Umpama Mati Hidup Semula




Assalamualaikum dan salam semua...



Allahurabbi rasa lama sangat dah tak updated blog nie.. Apakan daya banyak komitmen kerja di luar, dicampur lagi dengan seribu satu dugaan sebelum nie. Semua tu menjadi faktor fatin tak dapat nak online sepenuh masa.


Even fatin tak banyak promosi produk dan peluang bisnes di dalam blog, tapi syukur alhamdulilah dengan bantuan google search daripada Google, fatin still terima requests daripada clients. Terima kasih pada readers yang masih beri kepercayaan dan kesetiaan dengan services daripada pihak fatin.


Sementara ada kesempatan fatin menulis blog hari nie. Banyak yang fatin teringin sangat nak share a few things pasal personal fatin. Selama blog nie tak aktif, ramai yang tertanya kemana hilang fatin zaini kan??


Macam tajuk di atas, "Umpama Mati Hidup Semula".. Itulah yang terjadi dalam blog nie. Dah terbengkalai lama sangat sebab tak updated kan..


Kalau dulu mungkin ramai dah tahu fatin kaki travel dan tinggal di Kuala Lumpur. But now, fatin dah menetap di Penang bersama family. Yela since habis study di Pahang, fatin terus freelance travel kerja merata tempat almost 2years.

Kalau dulu kerja memang purpose untuk diri sendiri even family ada business sendiri, tapi fatin belum ready lagi nak involve dalam bidang tu. Tapi pertengahan tahun lepas, family business ada problems. So, fatin decided untuk balik ke Penang dan bantu family.


Betul method yang fatin belajar dalam bisnes bersama GLAM dulu.. 

"dari tak minat nak buat bisnes terus akan timbul rasa minat. Takda benda yang kita boleh buat dan survive thru minat sahaja. Kalau kita lihat dari sudut reality almost 80% terpaksa kerja dan buat benda yang bukan asalnya daripada minat kita. Tapi sebab terpaksa demi nak survive hidup.."


Alhamdulilah pengalaman daripada ilmu kerja lama, betul-betul banyak membantu tingkatkan keyakinan fatin untuk belajar macam mana nak take over bisnes keluarga. Seriously, bukan satu kerja yang mudah dan senang. Banyak benda yang kita kena belajar dan tahu dulu. Memang ambil banyak masa dan tenaga untuk kita belajar. Susah juga nak gambarkan pengalaman yang fatin lalui. Yang pasti bidang kerja fatin memang tak terlepas daripada bisnes.


Maybe darah bisnes dari kecil tu laa yang buat fatin cari rezeki dengan berbisnes. Memang tak sia-sia la family hantar fatin belajar bisnes management. 9/10 punca rezeki datang daripada perniagaan. Jadi jangan salah anggap fatin sepi tak buat kerja nie lama sebab tak boleh survive. SALAH tau tanggapan tu! *statement untuk para stalkers :) Sebenarnya fatin dah kembangkan lagi bakat berbisnes nie kepada major yang lagi besar skopnya.


Kebanyakkan orang dah ada mindset sendiri, "if family dah ada bisnes sendiri mesti anak-anak senang-lenang, takyah susah nak kerah tenaga pape. Cukup bulan masyukkk kocek korang dengan elaun company sendiri...siap ada nama, publisiti, pangkat!!"

Kalau kita tengok drama di tv or movie memang rasa macam tu  best dan awesome!!


Back to reality tak semua orang berpeluang macam tu. Kalau adapun, memang rezeki dia laa.. Apapun jangan sesekali kita down siapa diri kita. Jangan sesekali compare siapa kuat siap lagi hebat. Jangan sesekali anggap kita tak berguna, tak pandai, takda rezeki untuk kita. Allah Maha Bijaksana dan Maha Pengatur sebaik-baik urusan. Ingat nie okayy..


Bagi pengalaman fatin sendiri, kalau dulu banyak buat kerja travel merata tempat. Banyak yang fatin dapat belajar. Especially, dapat kenalan dari merata negeri. Dapat ilmu pengurusan, relationship between customers, marketing strategics, dan lain-lain. Seronok sangat sebab bila kita belajar zaman kolej dengan kerja dalam dunia reality satu benda yang berbeza.


Tambah plak, kita rasa suka duka tempuh naik turun bisnes dan kepuasaan diri bila kita boleh capai targets yang kita nak.


Subhanallah memang tak boleh nak gambarkan kepuasaan tu..


So nantikan next entries untuk tahu lebih banyak lagi perkongsian pengalaman fatin sendiri lepas nie. In sha Allah ada kesempatan lagi nak update banyak-banyak.. Rindu sangat zaman tulis blog nie. 



In sha Allah, lepas nie blog fatinzaini.com akan kembali aktif. Mudah-mudahan dipermudahkan semua urusan dan fatin boleh berkongsi lebih banyak lagi  di blog nie. Paling yang excited nak share macam dulu tentang info makanan, kesihatan dan reviews yang menarik.. Top ranks entries yang femes dalam blog fatin nie adalah port tempat makan yang best dan info kesihatan.


Thanks for your supports guys!! #muahciked


No comments:

Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...