Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah

Sejak dah bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nie ramai dah ada plan nak bercuti. Tak kisah bercuti dalam negara atau luar negara. Yang pasti dapat membantu ekonomi industri pelancongan kembali hidup.

Bila nak bercuti nie mestilah kita mula buat carian nak survey tempat vacation, tiket penerbangan dan kos yang terlibat. Sebab nak siapkan bajet yang mencukupi. Tapi jangan terkejut pula, ada orang tanpa ada peruntukan bajet pun tau tau boleh travel dan bercuti. Inilah kelebihan untuk mereka yang bijak ketahui trik nak booking hotel atau penerbangan dengan harga murah.

Nak tahu macam mana dorang boleh nikmati peluang nie???

Pasti seronok kan bila kita dapat pilihan beli tiket penerbangan atau hotel penginapan dengan HARGA YANG paling MURAH dan BERBALOI.

Okay, jom kita tengok beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda buat preparation sebelum beli tiket flight atau hotel.


  • Sebelum nak booking hotel atau penerbangan, better buat perbandingan dulu beberapa aplikasi tempahan hotel atau penerbangan yang ada. Minimum 3 jenis aplikasi yang berbeza. Take notes dulu harganya dan jangan terus "proceed payment" lagi ye.🙅🙅 (disini tidak di mention aplikasi mana yang terbaik, kita sendiri kena guna kemahiran research yang kita ada. Sebab setiap aplikasi yang sedia ada di Malaysia atau diluar negara akan sentiasa di upgrade untuk kegunaan pengguna).
  • Kenapa perlu dibuat perbandingan beberapa aplikasi tersebut? Kerana setiap aplikasi nie akan ada "Promo Code", "Hidden Charges" dan syarat-syarat yang ditetapkan tanpa pengguna perasan. Jadi kita akan tahu di antara perbandingan tersebut kita pasti akan perasan BEST OFFER yang ditawarkan oleh mereka. Jadi kita perlu berhati-hati.
  • JANGAN sesekali SAVE details kad bank anda dalam aplikasi tersebut. Kemungkinan besar ada pihak yang tidak bertanggungjawab boleh menyebabkan survey anda terus dibuat tempahan Auto-deduction payment booking tanpa anda sedari. Kalau dapat tawaran murah sangat berbaloi, tetapi bayangkan jika tempahan yang dibuat tersebut mahal.. Maka rugi lah kita..
  • Waktu paling terbaik yang ramai tak tahu untuk kita buat tempahan hotel atau penerbangan adalah TENGAH MALAM. Pihak aplikasi telah setting siap-siap untuk penetapan harga antara Paling Murah - Sederhana - Harga Biasa mengikut segmen masa yang ditetapkan. Tengah malam adalah waktu terbaik disebabkan trafik pengguna berkurangan jika dibandingkan dengan waktu siang. Selamat berjaga malam untuk rebut peluang keemasan nie ye..
  • Jika anda nak buat tempahan untuk orang lain, pastikan anda buat tempahan untuk pihak ketiga/kenalan. Takut-takut nanti time nak check-in berlaku masalah pula.
  • Ketika anda membuat carian dia laman web, dinasihatkan supaya anda menggunakan/mengaktifkan "Private Web" atau "Incognito Window" bagi mengelakkan carian anda dikesan oleh server. Ini kerana setiap carian atau database kita akan disimpan dan memudahkan mereka untuk memancing kita melanggan pakej yang ditawarkan oleh mereka. Jadi jangan pelik kenapa,"eh macam tahu-tahu jer apa yang kita nak cari dia keluar jer bila scroll webpage tersebut." Haha :D
  • Selepas bercuti atau anda berjaya membeli pakej tersebut, anda boleh meninggalkan jejak komen pengalaman anda tetapi elakkan meletakkan rating tertinggi didalam komen review tersebut. Ini akan mempengaruhi kenaikan harga pakej dimasa akan datang. Ketika itu mereka akan mengambil peluang untuk membuat keuntungan besar dalam perniagaan mereka.

Okay setakat nie dulu ye perkongsian untuk Tips Nak Booking Hotel atau Penerbangan Dengan Harga Murah.

