Entry kali nie better kita cerita hal positif jela ye.. Kalau kita cerita bab negatif, kang nanti kita sendiri auto-emosi. Betul tak??
Trending di keyword search Google hari nie adalah kisah Azman Omar 29 tahun atau dikenali sebagai "Abang Viva".
Dari sumber posting, video dan gambar di media sosial pasal Abang Viva nie tercetus disebabkan semangat dia sanggup ambil cuti kecemasan semata-mata nak turun padang bantu mangsa banjir di Lembah Klang.
Hanya berbekalkan RM50.00 dan sebuah bot yang diikat diatas kereta Perodua Viva hitamnya tu. Untuk alas perut just makan roti dan air minuman kosong ja. Allahuakbar.
Persoalan fatin sekarang nie nak tau, apa sebenarnya amalan Abang Viva nie sehingga Allah angkat darjatnya semulia nie?? Cemburu betul bila dapat tau ada orang sanggup ikat perut demi nak pergi selamatkan mangsa banjir yang bukan saudara atau kenalan dia.
Abang Viva nie dah berjaya buat seluruh rakyat Malaysia tersentap. Terima kasih Abang Viva kerana dah viral, banyak dah menyedarkan banyak pihak buka mata untuk baiki siri dan situasi yang getir macam sekarang.
Semoga Allah melindungi dan merahmati Abang Viva nie dunia dan akhirat. InshaAllah, aamin.
1 comment:
Tula tgk dkt tiktok.. makin famous abg viva nie. Semoga Allah merahmati & permudahkan segla urusan dunia akhirat. AAmin.
Post a Comment