Langkah Mencapai Potensi Maksima


1. Pilihlah untuk berbahagia. 
2. Lepaskan masa lalu. 
3.Temukan kekuatan dalam diri, fikiran dan perkataan kita.
4. Gambarkanlah impian atau cita-cita anda secara terperinci. 
5. Kembangkanlah fikiran positif dalam diri anda secara berterusan.
6. Lakukanlah tindakan nyata yang mendekatkan anda pada impian.
7. Bayangkanlah apa yang anda lakukan ketika anda berjaya meraih impian!
8. Bertemanlah dengan rakan positif.
9. Teruslah bangkit ketika anda mengalami kegagalan ataupun menemui rintangan.
10. Lakukan semua hal secara ikhlas, sungguh-sungguh, dan bersemangat!

Hadapilah semuanya dengan senyum dan bersemangatlah. Janganlah menunda kebahagiaan sampai kita mencapai semua sasaran.

Teruskan melangkah!






Minuman Bio Velocity Alfalfa





Apakah itu Alfalfa? 

Alfalfa adalah tumbuhan berbunga dalam kumpulan kekacang yang hidup antara empat hingga lapan tahun tetapi boleh menjangkau sehingga 20 tahun, bergantung kepada jenis baka dan cuaca. Tumbuhan berbunga kecil berwarna ungu ini boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter.

Alfalfa mempunyai akar yang sangat panjang dengan sistem akar yang berselirat sehingga menjangkau 15 meter yang menjadikan alfalfa begitu hebat dalam menyerap mineral dan vitamin yang berada jauh di dalam tanah yang sukar dicapai oleh tumbuhan biasa yang lain. Selain itu, akarnya yang panjang dan berselirat menjadikan ia mampu bertahan semasa kemarau.


Fakta Khasiat Alfalfa

Alfalfa secara semula jadi kaya dengan mineral seperti kalsium, magnesium dan zat besi serta lain-lain mineral penting dan vitamin termasuklah vitamin A, D, E, K di samping mengandungi semua kumpulan vitamin B, biotin, asid folik, potasium dan lain-lain. Selain itu, alfalfa kering sangat kaya dengan protein. 


Perkataan alfalfa berasal daripada bahasa Arab dengan suku kata al-fak-fakah, yang bermaksud “Bapa semua makanan” kerana ia sangat kaya dengan mineral penting yang menjadikan alfalfa makanan tambahan yang sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia. 


Herba alfalfa dipercayai mempunyai keistimewaan yang boleh mengurangkan tahap kolestrol kerana memiliki khasiat pelbagai vitamin dan mineral penting. Herba alfalfa juga sangat berkesan dalam menyahtoksid dan membersihkan darah dan seterusnya memulih serta memperbaharui sel-sel badan. Hasilnya, pengambilan alfalfa secara tetap boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan menyeimbangkan hormon. Sekiranya diamalkan secara berterusan, alfalfa dapat bertindak sebagai alternatif kepada ubat sakit kepala ataupun migrain kerana kandungannya yang tinggi kalsium dan magnesium.



Keistimewaan Alfalfa
  • Menyahtoksid
Bahan beracun dan toksid berlegar di sekeliling kita. Badan kita juga mengeluarkan sisa metabolisme yang perlu dineutralkan dan dinyahtoksid setiap hari. Alfalfa membantu mengeluarkan sisa bahan beracun dan tercemar daripada badan. 


  • Menggalakkan sistem penghadaman yang baik
Alfalfa mengandungi sejenis enzim pencernaan yang dipanggil betaine yang membantu menggalakkan proses pencernaan yang baik.


  • Mengalkalikan badan
Tubuh badan berasid adalah umpama magnet yang menarik penyakit. Alfalfa membantu meneutralkan keasidan badan di samping sifat alkali semulajadinya untuk mencegah atau membantu mengurangkan masalah kesihatan.


  • Menghilangkan bau nafas
Alfalfa mengandungi khasiat yang boleh mencegah masalah nafas dan badan berbau yang diakibatkan oleh masalah penghadaman. Seterusnya, ia membantu meningkatkan fungsi imuniti badan. 


  • Mengurangkan haba badan yang berlebihan
Sesetengah makanan menyebabkan badan berasa panas. Salah satu kegunaan Alfalfa yang paling popular adalah untuk mengurangkan masalah panas badan.