Insha-Allah ada rezeki jumpa untuk next tips lain pula :)


S E L A M A T   B E R C U T I  ! ! !


Amalkan Doa Minum Air Ilmu Ustazah Asma' Harun

Bismillahi Masha-Allah

Hai semua, pagi nie ada kalau ada sesiapa follow ceramah bersama Ustazah Asma' Harun. Ini adalah doa amalan yang boleh kita amalkan ketika minum air. Doa ini adalah doa ketika minum air zam-zam.

Tapi ustazah bagitau elok juga kalau kita amalkan doa nie ketika kita nak minum air biasa juga.



Antara kebaikan yang akan kita perolehi daripada amalan doa nie ialah :-
  1. Mendapat ilmu yang bermanfaat dan berkat
  2. Rezeki yang luas
  3. Kesembuhan daripada segala penyakit
  4. Perniagaan yang tidak rugi

Semoga beramal dan bermanfaat untuk semua.. :)

Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi


Bismillahi Masya-Allah

Haritu kita dah pernah post tentang Tanda Seseorang Sedang Depresi kan, so kali nie kita ketahui tips Cara Nak Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi pula ye.. Actually kaedah nie juga yang fatin guna.. Maybe dengan sharing nie dapat membantu uguys.. Semoga bermanfaat guys! 



Tips | Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi

🍃 Dekatkan diri kita dengan agama

  • Mungkin nampak macam terlalu common points nie. Tapi pendekatan nie time kita tengah kemurungan memang akan jadi super susah nak beribadah. Nak buat apa-apa pun jadi malas termasuk laa nak bangun beribadah. Jadi slowly cuba untuk ambil langkah yang simple & tak membebankan. Dan cuba praktikkan secara konsisten okay..

🍃 Check balik files lama (sejarah kronologi hidup yang terkesan dengan diri sendiri)

  • Yes! Point nie merupakan punca yang paling utama kenapa seseorang boleh menghadapi masalah kemurungan. Faktornya ialah disebabkan sejarah atau pengalaman pahit yang pernah berlaku kepada kita. Apa yang perlu kita ingat adalah nak hilangkan atau lupakan 100% mungkin bukan mudah. Tapi trust the procees guys, even kita tak boleh lupakan sepenuhnya tapi kita kena bangkit dan fikirkan perjalanan hidup kita masih jauh dan sebarang keajaiban boleh berlaku kalau kita sabar dan berusaha. Slowly but surely..

🍃 Ubah cara pemakanan

  • Part pemakanan pun boleh membantu untuk pulihkan kemurungan nie.

               ❌ cuba elakkan GULA & SUSU & DAGING

               ✅ amalkan minum kombucha tea bagus

               ✅ cuka apple / cuka kurma

               ✅ makan pisang

🍃 Tidur yang cukup 7jam

  • Tidur pun mainkan peranan juga tau. Tips nak dapat tidur yang berkualiti. Elok kita tidur dalam suasana yang gelap dan jauh daripada barang elektronik especially macam handphone. Waktu yang paling bagus untuk tidur adalah diantara jam 10malam hingga 5pagi. Untuk yang beragama Islam boleh try bangun solat sunat malam. 

🍃 Gastrointestinal Tract (GIT) saluran gastrousus

  • Cuba check sama ada sistem penghadaman/pencernaan kita normal atau tak. Untuk part nie kalau boleh uguys study lebih sikit ye. Fatin pun tak arif sangat bab nie. Maaf ye.. 

🍃 Supplement 

  • bagi cukup omega 3 & 6 (punca masalah joint/jantung/kebas/cepat pelupa)
  • coconut virgin oils / olive oil / wheat grass
  • socha inchi oil
  • cahaya matahari (wajib elok waktu dhuha)
  • jangan terlalu rendah paras kolestrol
  • vitamin B complex & B1 (ada thiamine) & B3
  • exercise penting
  • makan pisang (kaya dengan potassium)
  • yeast (brand marmite)
  • seaweed / habbatus sauda / madu / iodine / sea kelp
  • jangan lupa pada bacaan gula yangg betul
  • mucuna organic , bagus minum buat minuman teh

🍃 Belajar tentang hormon

  • refer o&a specialist untuk kenalpasti masalah hormon
  • depression suka bagi kita down, so kena up balik mood happy
  • check status thyroid 

🍃 Buat moon therapy 

  • Untuk terapi nie pun fatin tak expert sangat. Tapi ada kenalan ajar fatin buat mandian dengan ais di tengah malam dan paling bagus time bulan penuh.

