Abang Viva Viral di Malaysia

Peristiwa banjir di Lembah Klang nie menyebabkan banyak isu viral tanpa diduga. Ada setengah pihak viral isu ketika banjir dari segi perspektif negatif dan juga positif.

Entry kali nie better kita cerita hal positif jela ye.. Kalau kita cerita bab negatif, kang nanti kita sendiri auto-emosi. Betul tak??

Trending di keyword search Google hari nie adalah kisah Azman Omar 29 tahun atau dikenali sebagai "Abang Viva". 

Dari sumber posting, video dan gambar di media sosial pasal Abang Viva nie tercetus disebabkan semangat dia sanggup ambil cuti kecemasan semata-mata nak turun padang bantu mangsa banjir di Lembah Klang. 

Hanya berbekalkan RM50.00 dan sebuah bot yang diikat diatas kereta Perodua Viva hitamnya tu. Untuk alas perut just makan roti dan air minuman kosong ja. Allahuakbar.

Persoalan fatin sekarang nie nak tau, apa sebenarnya amalan Abang Viva nie sehingga Allah angkat darjatnya semulia nie?? Cemburu betul bila dapat tau ada orang sanggup ikat perut demi nak pergi selamatkan mangsa banjir yang bukan saudara atau kenalan dia. 

Abang Viva nie dah berjaya buat seluruh rakyat Malaysia tersentap. Terima kasih Abang Viva kerana dah viral, banyak dah menyedarkan banyak pihak buka mata untuk baiki siri dan situasi yang getir macam sekarang.

Semoga Allah melindungi dan merahmati Abang Viva nie dunia dan akhirat. InshaAllah, aamin.


Pengalaman Menghadapi Banjir 2021

 Assalamualaikum semua,

Baru-baru nie kecoh pasal #banjir2021 yang melanda teruk di Lembah Klang. Siapa sangka dalam masa 24jam terus paras air naik mendadak sampaikan semua orang panik tak sempat nak buat preparation.

Tak terlepas untuk fatin dan family sendiri mengalami situasi panik nie tau.. Maha Besar Allah, tiada daya melainkan semua atas kehendakNya. 

17 Disember 2021 (Jumaat) 

Petang sampai ke malam hujan tak henti-henti. Mula ingatkan hujan biasa saja. Tapi bila start non-stop, memang dah start risau. Malam tu dalam pukul 12tengah malam, kakak ipar fatin dah text tanya.."Rumah sewa fatin sebelum nie kawasan tempat naik air ke?" Setahu fatin so far selama 5tahun stay area Jalan Kebun nie tak pernah lagi rumah tu naik air. 

Then, baru jer masuk tidur.. Last-last dapat call yang rumah sewa kakak ipar tu air dah masuk rumah dia and dah sampai paras buku lali. Tak sampai setengah jam, air naik paras betis dah. Allahuakbar. Satu family dah auto-panic okayy.. Tak senang duduk dah. Terus kami satu family plak berjaga-jaga tengok paras air di kawasan rumah. So far, time tu monitor paras air longkang belakang rumah dah parah pintu rumah. Hati nie tak putus berdoa semoga Allah lindungi kami sekeluarga. 

18 Disember 2021 (Sabtu)

Dalam pukul 3.00am tu rumah dan area rumah dah blackout. Lagi, terus prepare portable lamp yang ada dalam rumah. Dapat laa standby kejap. Lilin pun ada berapa batang jer. Mengharapkan lampu handphone jela. Tawakal.

Adik ipar kebetulan nak datang rumah, terus dia update kawasan depan rumah kami dah naik air. So, dia stranded di rumah kami untuk malam tu. Kakak ipar fatin dah terus gerak keluar tinggalkan rumah. Plan asal untuk pergi ke rumah lama beliau di Sungai Udang, Klang. Tak snagka, sampai area GM Klang dia dah stuck tak boleh gerak mana-mana dah sebab paras air naik dan banyak kereta dah stranded. Semalam kakak ipar dengan anak-anak dalam kereta tak boleh gerak mana-mana.

Hujan memang non-stop sampai ke pagi. Bila check social media. Semua dah update banyak tempat dah naik air. Bekalan elektrik memang dah takda. Powerbank ke handphone masing-masing dah hujung nyawa time tu. Alhamdulilah rumah fatin selamat, air tak masuk rumah. Cuma kawasan sekeliling memang tak dapat buat apa-apa lagi dah. Air masuk rumah. Barang-barang rumah dah terapung dalam air dantak dapat diselematkan dah.

