Hilang Kepercayaan

BismillahiMashaAllah


Topik kali nie just nak sharing tentang kepercayaan. Memang betul apa kata orang. Untuk bina social engagement nie banyak cabaran. 


Nak membina satu hubungan memang mudah. Tapi untuk kita kekalkan hubungan tersebut memang bukan senang. Banyak proses yang perlu kita hadapi dan lalui.


Sebagai contoh, sebelum nie fatin boleh dikatakan seorang yang extrovert. Mudah sangat nak bergaul dengan orang. Tapi bila tiba satu tempoh Allah beri ujian dan dugaan. Semua potensi tu hilang sekelip mata saja. 


Punca tu kalau ditanya memang terdapat banyak faktor. Bukan nak salahkan takdir atau orang yang pernah hadir dalam hidup kita. Mungkin nie adalah salah satu pengalaman hidup kita yang Allah nak kita rasa dan insaf.


Fatin tak salah takdir atau orang yang hadir, mungkin semua berpunca daripada kelemahan dan kekurangan diri sendiri. Terlalu percaya dan juga terlalu yakin tanpa ada rasa takut. 


Terlalu berani sangat pun bahaya, takut sangat pun bahaya. 


Apa yang nak diceritakan tentang hilang kepercayaan nie adalah kehidupan kita umpama satu proses untuk hidup. Hidup untuk kenali karakter seseorang, belajar tentang pengalaman orang, belajar ilmu yang ada pada seseorang dan macam-macam lagi.


Orang kata macam kita nie seorang yang mudah untuk “take for granted and comfort zone”.


Kenapa fatin cakap terlalu take for granted?

Sebabnya, diri sendiri mudah memberi kepercayaan kepada orang tanpa ada rasa nak fikir negatif pada seseorang. Terlalu selesa sehingga mudah untuk luahkan segala kelemahan dan kekurangan diri tanpa sedar yang orang tak semuanya simpati atau berbangga dengan kita. Tetapi sebenarnya mereka cuba nak menjatuhkan kita dan gelak ketawa bila masa kita terjatuh tersungkur.


Sebab kedua pula, diri nie mudah berasa selamat dan selesa dalam hidup. Tak pernah terfikir untuk ada backup plan dalam hidup. Bila masa kita terjatuh, dari situ baru kita mula sedar betapa perit dan sakitnya tanpa ada sebarang backup atau pertolongan.


Daripada peristiwa inilah bermulanya kisah fatin menjadi seorang yang terlalu introvert. Banyak menyendiri, self-block in relationships, kurang bercakap dengan orang. 


Sakit, kecewa, pedih dengan pengalaman tu membuatkan self-confident, self-esteem, personality 100% berubah serta-merta. 


Sangat mencabar nak lalui zaman-zaman macam nie tau. Bukan satu perkara yang mudah. 


Tapi alhamdulilah since dah berkahwin, terus corak hidup pun berubah lagi sekali. So time by time tak sangka dan tak sedar plak yang semuanya dah bertukar dari segi karakter, mood pun dah jadi lain. Hahaha. Struggle is real bak kata orang. Tapi tula hakikatnya sekarang.

Ini yang baru dikatakan macam nak belajar hidup semula. Mula nak keluar dari kepompong menyendiri tu semula. Hihi..

Jadi fatin minta uguys sudi doakan yang baik-baik untuk kesejahteraan hidup fatin baik di dunia dan akhirat kelak. Dan kalau ada salah silap dari diri fatin sendiri fatin minta maaf sangat-sangat diatas kekhilafan diri yang sebelum nie. 

Kita jumpa di next entry lain pula.

Amalan Zikir Mudah dan Cepat

BismillahiMashaAllah

Assalamualaikum dan hai semua.. Kebetulan ada nak share tentang satu zikir yang bagus untuk kita amalkan dalam rutin harian. Zikir yang dimaksudkan nie adalah seperti :-

Amalkan membaca zikir ini sebanyak 100 kali:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'
Maksudnya: "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :
مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ
Maksudnya: "Siapa yang membaca, "Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu", sebanyak 100 kali sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini".
(HR Bukhari, hadis sahih)

Petikan dan juga ilmu tentang kebaikan membaca zikir diperolehi dari sumber usrah setiap pagi di Tiktok dan juga Facebook Live bersama Ustazah Asma’ Harun.

Jom sebarkan kebaikan zikir nie beramai-ramai. Semoga ada pahala yang mengalir tak putus-putus untuk kita yang membaca. InshaAllah.


Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan

Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut ata...