjumpa warga Aussie yang melambai-lambai pada kami. Maybe dia rasa bangga tengok kami pakai baju ada benda Australia.






So, naik Malaysia Airlines dari KLIA transit di Changi Airport naik Singapore Airlines sebelum ke Brisbane Airport, Australia. Jadi sementara nak check in next flight, singgah makan dulu dekat airport sana. Bayangkan bila dah transit for sure nak makan. So company siap bagi SGD20 kepada setiap seorang untuk belanja time di Singapore untuk pergi dan balik. Nampak tak betapa beruntungnya kami sebab tak perlu susah-susah nak fikir kos belanja makan dan flight. Wehuuu~ jadi kami makan Burger King dekat sana.


Then on midnight, ready fly to Brisbane, Australia…


Nantikan next entry fatin selepas sampai ke Gold Coast, Australia ya…





Love by,

Fatin Zaini
+6019.4491391
fatinzaini23@gmail.com

Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...