BismillahiMashaAllah
Tengah scroll entries yang lama-lama tetiba terjumpa draf entry tahun 2015 nie.. Jadi terus buka dan fatin continue story jela.
Ini adalah salah satu pengalaman yang fatin pernah ada. Alang-alang dah jumpa, kita cerita dan simpan sini untuk kenangan.
Nie cerita sebelum kita kahwin tau. Kang ada plak yang salah faham ingat cerita nie yang terbaru.. 😂
Time nie tak ingat sama ada tahun 2014 atau 2015 family kami tengah lalui zaman yang penuh cabaran. Family kami sewa carwash di Sungai Dua, Penang. Ulang alik laa kami sekeluarga dari Sg Petani ke Sg Dua tiap hari. Kami 4beradik kerja dekat carwash time tu. Sebab nak hire pekerja macam tak mampu. Just ambil partimer ja seorang time tu. Antara personal experiences time kami kerja nie, kami rasa down to earth. Sebelum nie, stigma kami fikirkan pekerjaan carwash nie untuk orang asing ja. Tapi bila family kami take as a challenge untuk belajar selok belok perniagaan carwash. Okay, ini bukan kerja yang mudah tau. Memang penat but it still have fun untuk kami sekeluarga.
Antara benda yang jadi kenangan time kerja di carwash nie, time hujan selalunya kita ingatkan takda sales sebab takkan ada orang nak cuci kereta time-time hujan kan??! Tapi hakikat yes memang ada sebenarnya. Unexpected kan bila kita tengok ada orang still datang carwash dan cuci kereta. So, kami belajar kenal erti untuk bersyukur. Sebab rezeki Allah nie luas. Kalau kita minta betul dengan Dia, InshaAllah dalam pelbagai keadaan pun Allah akan hantarkan rezeki tu kepada kita.
Tak lupa gak, ada satu moment nie yang tak dapat dilupakan. Ada seorang customer nie naik kereta mewah. Kami adik-beradik memang teruja sebab customer yang datang nak cuci kereta nie macam orang hebat. Kebetulan dia dari KL nak balik kampung. Tak silap time tu nak raya. Owner kereta tu perasan kami adik-beradik excited sangat dengan kereta dia, so dia datang and bagitau,”dik tolong alih kereta tuh bawa masuk dan vacuum sekali..”
Allahuakhbar terkejut kami, tapi kami tolak offer tu sebab baju seluar dah kotor sebab kerja carwash kan. Lagipun memang segan juga laa.. Jadi dia alihkan pastu dia datang borak sambil-sambil kami tengah kerja. Takpe jangan putus asa, inshaAllah nanti ada rezeki boleh merasa bawa kereta macam nie.. Yang penting jangan malas. Sentiasa berusaha majukan diri..
Nie hangpa buat kerja carwash adik-beradik pun bagus sangat pakcik tengok. Budak-budak kalau cuti sekolah ka free, mana nak kerja. Lagipun orang sekarang dah tak suka kerja-kerja macam nie. Banyak main games ja dekat rumah, pergi cyber cafe dan melepak ja sana sini.. Kita yang dengar nasihat nie ambil sebagai ikhtibar dan semangat apa yang owner tu pesan.. Mana tahu kan satu hari nanti kita pun boleh berjaya macam tu juga.
Selain daripada buka carwash, fatin juga ada belajar untuk handle kerja subcont. Hmm minat juga bidang kerja construction nie tapi tula... Dunia bisnes nie agak mencabar sikit. Jadi try juga selam dunia nie.. Tapi kalau bukan betul-betul bukan kemahiran kita, memang akan susah kita nak survive.
Next pernah juga kami satu family buka kedai flight ticketing dengan money charger services untuk warga asing area Juru. Tempat pun agak kedalam. Kawasan kedai nie berada dalam kawasan warga asing macam Indonesia, Nepal, Myammar dan Bangladesh. Sebabkan kawasan adalah kawasan perindustrian.
Tak lama lepas tu tempat dengan kedai kami terpaksa tutup disebabkan tempat kawasan tu akan dibangunkan jadi kawasan baru. Sayang juga la sebab kami operasi di kedai tu hampir setahun. Tapi tak lama pula.
Lepas ja dari macam-macam yang kami cuba untuk bantu ekonomi family, akhirnya fatin decide untuk berpindah kerja di KL. Sebelum tu, time kerja dengan Hai-o memang selalu juga ulang alik SP-KL. Then, lepas stop buat Hai-o, mula laa mencari kerja area Lembah Klang nie.
Masuk tahun 2016, fatin dapat offer kerja bahagian pengangkutan awam. Star kerja di KL terus laa menetap jadi orang Shah Alam sampai laa berkahwin. Hihi :) Alhamdulilah bertemu jodoh dengan orang taiping. Yang pasti kami bukan bertemu jodoh di tempat kerja ye.. Another story level kalau nak cerita bab bertemu jodoh pulak. Huhu
Gambar time single muda remaja gittew. Kalau compare dengan yang sekarang, aduh jauh berbeza. Lepas nie kena buka azam baru laa misi untuk kurus sikit macam dulu-dulu. Agak-agak berjaya ke tak ye??
2tahun lepas berkahwin, fatin terpaksa resign. Okay nanti fatin buat story part 2 pulak untuk sambungan kerja-kerja yang pernah fatin buat. Simple lifestories ja.
Jumpa dekat next posting pula okay... :)
No comments:
Post a Comment