Depresi atau Kemurungan

 Assalamualaikum dan salam untuk semua,

Post kali nie fatin tergerak hati nak bercerita sikit tentang isu kesihatan mental atau lebih kenali sebagai masalah kemurungan atau depresi.

Makin hari boleh dikatakan makin ramai diantara kita sebenarnya ada masalah depression nie. Termasuk diri fatin sendiri yang ada masalah tersebut. Sebenarnya depresi nie boleh berlaku tanpa kita sedar. Tau tau jer kita ada rasa something wrong dengan diri kita. Fatin lebih ambil contoh diri sendiri. Kalau sebelum nie, fatin sangat suka untuk bekerja atau dikelilingi dengan orang ramai. Since beberapa tahun kebelakangan nie, fatin jadi sangat introvert. Nampak macam biasa takda apa-apa. Tapi hakikatnya, masalah depresi nie telah menganggu banyak faktor dari aspek kesihatan diri dan mental diri fatin. 

Fatin boleh belajar sedikit perihal masalah kemurungan nie selepas berkahwin. Banyak yang fatin belajar dengan orang sekeliling especially dalam persekitaran keluarga. Ramai ahli keluarga kami ada masalah depresion nie. Dan fatin baru tahu yang masalah anxiety dan depression nie adalah satu masalah yang berbeza dan pelbagai level. Jadi please guys, kalau ada diantara kenalan atau ahli keluarga kita yang mempunyai masalah nie please jangan pandang rendah atau abaikan dorang.

Actually orang yang ada masalah kemurungan nie sangat-sangat memerlukan pertolongan sokongan dan semangat orang sekeliling. Bukan senang nak berjuang sembuhkan diri dengan penyakit yang kita tak nampak. Yang banyak menganggu emosi dalaman seseorang. Maybe ada yang nampak macam "alaa terlalu ikut perasaan la, overthinking sangat, kurang didikan agama yang cukup, pemalas laa dan sebagainya ...". Bukan ye bukan.. Bagi yang ada masalah nie ikutkan kami pun taknak jadi macam tu. Sebab kadang-kadang ia susah untuk kita kawal apabila berlaku. Malah turut effect kepada lifestyle kita sendiri.


So, uguys nak tahu simptoms depresi?? Jom fatin share next entry.... 
#depresi #depression #mentalhealth

See ya.. ;)

No comments:

Agen Kek Import Viral Sedap

Assalamualaikum dan hai semua, Mungkin korang dah familiar dengan KEK IMPORT dari oversea yang viral di media sosial Tiktok, Instagram dan F...