  • Menambahkan darah dan menyampaikan lebih banyak oksigen penting
Klorofil iaitu pigmen hijau yang terdapat dalam alfalfa adalah hampir sama dengan hemoglobin, pigmen merah dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan. Khasiat klorofil dalam alfalfa boleh meningkatkan bilangan sel-sel darah merah di dalam badan dan seterusnya meningkatkan keupayaan membawa oksigen yang diperlukan oleh sistem badan.




Berminat untuk mendapatkan Bio Velocity Alfalfa (500ml/sebotol)  nie??

Semenanjung Malaysia - RM78.00 
Sabah & Sarawak - RM80.00

019-4481391
fatinzaini23@gmail.com

Bihun Sup Puaka Terbaik di Merbok


Assalamualaikum dan salam semua. 


Ingat lagi dengan entry tentang Karnival ICT di UiTM Merbok, Kedah baru-baru nie?  Kalau belum baca lagi boleh klik lagi disini. Seperti dijanjikan kali nie ada sambungan untuk tempat makan menarik lagi di Kedah. 


Fatin pun first time tahu dekat Merbok, Kedah nie ada kedai Bihun Sup Puaka Merbok.


So, kebetulan buka booth haritu.. Bihun Sup Puaka Merbok nie join buka booth sekali. Last day before closing the booth, apalagi terus cuba bihun sup nie. Dengar nama pun dah rare kan? Wajib laa cuba kan...





Seriously, Bihun Sup Puaka Merbok nie... 


Memang power!
Memang terbaik!
Memang meletops!
Memang berpuaka!!


Nak tahu kenapa... Sebab cili dia memang marvelous you all. Lain dari yang lain dan memang sedap laah.


So, bagi yang food hunter yang tengah mencari tempat makan yang best sekitar Lembah Bujang or Merbok di Kedah nie boleh singgah Kedai Bihun Sup Puaka Merbok.


Boleh search alamat dorang di sini :-

Bihun Sup Puaka Merbok
Jalan Sek Men Keb Merbok (bersebelahan PPK),
Batu Tandop, Batu Merbok,
08400 Merbok, Kedah.

019-446 4349 (Syafiq)
019-252 4527 (Syafina)



Maksud Hari Raya Aidilfitri Sebenar


Assalamualaikum dam selamat hari raya aidilfitri 2014 / 1435H.


Selepas diuji selama sebulan dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaran itu memang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam.


Hari Raya Aidilfitri kerap kali juga disebut sebagai hari kemenangan umat Islam. Kemenangan di sini membawa maksud kemenangan melawan nafsu, membersihkan diri daripada dosa atau dengan kata lain kembali menjadi insan yang benar-benar beriman.


Hal ini bersesuaian sekali dengan makna perkataan fitri daripada perkataan fitrah yang bermaksud sifat semulajadi manusia yang suci daripada segala dosa. Oleh itu, hari raya Aidilfitri adalah hari Muslim kembali kepada fitrah asal mereka iaitu beriman kepada Allah s.w.t. Ini bermaksud selepas berjaya berpuasa selama 30 hari, Muslim dan Muslimah dijangkakan menjadi lebih baik dan bermutu dari segala segi. Namun adakah jangkaan ini benar?


Tidak dapat dinafikan bahawa pada 1 Syawal, sebahagian umat Islam masih lagi dalam "mood" bulan Ramadhan iaitu menjaga ibadat, menjaga pertuturan dan tingkah laku dan masih mengekalkan perilaku ‘baik'nya. Namun, sebahagian umat Islam yang lainnya pula berbeza tingkah laku mereka.


Pada hari raya itulah, tingkah laku mulia yang dipertahankan pada bulan Ramadhan, tiba-tiba berubah. Ramai yang kembali melalaikan ibadat, tidak menjaga tutur kata dan tingkah laku, makan selagi selera ada, mulai kembali panas baran dan sebagainya. Inikah makna kemenangan yang telah dicapai selepas sebulan dilatih dan diuji dengan pelbagai dugaan? Oleh itu, sambutan hari kemenangan umat Islam itu perlu dilihat semula agar tidak menyimpang daripada maknanya yang sebenar.