🍃 Psycho therapy 

  • family supports 
  • ubah mindset



Okay, mesti ada yang tanya betul ke sharing nie.. Actually fatin dapat tips nie daripada Prof Dr Noordin Darus. Apa yang beliau share tu memang ada kajian dan fatin compile kan info yang ada. Jadi mana yang termampu kita boleh try buat dengan tips nie.

Korang boleh dengar video nie >>> Cara Pulihkan Kemurungan Secara Semulajadi <<<< 

Semoga info nie dapat memberi manfaat kepada uguys yang sedang struggle nak pulihkan diri daripada depression atau kemurungan nie ye.. Jangan cepat putus asa ye. Kita cuba sehabis baik untuk pulih.Tu jer yang sempat fatin share untuk kali nie. Nanti kita jumpa dekat cerita lain pula.

See ya.. :)

The Secret of Me

Bismillahi Masya Allah..


Assalamualaikum dan hai semua..

Untuk entry "The Secret of Me" kali nie, fatin just nak sharing sedikit luahan hati yang dah lama tak terungkap. Untuk yang pernah mengenali fatin zaini selama nie, ini adalah salah satu jawapan dan tanda tanya untuk semua. Mungkin ada yang berminat nak tahu apa yang berlaku sepanjang 6tahun sebelum nie dengan kehidupan fatin. Dan maybe ada juga yang taknak ambil tahu pun perihal fatin. It's okay guys.. I'm just sharing.. Tak lebih dari tu..

Kalau 6 tahun sebelum nie, fatin aktif blogger untuk shared semua tentang aktiviti harian dan pekerjaan fatin. Tapi since fatin dah tak aktif bekerja bersama group team dan tidak lagi menjual produk kesihatan tersebut. 

Jadi secara rasminya yang SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau sebagainya, fatin tidak lagi berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog nie fatin jadikan sebagai kenangan dan moments yang pernah fatin ada. Kalau ada yang terjumpa blog nie dan berminat nak dapatkan produk tersebut, uguys boleh search google agent yang masih aktif diluar sana. Fatin nak recommend pun fatin tak sure sama ada team fatin yang sebelum nie masih aktif ke tak. Seriously memang tak pasti.. Hihi ;P

Insya-Allah after this blog nie akan aktif sebagai tempat fatin sharing info jer dengan uguys. Boleh dikatakan 6tahun nie fatin totally jadi introvert sampaikan semua social media pun jarang aktif. Haha. Memang banyak buat hal sendiri ja. Dia jadi sampai satu tahap malas giler nak update or share pape tentang life dekat public. Lagipun kita nie orang biasa jer pun bukan influencer ke artis nak kejar femes.. So fatin buat comeback dengan cara nak ber"blogger" dengan tenang-tenang jer..  Blogger nie pun sebenarnya salah satu hobi yang best juga. Lagipun macam zaman sekarang nie, blogger dah tak femes sangat. Kebanyakkan dah berpindah kepada media sosial macam Instagram, Facebook, Tiktok dan lain-lain tuh.. Fatin ada juga semua apps tu tapi sedar diri yang diri nie takde laa pandai sangat bab IT. So, kita cari medium yang tak terlalu heavy. Sesuai laa kan untuk fatin yang dari extrovert tetiba jadi introvert selama 6tahun nie... 

Tak kisah pun kalau orang nak cakap, blogger nie dah out dated ke apa, yang penting untuk fatin ia masih releven lagi untuk digunapakai.. 

Ok guys, lagi sekali fatin nak cakap kalau terjumpa Nombor Telefon yang ada di setiap entries sebelum tahun 2022 tu, fatin dah tak guna lagi nombor tu ye guys.. Jangan contact lagi nombor tuh. Sebab fatin totally dah tak guna nombor tu..

Sebelum terlupa juga, fatin nak MINTA MAAF dan AMPUN dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada mana-mana entries yang kurang sopan, ada unsur tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. Fatin minta maaf dan if uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen fatin untuk fatin edit atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys.. 


