Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

Bismillahi MashaAllah..

Kalau ada diantara kita yang sedang melalui fasa-fasa kesusahan dan kesulitan dalam urusan hidup, mungkin beberapa tips dibawah nie dapat membantu. Boleh la kita cuba amalkan mana yang termampu. 

Semoga sedikit ilmu nie bermanfaat untuk semua. 💕

Tips | Amalan Bebaskan Diri Daripada Hutang Dan Kesusahan

1) Banyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil"

Ketika lapang perbanyakkan zikir "Hasbunallahuwanikmal Wakil" - cukup Allah bagiku aku serahkan kepadaMu Allah segala urusanku.

2) Berdoa Rezeki Bayar Hutang

Amalkan berdoa siang dan malam nak ada rezeki lebih untuk kita langsaikan hutang. Sedekah al-Fatihah pada mak ayah setiap hari tak kisah masih hidup atau sudah meninggal dunia. 

3) Amalkan 1000 Istighfar Selepas Subuh

Selepas subuh amalkan 1000x membaca istighfar untuk memohon ampun daripada Allah. Setiap kali sebut "Astaghfirullah halazim" dalam hati, "ampunkan aku Ya Allah". Minta ampun secara bersungguh-sungguh.

4) Ucapkan Syukur Kepada Allah

Selepas solat Dhuha, selalu kita akan berdoa untuk meminta lebihan rezeki. Kita boleh juga buat tambahan doa untuk mensyukuri nikmat Allah untuk hari-hari kita. Ucaplah apa saja yang kita rasa bersyukur untuk hari tersebut.

5) Senaraikan Nikmat Pemberian Allah

Jika ada kesempatan cuba untuk buat senarai segala nikmat pemberian Allah kepada. Dari senarai tersebut kita akan rasa rendah diri dengan Allah kerana terlalu banyak nikmat yang kita perolehi tanpa kita sedar.

6) Jaga Aurat

Jaga aurat, labuhkan baju, tudung dan pakai stoking.

7) Surah al-Waqiah, ar-Rahman Dan Doa Mathurat

Setiap pagi sebelum nak memulakan kerja boleh baca/pasang surah al-Waqiah, ar-Rahman dan doa Mathurat pagi dan petang.

8) Zikir Selepas Solat

  • 33kali Alhamdulilah - Maha Suci Allah
  • 33kali Subhanallah - Maha Puji Allah
  • 33kali Allahuakbar - Allah Maha Besar
  • 33kali Innahaza larizkuna malahuminnafad - Sesungguhnya ini ialah pemberian Kami kepada kamu, pemberian yang tidak akan habis-habis (surah saad 38 : ayat 54)
sumber gambar dari aplikasi : QalbyApps


9) Lebihkan Masa Dengan Keluarga

Lebihkan masa bersama keluarga selepas Maghrib. Seeloknya amalkan solat berjemaah bersama keluarga. Tak dapat di masjid, boleh amalkan di rumah.

10) Amalkan Sedekah Setiap Hari

Tak dapat penuhi kesemua tabung, kita boleh mulakan dengan tabung yang mudah untuk kita. Cuba amalkan bersedekah setiap hari. Kerana besar ganjaran pahala Allah SWT dengan amalan bersedekah. 
  • Tabung subuh
  • Tabung infak masjid
  • Tabung infak asnaf fakir miskin
  • Tabung sedekah membelanja keluarga
11) Utamakan Bayar Hutang

Jika kita mempunyai hutang manusia dan juga hutang komitmen, seharusnya kita cuba merancang untuk seimbangkan pembayaran kedua-dua jenis hutang. Hutang manusia sangat dituntut untuk diselesaikan dahulu.

12) Amalkan Solat Sunat

Amalkan menambah solat-solat sunat dalam setiap hari kita. Sangat digalakkan solat sunat dhuha, solat sunat taubat, solat sunat witir, tahajud dan sebagainya.

13) Amalkan Surah At Taubah : Ayat 128

Sangat bagus untuk diamalkan ketika kita sedang dalam kesusahan atau kesempitan. Amalkan membaca 12x setiap hari.

credit photo : Pinterest

No comments:

Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...