Seperkara lagi berkaitan dengan persediaan menyambut hari kebesaran Islam itu. Kebanyakan daripada kita telah membuat persediaan yang begitu rapi agar sambutan Hari Raya Aidilfitri sempurna. Ada yang menyediakan pelbagai jenis kuih muih, menghias rumah dengan langsir atau sofa baru, mengecat rumah, malah ada juga yang menukar kereta baru dan sebagainya. Pendek kata, ramai yang sanggup berhabis-habisan untuk menyambut perayaan itu.


Namun, sedarkah kita bahawa persediaan yang kita lakukan itu hanyalah untuk diri serta ahli keluarga terdekat sahaja. Tidakkah ini dikira mementingkan diri sendiri dan bertentangan dengan pandangan hidup Islam yang mementingkan kesejahteraan ummah. Mungkin ada yang berkata bahawa dirinya sudah menunaikan zakat fitrah yang pada hujungnya akan disalurkan kepada rakan-rakan Muslim yang tidak berkemampuan. Namun adakah nilai sebanyak RM4.70 (nilai zakat fitrah di Kuala Lumpur) yang dihulur itu dirasakan cukup membantu saudara-saudara Islam yang lain?


Apa yang cuba penulis katakan di sini adalah, sambutan hari raya Aidilfitri nanti akan lebih bermakna kepada kita umat Islam jika seluruh umat Islam di dunia atau setidak-tidaknya di Malaysia dapat menyambutnya dengan meriah tanpa ada yang dipinggirkan.


Hari kemenangan umat Islam itu tidak bermakna jika masih ramai Muslim yang begitu payah mendapatkan makanan walaupun sesuap nasi sehari. Keindahan hari kemenangan itu menjadi pudar bila masih begitu ramai umat Islam hidup dalam ketakutan akibat peperangan. Hari kemenangan itu juga tidak begitu bererti jika ramai orang Islam yang mati di jalanraya sempena musim perayaan ini dan akhir sekali, hari raya Aidilfitri akan hilang serinya jika kita bakal menyambutnya dengan suasana langit berjerebu.


Oleh itu, kita perlu melihat semula makna sambutan hari raya Aidilfitri yang bakal kita raikan. Kita mahukan sambutan Aidilfitri itu meriah bagi diri kita, keluarga kita dan juga seluruh umat Islam. Dalam kemeriahan itu janganlah pula kita lupa memikirkan saudara Islam lain yang mungkin kesusahan di saat itu.


Jika berkemampuan bantulah sedaya mungkin misalnya menghulurkan sedekah mengiringi zakat yang telah dibayar. Bukan itu sahaja, doakan umat Islam yang tersepit dikancah peperangan agar mereka dapat keluar daripada kemelut itu. Berhati-hatilah di jalan raya demi keselamatan diri, keluarga dan juga orang lain. Akhir sekali, jagalah kesihatan di musim jerebu ini. Agak sukar menyuruh orang lain berhenti membakar hutan mereka, namun dengan semangat Aidilfitri ini, moga-moga mereka akan berhenti melakukannya sampai bila-bila.

sumber text : portal ikim.fm




Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Ucapan raya fatinzaini.com  klik disini

Ikhlas daripada fatinzaini.com. :)


Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014





Assalamualaikum dan salam semua.


Harap belum terlambat lagi untuk buat ucapan raya.


Di kesempatan ini, fatin zaini ingin memohon maaf pada semua kenalan tidak kira keluarga/kenalan/guru/pensyarah, sekolah SK Petani Jaya, SMK Bandar Sungai Petani, UCSA/UPM, K4E Crew, family_tot, glampreneurs, the diamond circle (TDC), Active Cluster Sdn Bhd, Fuchsia Fresh Enterprise, etc, kenalan facebook/instagram/twitter/blogger dan ramai lagi...


fatin zaini nak minta maaf jika ada tersalah kata, terkasar bahasa atau kelakuan, 
mahupun ada salah silap yang menguris hati semua selama nie. 
Harap dapat dimaafkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki salah silapnya. 
Jika ada termakan or terminum, harap juga dapat dihalalkan dunia akhirat. 


Moga dapat improve diri lagi menjadi lebih baik lepas nie, in sha Allah.
*sedih pulak tetiba buat entry kali nie



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

MAAF ZAHIR DAN BATIN




Tulus ikhlas daripada fatinzaini.com :)


Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...