Dua hari juga kami stuck and stranded dalam rumah tak boleh pergi mana-mana. Alhamdulilah bekalan makanan cukup dan kami semua ok tak terjejas. Cuma kesian dengan rumah kakak ipar, barang semua dah terkena air. Air yang masuk dalam rumah tu paras betis dan mula surut.

19 Disember 2021

Pagi tu hujan dah berhenti. Lepas subuh terus decide dengan husband nak pergi dobi untuk cuci baju dan kalau boleh nak cari plug untuk charge phone. Sebab semua phone, powerbank dan portable lamp dah habis battery. Syukur dapat pergi dobi awal pagi, kami dapat conquer plug yang ada sambil mendob baju. Time nie juga laa daat reply segala mesej dan update status kami dengan family supaya tak perlu risau dekat kami di sini.


Apapun syukur Alhamdulilah, Allah Maha Membantu kerana memudahkan segala urusan kami time nie. Terima kasih diatas pengalaman berharga nie. Mungkin keadaan kami tak seteruk seperti saudara kita yang lain. Semoga kita semua kuat dan tabah menghadapi ujian nie. Apa yang berlaku pasti ada hikmahNya. Kita semua kuat. Yakin Allah itu ada dan Allah Maha Agung. 

Nanti fatin share lagi pasal banjir nie ye..

Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan Malaysia

Siapa sangka dalam tahun 2021 nie tinggalkan banyak kenangan dan pengalaman dalam kehidupan kita di Malaysia terutamanya.

18 March 2020 - 31 December 2021 (1 tahun, 9 bulan, 6 hari) Malaysia dikejutkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Kerajaan Malaysia. Time nie disebabkan penularan wabak Covid-19 yang melanda di Malaysia makin serius. Macam usaha dah dilaksanakan untuk membendung wabak penularan virus nie..

Bawah nie adalah carta fasa-fasa ketika Malaysia dalam waktu PKP. 

Movement Control Order by phase
PhaseDate
Movement Control Order (MCO/PKP, 18 March 2020 - 3 May 2020)
Phase 118 March 2020 - 31 March 2020
Phase 21 April 2020 - 14 April 2020
Phase 315 April 2020 - 28 April 2020
Phase 429 April 2020 - 3 May 2020
Conditional Movement Control Order (CMCO/PKPB, 4 May 2020 - 9 June 2020)
Phase 14 May 2020 - 12 May 2020
Phase 213 May 2020 - 9 June 2020
Recovery Movement Control Order (RMCO/PKPP, 10 June 2020 - 31 March 2021)
Phase 110 June 2020 - 31 August 2020
Phase 21 September 2020 - 31 December 2020
Phase 31 January 2021 - 31 March 2021
MCO by states (11 January 2021 - 31 May 2021)
Each states switch between MCO, CMCO, RMCO, EMCO, and semi-EMCO depending on the COVID-19 condition in each states.
Total lockdown (1 June 2021 - 28 June 2021)
National Recovery Plan (NRP/PPN, 15 June 2021 - 31 December 2021)
Phase 11 June 2021 - 1 October 2021
Phase 25 July 2021 (began early with Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, and Perak)
7 July 2021 (Penang)
10 July 2021 (Sabah)
14 July 2021 (Sarawak)
26 August 2021 (Negeri Sembilan)
4 September 2021 (Malacca)
10 September 2021 (Selangor, Kuala Lumpur, and Putrajaya)
24 September 2021 (Johor)
1 October 2021 (Kedah)
Period: 5 July 2021 - 18 October 2021. Note: No official announcement was made for Labuan.
Phase 34 August 2021 (began early with Perlis, Sarawak and Labuan)
4 September 2021 (Negeri Sembilan)
17 September 2021 (Terengganu)
24 September 2021 (Pahang)
1 October 2021 (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Malacca)
8 October 2021 (Johor)
18 October 2021 (Kelantan, Perak, Penang, Sabah, Kedah)
Phase 426 August 2021 (began early with Labuan)
24 September 2021 (Negeri Sembilan)
8 October 2021 (Pahang)
18 October 2021 (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya, Malacca)
25 October 2021 (Johor, Terengganu)
8 November 2021 (Sabah, Perlis, Kedah, Penang, Perak)

sumber nie diambil daripada link wikipedia.

Bermula time nie seluruh rakyat Malaysia diwajibkan mengamalkan penjarakan sosial 100meter dan Standard Operating Procedure (SOP).