Okay nanti kita jumpa next post pula ye..


See ya.. ;)


Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan

 


Okay post sebelum nie ada story pasal depresi kan.. Kali nie kita buat quiz sikit untuk uguys yang nak check diri sama ada uguys ada simpstom depression nie ke tak? Kalau takde, alhamdulilah.. Tapi kalau uguys ada tanda-tanda better take note dan mulakan proses untuk mencegah dan mengubati ye.. Ingat! Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan ada penawarnya okay.. ;)


Part 1 : Kenali Tanda Seseorang Sedang Depresi atau Kemurungan. Kenalpasti sama ada kita depresi atau tidak?

1) Check Mood Kita
  • Semak mood kita sama ada kita rasa mood kita sentiasa bersemangat atau tidak? Kita seorang yang cepat rasa give up, down, tak ceria, cepat lesu?
2) Lost Interested 
  • Hilang minat untuk nak buat apa-apa. Takda rasa best atau enjoy pun bila nak buat sesuatu benda.
3) Weight Loss atau Gain Weight
  • Tanpa berdiet berat badan berubah. Ada orang cepat turun mendadak tidak seperti berat normal biasa. Tetiba berat naik tanpa sebab. 
4) Tidur Terganggu atau Tidur Berlebihan
  • Rutin tidur jadi tak menentu. Kadang-kadang malam susah nak tidur. Kadang-kadang malas nak berfikir kita akan rasa kita nak tidur jer taknak buat apa-apa. Jadi kita rasa tidur jela. Sebenarnya tidur berlebihan pun tak bagus. Kurang tidur sangat pun tak bagus juga. Badan yang normal sepatutnya perlu dapatkan rehat dan dapatkan tidur yang cukup untuk sistem tubuh badan berjalan lancar.
5) Agitation 
  • Mood kita cepat berubah-ubah. Senang nak marah, senang moody, sensitif yang berpanjangan. Ada saja yang tak kena dengan mood kita. Senang trigger.
6) Fatigue 
  • Cepat letih dan cepat lesu. Kadang buat kerja tak banyak mana pun. Tapi buat sikit dah penat dan cepat jadi malas.
7) Worthlessness
  • Cepat rasa bersalah, rasa diri tak berguna lagi nak hidup, selalu nak salahkan diri sendiri. Bukan tak boleh untuk cepat rasa bersalah apabila buat silap. Tetapi perasaan itu datang menghantui kita berpanjangan. Kita akan jadi berfikir sentiasa yang itu salah kita.
8) Hilang Fokus
  • Jika kita tengah buat sesuatu yang mulanya kita rasa excited, tiba-tiba perasaan itu hilang dan membuatkan kita terus hilang  minat dan fokus. Bila dicuba tetap tak berjaya dan terus rasa give up tak nak buat dah.
9) Suicidal 
  • Ini tahap yang sangat berbahaya. Asyik terfikir nak bunuh diri. Nak mati jer. Tak nak teruskan hidup. Terasa seperti dunia nie tak adil untuk kita. Asyik kita sahaja yang selalu ditimpa masalah itu dan ini. Emosi asyik terganggu dan fikirkan mati itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.
10) Post Partum
  • Ini lebih kepada wanita atau ibu mengandung dan bersalin. Emosi ini berlaku disebabkan hormon tidak stabil ketika mengandung atau selepas bersalin.
11) Hyper
  • Boleh terjadi kadang terlalu happy dan exicted dalam satu hal. Kadang-kadang boleh jadi terlalu sedih.
12) Melankolik
  • Memperlihatkan perasaan kita ketika itu. Contoh, orang lain tengah gembira. Tetapi perasaan kita sebaliknya. Kita berasa tak happy sedih dan sebagainya.
13) Dysthymia
  • Kemurungan yang berpanjangan atau dalam tempoh yang sangat lama. Tak dirawat dan tak diubati. Kita biarkan perasaan kemurungan itu menghantui kita sentiasa.

