Assalamualaikum dan salam semua.
Zaman sekarang mesti ramai dah ada minat baru iaitu "food hunter". Bab makan sape yang tak suka betul tak?? So kali nie fatin nak promote satu cafe yang terletak di Lagenda Heights, Sungai Petani, Kedah. Nama cafe tu Le' Boss Cafe.
Dengar nama pun dah menarik kan? Apa yang menarik dengan cafe nie adalah, konsep interior design cafe nie. Kalau langkah jer masuk Le' Boss Cafe nie korang akan rasa macam masuk dalam rumah. Rasa tenang and relax jer. Menariknya cafe nie milik orang melayu, so dah confirm Halal tau..
Kalau di tanya bab makan, no worries sini ada macam-macam jenis. So, malam tu fatin dengan kawan try menu western kat sini. Sedap laa dan puas hati sebab sepinggan pun boleh makan untuk 2orang.
Geng makan :
nanie, yanie, shu (ex-schoolmate SMK Bandar Sungai Petani)
Nak tengok apa yang kami order..??
Chicken chop with BBQ sauce + mash potato + coleslow
Fish and chips + italian salad + macaroni and cheese
Sorry tak dapat capture banyak bahagian dalam cafe nie. So atas nie teaser jer untuk anda gambarkan keadaan cafe macam mana. Nak tahu best ke tak, korang mesti singgah sini sendiri. Ops make sure bajet memang kena ada lebih sikit ye.. Coz kalau tengok menu anda mesti kelabu mata punya. Banyak sangat makanan dia dan harga boleh tahan berpatutan. :) Fatin kasi rate sini 3/5..
Macam mana nak sampai ke Le' Boss Cafe nie..??
- Address: 201, 202, Jalan Lagenda 7, Lagenda Height, 08000, Sungai Petani, KedahPhone:012-409 0446
No comments:
Post a Comment