Personal Shopper Ikea Malaysia Shah Alam

Bismillahi MashaAllah,

Yeay kali nie excited nak share experiences jadi sebagai Personal Shopper Ikea Malaysia di Damansara dan Cheras.

Boleh dikatakan fatin buat job personal ikea nie hampir 2tahun dengan kawan. Actually nie bukan business job fatin sendiri. Just jadi helper dan runner untuk kawan yang jadi Personal Shopper Ikea. But now, dia dah tak buat sebab dan berpindah ke Perlis.

By the way, just nak sharing pengalaman jadi Personal Shopper Ikea nie actually memang best. Sebab semua tau best ke tak kalau masuk Ikea nie. Rambang mata dibuatnya bila masuk. Itu ini rasa nak beli.. Haha.


Tapi kita mengenangkan poket dan bajet tak semua barang kita boleh main ambil jer. So dapat feel membeli dan hantar barang-barang customers, eh kita pun jadi auto happy macam kita pula yang pergi shopping dalam Ikea. Haha. 😁

Tapi fatin terpaksa slow down untuk jadi runner Ikea nie disebabkan faktor kadang-kadang tak daya nak mengangkat item-item berat. Boleh patoh pinggang kalau lelama buat job nie.. Boleh tahan berat juga laa..

Kadang-kadang ja kalau husband cuti, boleh gak dia membantu. Tapi mostly selalu clush time dengan time delivery pada customers.

And badnews lagi, after MCO boleh dikatakan barang dekat Ikea pun dah naik harga sikit. So demands tetap ada cuma slow sikit. Tambah pulak, zaman sekarang nie memang orang boleh jer beli online dekat website atau dekat shopee, lazada, tiktok semua. Lebih memudahkan belian. 


Time nie kereta saga dah macam Hilux 4x4 dah. Selagi boleh masuk barang, memang kita sumbat masuk jer barang dan terus deliver ke rumah atau office customers. Boleh dikatakan memang fun laa buat job nie sambil-sambil. The best moment yang paling best, bila customer satisfied dengan apa yang kita dah deliver pada dorang. Dorang happy and kita pun tumpang happy. Dalam happy, tetap akan ada moment sedih atau terasa hati juga. Stress tu tetap ada dengan nak melayan karenah fussy customers. Time kita pun tengah mood tak okay, fuh menguji iman juga laa.. Apapun tetap sabar dan layan sebab kita nak cari rezeki kan.. End up, bila closing order delivery. Customer yang fussy bertukar okay, alhamdulilah semua dipermudahkan segala urusan dan kita rasa happy dan tenang balik. Takda nak ambil hati lama-lama... Biasa laa tu kan..

Ada yang juga yang bertanya sekarang nie still buat lagi ke job runner as personal shopper ikea nie?? Yes, fatin ada buat lagi. Tapi takda expose sangat sebab risau kalau tak dapat nak handle bila overload order. Boleh jer korang contact whatsapp fatin tanya, kalau kebetulan fatin free.. Fatin ambil jer job nie.. As long as customer tak rushing nak cepat. Normally customer yang dah biasa dia faham dan okay jer.. So, takda masalah.

Alhamdulilah syukur sangat Allah sentiasa hantar orang-orang baik dan selalu memudahkan urusan.. :) Thank you pada yang pernah berurusan dengan fatin, kalau ada salah silap atau kekurangan, fatin minta maaf tau. Kadang-kadang fatin tetap ada khilaf dan kelemahan. Mana yang rasa tak kena, tegur-tegur la ye.. InshaAllah kita cuba perbaiki. 


Doa Hilangkan Ketakutan Keresahan


Ketakutan adalah satu fitrah, kita tak perlu takut kerana ada perasaan takut. Situasi atau jalan cerita yang sama boleh beri kesan takut atau trauma yang berbeza mengikut individu. Allah meraikan semua perasaan dan tahap yang berbeza antara kita, paling utama ketakutan kita mestilah berasas dan sesuatu yang benar, bukan bayangan berlebihan yang dibisikkan hawa nafsu dan syaitan.

Doa daripada Nabi s.a.w untuk menguruskan ketakutan dan kesedihan dikongsikan di bawah👇

بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم

اللهُم إِنِي أعُوذُ بِك مِن الهمِ والحزنِ وأعُوذُ بِك مِن العجزِ والكسلِ وأعُوذُ بِك مِن الجُبنِ والبُخلِ وأعُوذُ بِك

مِن غلبةِ الدينِ وقهرِ الرِجالِ


Maksud: “Ya ALLAH, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung dari cengkaman hutang dan penindasan orang,”

(Hadis Riwayat Abu Daud, no. 1555).




Petikan artikel ini daripada perkongsian Ustazah Asma’ Harun Official. #sahabatduniaakhirat

Agen Kek Import Viral Sedap

Assalamualaikum dan hai semua,

Mungkin korang dah familiar dengan KEK IMPORT dari oversea yang viral di media sosial Tiktok, Instagram dan Facebook ke??

Atau korang pernah dengar tapi belum cuba dan nak mencari dekat mana nak beli kek import ni..

So fatin nak update untuk sesiapa yang tengah mencari nak beli kek import nie tapi tak tahu macam mana nak beli.. Good news, fatin adalah salah seorang dealer yang menjual kek import viral nie secara directly. 

Untuk yang berdekatan dengan fatin sekitar Shah Alam especially area Kota Kemuning, Jalan Kebun,  Bandar Rimbayu, Eco Santuary, Telok Panglima Garang, Bandar Botanik Klang.. Korang boleh ja terus contact fatin ye.. Sebab fatin memang stay area sini ja.. 🙋🙋 

Tapi kalau yang jauh-jauh macam mana nak dapatkan kek import nie juga? It's okay, jangan risau.. Korang boleh ja contact fatin. Nanti fatin akan arrange order korang dengan team yang berdekatan dengan korang. Postage pun boleh, InshaAllah.. Boleh delivery atau self pickup juga tau.

Alamak sebelum terlupa, kalau ada yang berminat nak jadi agen juga ditempat korang atau nak buat side income sambil-sambil.. Boleh juga text fatin okay.. Nanti fatin assist details pasal nie. Actually sangat berbaloi dan high profit margin. Yes, memang dah ada agen. Tapi masih belum meluas. So, mana tau rezeki korang pulak boleh conquer orders area tempat korang kan. Boleh laa nak try.. 

Okay bawah nie details untuk contact untuk dapatkan kek import korang nie ye.. 😉


Instagram : >> Klik sini <<
Facebook : >> Klik sini <<
Linktre : >> Klik sini <<









Instagram @souqxasia


Facebook @souqxasia


Jemput juga Follow dan Like official pages souqxasia untuk dapatkan lebih info dan details produk ;)

TQ korang sudi spend masa singgah blog fatin..😊

7 Jenis Rehat Yang Perlu Kamu Amalkan

Assalamulaikum dan salam semua, Dalam tengah mood tak berapa nak okay tetiba jumpa tips 7 Jenis Rehat Yang Perlu Kamu Amalkan.  Bila baca sa...