Yang sedihnya time PKP nie 2x juga tak dapat nak balik raya. Time fully lockdown, semua orang tak boleh pergi mana-mana, stay jela melepek dalam rumah. Dah rasa macam versi zaman penjajah terpaksa berkurung dalam rumah. Semua urusan kerja tergendala, work from home untuk yang kerja office. Essential industry saja yang dibenarkan bekerja. 

Bayangkan setengah orang, terputus punca pendapatan untuk yang bekerja sendiri, peniaga jalanan dan lain-lain. Kalau government tak perlu risau sebab gaji still jalan macam biasa. Alhamdulilah, dalam situasi macam tu memang tak boleh nak memilih kerja atau overdemand. Apa peluang kerja yang ada time tu, buat jela untuk maintain survive. Masa tu, dah resign kerja dalam industri pengangkutan. Terkesan juga sebab baru ja start job freelance. Next story kita bercerita hal-hal kerja nie ye..

Balik cerita pasai PKP nie, setengah tahun lockdown. Time to time, akhirnya gov bagi kelonggaran sikit untuk rakyat berkerja tapi dengan ada surat MiTi tu. Kalau takda surat nie, jangan harap laa boleh lepas roadblock. Sepanjang jalan ada polis. Nak rentas daerah ke rentas negeri ke jangan mimpi lepas. Tapi bila ada kelonggaran boleh laa nak rentas-rentas nie.. Tragis betholll....

Sedih memang sedih..

Yela tak dapat nak balik kampung, jumpa family atau segala aktiviti luar terbatas.

Ada lagi yang paling sedihnya, dalam tempoh nie juga ada ahli family, kenalan meninggal dunia pun kita tak dapat nak ziarah langsung.

Nak tak nak kita rakyat biasa yang tak punya kuasa apa-apa, terpaksa laa akur. Mampu jadi netizen yang kadang faham, kadang tak faham. Masing-masing stress dan mula memberontak di media sosial laa..

Part paling tak best juga, time PKP nie juga ramai orang dapat penyakit anxiety. Ini buka penyakit biasa untuk zaman sekarang, kalau tak boleh control. Kita boleh bunuh diri. Semua orang mula tertekan dengan situasi kehidupan yang hampir 360 darjah berubah.

Alhamdulilah, since nak masuk 2tahun nie akhirnya dapat balik kehidupan seperti dulu even tak sama 100%. Sampai ke hari nie, kita still kena pakai mask, hand sanitizer kena sentiasa adadan jaga jarak sosial tu. Bersabar jela yang mampu. 

Tu jer kot yang fatin rasa nak share post kali nie.. Gambar diatas tu pergi genting time kerajaan bagi kelonggaran boleh rentas negeri kejap. Lepas balik kampung, dapat laa merasa jalan kejap. Pastu dah tak p memana lagi ha...

Ok bye, kita jumpa next posting plak k.. 😉

The Light of Life 2021


Assalamualaikum dan salam rindu dari blog fatinzaini.com ..

Alhamdulilah setelah hampir 6tahun blog nie tak aktif sampaikan dah expired domain berbayar nie, akhirnya fatin berjaya juga renew dan dapatkan balik domain asal nie semula. Teruja sangat-sangat sebab segala memories dapat balik lepas dapat domain nie. Dah macam mati hidup semula rasanya. Haha

Jadi sempena hari yang bersejarah nie 9 Disember 2021 Khamis,dengan lafaz Bismillah fatin akan aktifkan semula blog nie. Semoga blog nie dapat beri banyak manfaat, ilmu yang berguna, pengalaman hidup yang baru dan lebih bermakna. Jatuh bangun hidup itu adalah normal dan fitrah manusia. Setiap dari kita takkan terlepas dengan ujian dari Allah.

Alhamdulilah, mungkin hikamh nie adalah hadiah daripada Allah nak bagi setelah fatin cuti berehat selama 6 tahun. Even kita nie bukan retis atau top influencers, but it's okay.. Ini blog fatinzaini yang punya. Haha. Kalau sekarang search nama "fatin zaini"  tu ramai, yang pasti setiap daripada nama nie punya personaliti yang berbeza..

Tahniah untuk diri sendiri sebab berjaya hidupkan semula blog nie.

In sha Allah, semoga rezeki nie dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. Mana tahu boleh dijadikan bekalan pahala kelak. Aamin YBA.


Jumpa lagi next post okayhh :P



Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...