Mesti ramai lagi yang masih takut untuk mulakan satu perubahan baru dalam hidup. Kadang-kadang hati nak buat, tapi masih lagi tak yakin dengan diri sendiri.
Jangan risau semua itu sebenarnya normal. Kita sebagai manusia pasti akan lalui proses sama macam ini.
Fatin juga tak terlepas dari proses tu. Bawah nie ada beberapa tips yang boleh kita cuba ikut.
Selamat mencuba! :)
Paras rupa
Memang tidak dinafikan paras rupa memang perkara yang penting. Kebanyakkan orang akan melihat paras rupa terlebih dahulu. Sekiranya kita mempunyai paras rupa yang menawan dan menarik, takkan tiada peminat yang terpikatkan?
Jangan sesekali anda merasakan anda tidak cantik, semua orang cantik. Semua orang ada kelebihan dan kekurangan dia. Ingat, setiap kita adalah unik!
Penampilan diri
Even paras rupa menjadi point utama bagi seseorang, penampilan diri turut memainkan peranan yang penting. Sekiranya anda mempunyai paras rupa yang menarik tetapi memakai pakaian yang selekeh, pakai baju macam sekadar ada je, siapa la yang akan tertarik untuk berkenalan lebih rapat dengan awak.
Jaga penampilan anda dengan memakai pakaian yang bersesuaian mengikut keadaan dan suasana. Tunjukkan yang awak ini feminin ataupun gentlemen.

Tutur bahasa dan adab sopan
Ni lagi satu pointnya.Orang timur terkenal dengan adab sopan dan tutur bahasanya. Tetapi ada juga yang tidak sebegini. Ada antara kita yang main cakap lepas sahaja seperti kasar, brutal pula lagaknya. Mana mereka yang tak terkejut kalau kita cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya.
Sudah tentu ianya akan menurunkan saham maruah seseorang itu. Perempuan menjaga tutur kata dan adab sopan. Sama juga untuk lelaki. Please be gentle ya ;)) But, ini bukan tiket untuk kita menggoda. Sebaliknya kita menjaga perwatakan di hadapan orang. Marah ke sedih ke kita mesti kelihatan firm dalam situasi tersebut.
Tidak yakin pada diri sendiri
Mereka yang masih single atau tidak berkejaya lagi sampai sekarang ini selalunya mereka tidak yakin pada diri sendiri. Mereka rasakan mereka tidak layak untuk orang lain. Mereka fikirkan tiada siapa yang nak kan mereka.
Siapa kata? Setiap seorang telah dijadikan berpasang-pasangan dan punya rezeki sendiri. Cuma cepat dan lambat jer. Yang penting kena yakin pada diri sendiri. Even sebagaimana besarnya badan atau rupa paras seseorang itu, tidak bermaksud dia tidak akan berkahwin mahupun berjaya dalam hidup. Even kurangnya anggota badan dia, tidak bermaksud tiada jodoh atau tiada rezeki bagi dirinya. Yakinlah pada diri sendiri kerana anda merupakan seorang yang hebat. Jodoh dan rezeki itu datang daripada Allah SWT.
Hidup single atau menganggap diri telah gagal
Mungkin pengalaman silam telah menyebabkan anda serik dan give up. Serik untuk berusaha lebih lagi dalam mengejar impian di usia sekarang ini. Memang tak dinafikan, pengalaman putus asa ini merupakan pengalaman yang memedihkan.
Tiada siapa yang akan berasa gembira bila dia ditimpa masalah mahupun berada di tahap kejatuhan. Untuk itu, anda perlu mengumpul semula semangat anda.
Jangan ingat, anda telah hilang semangat bermakna musnah kejayaan dan tiada lagi hari esok untuk anda. Pupuk semangat dan kuatkan motivasi diri anda. Gunakan Tentang Cinta, The Apprentice atau bahan rujukan sebagai contohnya untuk dijadikan pembakar semangat anda semula.
Kongsikan pengalaman anda dan lihatlah, anda bukan seorang di dunia ini. Ada ramai lagi rakan-rakan yang sudi membantu anda. :D
Alhamdulilah, selesai satu perkongsian daripada fatin. Harap ia membantu anda yang mungkin ada masalah yang sama macam fatin dulu. Tipu la kan kalau setiap antara tak punya perasaan macam nie. Jatuh bangun itu adalah hukum semulajadi kepada manusia.
Perbanyakkan muhasabah diri dan rendahkan diri kita kepada Allah, In Sha Allah anda pasti akan terasa ada satu jalan yang sedang menunggu anda untuk anda menjejakinya.
Sekian, salam sayang dari fatin zaini. :)
Kini fatin telah melebarkan sayap dengan mempunyai kumpulan yang hebat untuk wanita seperti surirumah, part-time, students dan sebagainya untuk mulakan bisnes dalam bidang kecantikan dan kesihatan.
Dalam masa yang sama, ia membantu kita tingkatkan lagi semangat keyakinan diri dengan bimbingan secara percuma bagaimana untuk majukan diri, bisnes dan jana pendapatan. Jika anda berminat untuk turut serta bersama fatin, anda boleh hubungi fatin. In sha Allah.
Fatin Zaini
+60194481391
fatinzaini23@gmail.com
Perlis, Kedah, Penang, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Putrajaya, Melaka, Seremban,
No comments:
Post a Comment