Bismillahi Masya Allah..
Assalamualaikum dan hai semua..
Untuk entry "The Secret of Me" kali nie, fatin just nak sharing sedikit luahan hati yang dah lama tak terungkap. Untuk yang pernah mengenali fatin zaini selama nie, ini adalah salah satu jawapan dan tanda tanya untuk semua. Mungkin ada yang berminat nak tahu apa yang berlaku sepanjang 6tahun sebelum nie dengan kehidupan fatin. Dan maybe ada juga yang taknak ambil tahu pun perihal fatin. It's okay guys.. I'm just sharing.. Tak lebih dari tu..
Kalau 6 tahun sebelum nie, fatin aktif blogger untuk shared semua tentang aktiviti harian dan pekerjaan fatin. Tapi since fatin dah tak aktif bekerja bersama group team dan tidak lagi menjual produk kesihatan tersebut.
Jadi secara rasminya yang SEGALA IKLAN PROMOSI berkaitan produk atau sebagainya, fatin tidak lagi berurusan ye. Semua entry yang ada didalam blog nie fatin jadikan sebagai kenangan dan moments yang pernah fatin ada. Kalau ada yang terjumpa blog nie dan berminat nak dapatkan produk tersebut, uguys boleh search google agent yang masih aktif diluar sana. Fatin nak recommend pun fatin tak sure sama ada team fatin yang sebelum nie masih aktif ke tak. Seriously memang tak pasti.. Hihi ;P
Insya-Allah after this blog nie akan aktif sebagai tempat fatin sharing info jer dengan uguys. Boleh dikatakan 6tahun nie fatin totally jadi introvert sampaikan semua social media pun jarang aktif. Haha. Memang banyak buat hal sendiri ja. Dia jadi sampai satu tahap malas giler nak update or share pape tentang life dekat public. Lagipun kita nie orang biasa jer pun bukan influencer ke artis nak kejar femes.. So fatin buat comeback dengan cara nak ber"blogger" dengan tenang-tenang jer.. Blogger nie pun sebenarnya salah satu hobi yang best juga. Lagipun macam zaman sekarang nie, blogger dah tak femes sangat. Kebanyakkan dah berpindah kepada media sosial macam Instagram, Facebook, Tiktok dan lain-lain tuh.. Fatin ada juga semua apps tu tapi sedar diri yang diri nie takde laa pandai sangat bab IT. So, kita cari medium yang tak terlalu heavy. Sesuai laa kan untuk fatin yang dari extrovert tetiba jadi introvert selama 6tahun nie...
Tak kisah pun kalau orang nak cakap, blogger nie dah out dated ke apa, yang penting untuk fatin ia masih releven lagi untuk digunapakai..
Ok guys, lagi sekali fatin nak cakap kalau terjumpa Nombor Telefon yang ada di setiap entries sebelum tahun 2022 tu, fatin dah tak guna lagi nombor tu ye guys.. Jangan contact lagi nombor tuh. Sebab fatin totally dah tak guna nombor tu..
Sebelum terlupa juga, fatin nak MINTA MAAF dan AMPUN dari hujung rambut ke hujung kaki andai ada mana-mana entries yang kurang sopan, ada unsur tak sepatutnya atau ada kisah-kisah yang membuka aib mana-mana pihak. Fatin minta maaf dan if uguys rasa tak selesa dengan entry tersebut boleh komen fatin untuk fatin edit atau padam post tuh. Sorry sangat-sangat ye guys..
Okay nanti kita jumpa next post pula ye..
See ya.. ;)
No comments:
Post a Comment