Okay ini adalah 13 ciri-ciri yang perlu kita kenalpasti sama ada kemurungan kita nie kritikal atau tidak. Jika kita dapat kurang dari 5tanda diatas bererti kita masih lagi normal. Jika kenalpasti hampir keseluruhan points itu ada dalam diri kita bermaksud kita perlu berjaga-jaga dengan tahap kesihatan mental diri kita. Cepat-cepat cari langkah pencegahan untuk mengubati masalah kemurungan nie agar tidak berlarutan.

Sebenarnya, semua orang akan ada perasaan sebegini. Cuma ia bergantung kepada diri kita saja samada masih boleh dikawal emosi tersebut atau tidak. Jika uguys dapat mengatasi, tahniah diucapkan. Jika uguys dikelompok yang sebaliknya. Jangan malu untuk minta pertolongan dengan orang yang paling kita percaya untuk sama-sama membantu kita keluar daripada masalah nie.

Personally untuk fatin sendiri, memang ada beberapa tanda kemurungan nie seperti diatas tu. Faktor yang terjadi kemurungan nie mungkin disebabkan kisah atau sejarah silam yang mungkin susah nak dilupakan dan memberi impak yang sangat dalam kehidupan fatin selama nie. Sebab tu fatin pun mengalami masalah depression nie juga. Ada orang sampai ke tahap perlu mengambil ubat dan berjumpa pakar perubatan. Tetapi bagi diri fatin, tahap fatin masih boleh dikawal dan masih lagi dalam proses pemulihan juga. Antara kaedah yang fatin gunapakai adalah banyak mendengar video motivasi berkaitan depresi dan juga mengunakan kaedah secara semulajadi dan alami. Next entry fatin akan share dengan uguys cara nak kendali kemurungan dan juga pola pemakanan untuk mengawal diri daripada kemurungan nie okayy.. Stay tuned ya. 

p/s : Alhamdulilah ada kekuatan sikit nak hidupkan kembali blog nie. Semoga kekuatan ini berpanjangan dan fatin boleh share macam-macam story lagi dalam blog nie. 

Wish me luck guys! ;)

Depresi atau Kemurungan

 Assalamualaikum dan salam untuk semua,

Post kali nie fatin tergerak hati nak bercerita sikit tentang isu kesihatan mental atau lebih kenali sebagai masalah kemurungan atau depresi.

Makin hari boleh dikatakan makin ramai diantara kita sebenarnya ada masalah depression nie. Termasuk diri fatin sendiri yang ada masalah tersebut. Sebenarnya depresi nie boleh berlaku tanpa kita sedar. Tau tau jer kita ada rasa something wrong dengan diri kita. Fatin lebih ambil contoh diri sendiri. Kalau sebelum nie, fatin sangat suka untuk bekerja atau dikelilingi dengan orang ramai. Since beberapa tahun kebelakangan nie, fatin jadi sangat introvert. Nampak macam biasa takda apa-apa. Tapi hakikatnya, masalah depresi nie telah menganggu banyak faktor dari aspek kesihatan diri dan mental diri fatin. 

Fatin boleh belajar sedikit perihal masalah kemurungan nie selepas berkahwin. Banyak yang fatin belajar dengan orang sekeliling especially dalam persekitaran keluarga. Ramai ahli keluarga kami ada masalah depresion nie. Dan fatin baru tahu yang masalah anxiety dan depression nie adalah satu masalah yang berbeza dan pelbagai level. Jadi please guys, kalau ada diantara kenalan atau ahli keluarga kita yang mempunyai masalah nie please jangan pandang rendah atau abaikan dorang.

Actually orang yang ada masalah kemurungan nie sangat-sangat memerlukan pertolongan sokongan dan semangat orang sekeliling. Bukan senang nak berjuang sembuhkan diri dengan penyakit yang kita tak nampak. Yang banyak menganggu emosi dalaman seseorang. Maybe ada yang nampak macam "alaa terlalu ikut perasaan la, overthinking sangat, kurang didikan agama yang cukup, pemalas laa dan sebagainya ...". Bukan ye bukan.. Bagi yang ada masalah nie ikutkan kami pun taknak jadi macam tu. Sebab kadang-kadang ia susah untuk kita kawal apabila berlaku. Malah turut effect kepada lifestyle kita sendiri.


So, uguys nak tahu simptoms depresi?? Jom fatin share next entry.... 
#depresi #depression #mentalhealth

See ya.. ;)

Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...